👑19👑

995 100 10
                                    

"Sora! Beomgyu! Ambil pesanan!" Jungna melaung sebaik saja terdengar loceng cafe berbunyi. Tanpa bantahan kami berdua mengambil bulu nota yang berada di meja lalu keluar dari ruangan dapur.

Keluar dari ruangan dapur, kami disapa dengan wajah seorang insan yang bermuka suci persis bidadara.

"Nae? Ada apa apa yang kami boleh bantu?" Beomgyu menyoal. Mata pen didekatkan di permukaan kertas. Bersiap sedia untuk mencatat pesanan.

"Annyeong. Jeonun Jung Hoseok ibnida." Dia menunduk hormat. Senyuman lebar yang manis dikoyakkan di bibirnya.

Yang aku peliknya, kenapa dia tunduk hormat kepada aku seorang saja?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang aku peliknya, kenapa dia tunduk hormat kepada aku seorang saja?

"Saya adalah pembantu chef diraja."

Patutlah tunduk hormat kat aku saja. Orang dalam istana rupanya.

"Oh! Annyeong! Ada apa yang chef nak pesan?" Beomgyu mula menunduk hormat. Selepas saja dia bangun, dia memberi isyarat mata untuk aku menunduk hormat juga.

Baru saja aku ingin menunduk, Hoseok mula bersuara.

"Eh! Gwechana! Saya datang ni membawa hajat istana. Dan kalau boleh, saya perlu sampaikannya pada semua pekerja dapur yang terlibat dengan cafe ini." Aku dan Beomgyu berpandangan.

"Nae. Silalah masuk ke dapur kami." Aku mempelawa. Lantas Beomgyu berlari anak masuk ke dapur terlebih dahulu.

"Puteri Mahkota Kim Sora." Aku menoleh semula ke arah Hoseok yang menyapaku sekali lagi dengan nama panggilan sebenarku.

"Di hadapan keluarga diraja, panggil saya dengan nama gelaran saya. Belakang mereka, panggil saya dengan nama sebenar. Tiada bantahan. Ini arahan dari Puteri Mahkota sendiri." Hoseok kelihatan terpinga pinga. Aku mengeluh.

"Jomlah masuk ke dalam dapur." Aku melangkah ke arah dapur diikuti dengan Hoseok di belakang.

Buka saja pintu, Jimin, Jungna, Beomgyu dan Seomin sudah berbaris membentuk sedikit lengkungan. Aku turut serta sekali dengan mengambil tempat sebelah Seomin.

"Saya, Jung Hoseok, pembantu chef diraja ada membawa hajat dari istana untuk kamu semua." Kami semua hanya senyap menanti kata seterusnya dari pembantu chef diraja itu.

"Sukacitanya, Tuanku Permaisuri Hanmun inginkan seorang dari pembuat hidangan manisan cafe ini untuk menyediakan manisan bagi keluarga diraja. Tidak perlu terburu buru untuk memilih orangnya. Saya ingin berjumpa dengan pengurus cafe ini terlebih dahulu untuk menguruskan hadiah Tuanku Permaisuri Hanmun kepada cafe ini. Tolong datang ke istana pada pukul 7 malam." Kami semua masih lagi diam.

Terkejut? Ya.

"Boleh saya jumpa dengan pengurus cafe ini?"

"Er, boleh. Mari saya tunjukkan." Jungna menawarkan diri lalu mereka berdua keluar dari ruang dapur untuk naik ke tingkat dua di mana terletaknya bilik Encik Bogum.

"Wey. Biar betul semua ni?! Ke dia tu saja main main?" Jimin menyoal terkejut. Terus kami semua membuat bulatan untuk berbincang.

"Aku rasa macam kat deja vu." Seomin mengetuk kepala Beomgyu.

"Deja vu kepala hotak kau! Ini realiti okay!" Beomgyu menjeling Seomin. Sakit belakang kepala akibat diketuk lagi yang masih terasa diusap perlahan.

"Aku rasa betul lah semua ni. Tengok dari segi pakaian. Macam orang istana wey." Aku pula bersuara.

Hanya orang istana saja tahu siapa diri aku yang sebenar. Jadi sudah pasti Jung Hoseok itu adalah orang istana.

"So siapa yang nak pergi?" Tersentak kami berempat mendengar terjahan dari Jungna.

"Yang kau tiba tiba muncul macam hantu ni dah kenapa?!" Jimin menyoalnya geram. Nasib kami semua tak ada heart attack kalau tak dah lama kami mati terkejut kat sini.

"Saja nak surprise kan korang." Sign peace diangkat dengan senyuman tidak bersalahnya.

"So, siapa yang akan masak? Aku memang out dah." Beomgyu berkata.

"Aku pun out." Jimin mengangkat kedua belah tangannya ke atas.

"Kalau macam tu aku pun out juga." Aku berundur setapak ke belakang. Memang tidaklah aku nak jejak kaki ke istana.

"Aku out juga."

"Aku pun—

"No! Disebabkan kau last, so kau yang kena pergi buat dessert kat istana." Jatuh rahang Seomin dibuatnya. Tidak sangka dirinya akan kunjung ke istana pada malam ini.

"Wey! Agak agaklah! Takkan lah aku nak pergi?! Tak nak lah aku. Takut!" Seomin menghentakkan kakinya di lantai dapur. Memprotes.

"Dah tu kau ingat kami semua berani sangat nak pergi? Sapa suruh lambat. Nak tak nak kau kena pergi masak juga." Muka Seomin seperti ingin menangis. Terus aku dan Jungna memeluk bahunya.

"Shuh~ It's okay. Masak dessert je. Bukannya kena pancung pun." Aku cuba menenangkannya yang gementar itu.

"Senanglah kau cakap. Kalau aku buat dessert tak sedap macam mana? Kalau mereka tak suka dessert aku nanti? Kalau chef kat istana tu semua muka garang garang macam mana? Aku tak nak." Suaranya kedengaran sebak. Nampak sangat yang dia amat takut.

"Tak adalah. Kau masak dessert se—

"So sapa yang nak pergi nanti?" Kata kata Jungna terhenti tatkala Encik Bogum menerjah ruang dapur.

"Pihak istana akan jadikan cafe kita, cafe terbaik di Korea jika kita dapat hidangkan puncuci mulut yang sedap. So sapa yang pergi nanti, tolong buatnya dengan baik. Ini adalah peluang emas kita. Cerah masa depan cafe ni kalau kita berjaya buatkan keluarga istana kagum dengan hasil kita." Aku memandang Seomin. Satu senyuman sudah terbit di bibirnya.

Mungkin ketakutannya kian menghi—

"Mestilah! Kim Sora akan buatkan hidangan terbaik untuk keluarga istana."

Uhuk uhuk!!

"Bagus! Jadi Sora, jangan hampakan saya dan cafe ni. Do the best!" Ucap Encik Bogum sebelum keluar dari ruangan dapur.

What tha

"ASAL AKU WOI?!"

Continue...

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now