👑23👑

1K 90 39
                                    

Aku menilik tubuh badanku yang tersarung dengan pakaian yang dipilih oleh Leez unnie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menilik tubuh badanku yang tersarung dengan pakaian yang dipilih oleh Leez unnie. Cantik memang cantik. Material kainnya pun selesa. Nampak elegant. Tapi masalahnya.

"Unnie! To much skin!" Leez unnie yang sedang menyikat rambutku yang ikal di bahagian bawah tergelak kecil.

"Cantiklah Sora."

"Tapi kaki Sora terdedah sangat! Dengan kasut yang macam boot ni sikit. Dah macam model ulzzang. Sora nak tukar pakai seluar boleh tak?" Aku menyoal seraya membuat muka comel pada Leez unnie.

"Sorry Sora. Pakaian ni, Permaisuri Taeya yang bagi. Esok Sora tak kerja kan? Kita akan pergi beli baju baru untuk Sora. So get ready." Aku memuncungkan mulut. Kotak biru diberikan pada aku. Cekak rambut aku ambil lalu pakaikan di atas kepala.

Rantai permata biru aku ambil lalu kalungkan di leher. Jam tangan aku sarungkan bersama dengan gelang tangan pemberian eomma dan appa.

"Sora memang nampak macam Puteri Mahkota. Cantik." Aku tersenyum mendengar pujian Leez unnie. Aku akui aku kelihatan cantik tapi macam mana aku nak pergi universiti nanti? Mesti semua orang akan pandang aku.

Huh.

"Jom turun sarapan dengan keluarga istana." Aku akur. Aku keluar dari bilik lalu menuju ke ruang santapan diraja untuk bersarapan bersama.

"Ini barulah nampak seperti Puteri Mahkota. Cantik Sora hari ni." Puji ayahanda Taeyong. Aku hanya menunduk.

Kalaulah ayahanda Taeyong nak tahu, kaki saya tengah sejuk sekarang ni.

"Duduklah Sora. Hari ni kita berempat je bersarapan. Taehyung dah pergi ke universiti." Kata nenda.

"Dah pergi ke universiti? Awalnya." Nenda tersenyum.

"Hari ni, dia naik superbike kesayangan dia tu. Sebab tu teruja semacam." Aku mengangguk. Roti bakar dan daging salai yang menjadi menu bersarapan pagi ini dihidangkan untuk aku oleh pembantu yang lain.

Leez unnie dah meminta izin untuk pergi terlebih dahulu.

"Tentang beg kamu, jangan risau. Ayahanda dah suruh Yoongi dan Namjoon ambilkan di apartment kamu." Aku mengangguk dan mula menjamah sarapanku.

✨✨✨

"Korang, saya nak balik boleh tak? Saya gementarlah." Aku memegang bahu Namjoon dan Yoongi yang berada di seat hadapan manakala aku berada di seat belakang.

"Kau nak takut apa? Jalan ni kan tak ada sapa yang lalu. So tak ada orang nak pandang kau punya." Yoongi membalas.

"Saya tahulah! Nanti di universiti macam mana? Saya dah lah tak suka jadi perhatian orang." Aku merengek kecil.

"Nah. Kau pakai ni." Namjoon menghulurkan mask muka kepadaku. Dengan gembiranya aku ambil mask itu lalu pakainya di muka.

"Kau pakai sampai balik. Aku jamin orang takkan kenal kau punya." Aku mengangguk laju. Beg sandang aku ambil lalu keluar dari kereta.

Harap hari ni berjalan lancar.

"Wey. Cantik gila perempuan tu."

"Dia K Idol ke? Siap pakai mask."

"Wah! Pelajar baru ke? Cantiknya! Harap dia ambil course kulinari. Boleh mengorat."

"Bakal ibu kepada anak anak aku tu."

Aku pekakkan telinga apabila pelajar yang lain sibuk membisik tentang aku. Rasa macam diri ni famous pula tapi sekarang ni aku yang tak selesa bila ditenung macam ni.

Aku cuba mencari kelibat Hyomin. Tiba tiba aku tertancap pada sekujur tubuh yang sedang duduk di bangku sambil mengikat tali kasut Converse miliknya.

Nam Hyomin

"Yah! Hyomin!" Aku berlari anak kepadanya lalu nengambil tempat di sebelahnya. Dia yang sedang mengikat tali kasut itu terus memandang aku pelik.

"Nae? Mahasiswa baru ke?" Aku menggeleng. Sudah agak yang dia takkan mengecam aku punya.

Iyalah! Hari ni aku nampak macam berfesyen sedikit walhal hari sebelum aku tak pernah berfesyen.

"Ni aku lah. Sora."

"Ha?" Aku menggulingkan anak mata lalu membuka mask di muka. Membulat matanya melihat aku di hadapannya.

"Yah ni betul ke Sora? Kim Sora?" Soalnya tidak percaya. Aku ketawa kecil. Tahulah yang dia terkejut dengan perubahan aku.

"Nae. Kau ingat aku hantu ke?"

"Kau bukan hantu tapi ada hantu yang merasuk dalam badan kau. Kau demam ke hari ni? Ada salah makan ubat ke? Terhantuk kepala kat dinding ke? Terjatuh ke?" Hyomin sibuk memegang dahi dan leherku. Dengan lembut aku menepis tangannya.

"Wae kau merapu pagi pagi ni?"

"K-kau. Seriuslah kau pakai macam ni?!" Aku mengeluh.

"Aku terpaksa. Bukannya aku nak sangat pakai macam ni. Untuk tutup malu, aku pakai mask n—

"Ani! Ani! Jangan pakai mask tu! Biar semua tengok kau cantik macam ni! Wah! Dengan skirt berkotak hitam paras peha, baju kelabu, kasut boot pendek, cekak rambut, rantai, gelang tangan. Perfect!" Hyomin menepuk tangan.  Aku pula tersenyum nipis.

"Jom pergi kafeteria! Aku lapar."  Tanganku ditarik olehnya.

"Kejaplah aku nak pakai ma—

"Tak payah aku cakap!" Mask ditangan dia rampas. Tanganku ditarik menuju ke kafeteria. Sudahlah pelajar akan ramai kat sana pagi pagi ni.

Macam yang dijangka, semua pelajar tengok aku. Ada yang terkejut, terpinga, terlopong, termenung dan

Pandangan miang gatal pun ada. Ni mesti sebab kaki aku terdedah. Haih.

"Nampaknya kau dah jadi budak hot kat universiti." Tersenyum senyum Hyomin dibuatnya. Bahunya aku pukul perlahan.

Setelah selesai membeli makanan dan minuman, kami menuju ke tempat duduk untuk makan.

"Actually, aku still tak boleh percaya kau berfesyen macam ni. Tapi, aku suka. Kau makin cantik! Lepas ni mesti pensyarah pun tersangkut dengan kau." Aku menggeleng perlahan.

"Kalau aku ni lelaki, dah lama aku a—

"Hai dekan!"

Continue...

Sorry tak update semalam..hari ni satu chap saja sbb no idea...mianhae

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now