👑24👑

996 93 46
                                    

"Hai dekan!" Kami berdua menoleh ke hadapan semula. Meja kami duduki yang boleh memuatkan 4 orang pelajar telah penuh dengan kehadiran dua orang lelaki ini.

"Pu-putera Jungkook. Putera Mahkota Taehyung." Hyomin menunduk sedikit. Mula dah perangai malu dia depan crush.

"Tak payah nak berputera sangat. Kau kawan si Sora ni jadi automatik kau kawan kami berdua juga." Jawab Taehyung dengan selambanya. Aku pula sudah mendiamkan diri. Malas nak melayan.

Sudahlah semua pelajar dah pandang meja kami. Iyalah, dua orang putera Korea yang hot datang bertenggek menyemak kat meja dua ketul patato ni.

"Well, pakai macam tu kan lawa. Barulah nampak yang kau tu 'dekan'. Pandai kau pilih baju." Aku menjeling Jungkook geram.

"Bukan aku yang pilih. Leez unnie punya kerja la ni."

"Leez? Siapa tu?" Aku menggeleng. Soalan Hyomin aku biarkan sepi.

"Tapikan Sora, aku sukalah dengan cincin yang ada dekat jari manis kau tu. Nampak padan dengan kau." Aku menjeling tajam ke arah Taehyung.

"Aku pun suka juga dengan cincin yang ada dekat jari kau. Ada makna apa apa ke? Nak share?" Kini aku pula dijeling tajam. Main main lagi dengan aku.

"Tak payah. Baik suruh aku je share. Kalau aku share, bukan budak universiti je tahu, satu dunia akan tahu." Kini, aku dan Taehyung bersama sama menjeling Jungkook.

"Kalau kau tak nak merasa penangan tapak kaki aku, silalah share."

"Kalau kau share juga, jangan tanya kenapa aku langgar guna superbike aku."

Jungkook tersengih sengih.

"Er, kau yang aku tak tahu nama tapi kawan Sora. Teman aku beli air kejap. Rasa panas pula kat sini." Tangan Hyomin Jungkook tarik lalu menuju ke kaunter minuman.

"MWO?!" Aku menggeleng lagi. Mesti Hyomin dah merah padam.

"Disebabkan aku tunang kau, jadi kau kena ikut semua arahan aku." Aku berkalih memandang Taehyung semula.

"Mwo? Kenapa pula?"

"Sebab aku ni tunang kau."

"Tunang. Bukannya suami aku pun."

"I'm not just your fiance but I'm also your future husband. Learn how to respect me." Aku menggulingkan anak mata. Annoying gila cakap dengan dia ni. Rasa macam nak smackdown je.

"Wey Sora!" Aku berkalih ke arah Jungkook yang memanggil aku. Wajah Hyomin juga aku pandang.

Blushing teruk.

"Untuk memastikan korang bermesra tanpa sebarang gangguan, aku akan culik kawan kau ni. Jangan risau, aku hantar dia tepat time kuliah korang start. So, enjoy!" Sekali lagi tangan Hyomin ditarik keluar dari kafeteria.

Tabahlah Hyomin. Kau suka juga kan.

"Aku tak sangka sepupu kau macam tu. Pelik dia lain macam."

"Pembetulan, sepupu kita." Aku mendengus kasar.

"Aku nak pergi dewan dulu. Jangan ikut aku or whatever okay." Beg sandang aku ambil.

"Awal lagi kot."

"Semua pandang kita macam nak telan so aku tak larat nak jadi perhatian. Adios!"

✨✨✨

"Yang kau ni tersengih sengih dari tadi dah kenapa? Pipi kau pun merah je." Aku menyoal Hyomin. Dari lecture start bersyarah sampailah dah habis, dia senyum je.

"Putera Jungkook cakap dengan aku! Dia tahu nama aku and kami bersembang! Just me and him. Kau faham tak perasaan aku macam mana?! Crush aku, putera Korea, cakap dengan aku! Gelak gelak dengan aku dan dia kata aku comel! Arggh! I'm die!" Setelah puas meroyan, Hyomin meletakkan kepalanya di atas meja dengan senyuman yang sangat lebar.

Aku yang hadap muka Jungkook si sepupu aku tu pun tak meroyan macam ni.

"Dah lah. Jom balik. Aku nak pergi cafe lagi." Hyomin mengangguk. Beg dicapai lalu kami keluar dari dewan.

Ah! Baru aku ingat sesuatu.

"Wey, hari ni aku balik guna jalan lama. Aku tak guna jalan yang selalu aku guna tu." Hyomin mengangguk.

"Tapi kenapa kau guna jalan yang tak ada orang tu? Bukan jalan tu lagi jauh dari apartment kau ke? Lagipun jalan tu macam seram sikit."  Aku gugup. Nak jawab apa ni?

"Er s-sebab a-a-aku nak kurang lemak? So aku guna jalan panjang sebab aku rasa yang aku ni makin gemuk." Hyomin pandang aku dengan pandangan ragu ragunya.

"Kau mana ada gemuk. Kuruslah."

"Eh, aku timbang baru baru ni dah 32 kg tau. Berat la tu! Selama ni aku maintain 29 kg dan 30 kg je tau." Sekali lagi aku mendapat pandangan ragu ragunya.

Tolonglah percaya Hyomin! Aku tak ada idea ni.

"Okay. Tapi jangan kurus sangat tau. Nanti jadi macam lidi." Aku menghembus nafas lega. Aku mengangkat thumbs up padanya dan meneruskan langkah.

"Esok petang kau tak kerja kan, so kau free tak? Aku nak ajak kau datang rumah aku."

"Aku fr—

Teringat pula kata kata ayahanda Taeyong.

Saya ikut kehendak Sora untuk kerja di cafe tu lagi. Tapi ingat. Setiap kali cafe tu cuti, kamu kena datang istana dan bermalam di sini. Faham?

"Aku tak boleh lah. Aku ada kerja. Secret kerja." Dia mengangguk.

"Aku pergi dulu! Bye!" Aku melambai ke arahnya. Langkah aku ubah ke arah pintu belakang universiti yang sentiasa sunyi tanpa pelajar.

Mari ke cafe bersama Min Yoongi!

Continue...

Dah dengar lagu still with you by anak Jeon?

Boleh move on?

Kalau tak, amaqhilah geng dengan aku! Aku dengar lagu tu dengan Filter sampai naik angau!✨

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now