👑8👑

962 97 25
                                    

"Aku dah cakap kan jangan sekali kali tidur dalam keadaan macam tu! Kan dah sembap mata ni." Hyomin membebel sambil tangannya menuam mataku dengan ais yang dibaluti dengan sehelai kain.

"Aku tak boleh bendung. Kau tak pernah-

"Hey, aku tak cakap pun yang menangis tentang parents kau tu salah. Tapi janganlah selalu nangis sangat eh? Tak elok untuk kesihatan kau." Mata kiriku pula dituam.

"Aku rindu pada mereka, Hyomin. Aku rindu sangat." Aku menunduk. Kain tuaman, Hyomin letakkan di atas bangku sebelah sebelum tubuhku dia tarik ke dalam pelukan.

"It's okay. Kau kena selalu ingat yang mereka sentiasa ada untuk memerhatikan kau. Kalau kau nangis, nanti mesti mereka tak suka. Kau seorang yang kuat. Aku tahu." Belakang badanku diusap perlahan.

Sungguh Hyomin tahu macam mana susahnya aku nak terima semua ni kerana dia ada saat pengebumian orang tua aku. Dia lah yang sentiasa memberi semangat. Keluarga dia banyak membantu aku sejak kematian eomma dan appa aku.

Dulu, mereka tumpangkan aku di rumah mereka. Aku bersyukur dan berjanji akan membalasnya semula tetapi mereka tidak mahu. Keluarga Hyomin tidaklah kaya mana. Eommanya seorang guru manakala ayahnya hanyalah pekerja syarikat biasa. Kehidupan mereka sederhana saja.

Sejak aku masuk ke universiti, aku ingin hidup berdikari. Duit yang aku simpan sejak sekolah rendah aku guna untuk menyewa sebuah rumah di apartment. Aku bekerja part time di cafe. Dan sejak itulah aku mengenali Park Jimin.

"Tak nak menangis lagi. This is not you Kim Sora." Pelukan dileraikan. Aku mengangguk.

"Jomlah ke kafeteria. Aku lapar lah."

-

"Lepas tu kan kau nak tahu tak apa yang jadi?" Aku dengan teruja mengangguk. Seronok pula dengar cerita yang Hyomin tonton semalam.

"Satu sekolah kena renjatan elektrik sebab dia terlalu excited." Terhambur tawa aku akhirnya diiringi tawa Hyomin.

"Kesian gila kat bakal boyfriend dia tu. Nasib dia dah faham keaadan girlfriend dia tu." Aku sedaya upaya menahan diri dari ketawa lagi.

"Kau kena tengok sendiri cerita tu. Tajuk dia May Who. Cerita Thailand tapi kau setkan kepada subtitle Korea." Aku mengangguk. Nanti balik kerja nak tengok kat Youtube la. Macam seronok.

"Sora unnie! Sora unnie!" Aku dan Hyomin berkalih ke belakang. Kelihatan seorang gadis sedang melambai lambai ke arah aku. Kami berdua menghampirinya.

"Kenapa panggil unnie?" Soalku kepada gadis itu. Melihat dari tag nama yang tergantung di lehernya, dia dari jurusan engineering.

"Ada namja bagi surat ni kat unnie." Gadis itu menghulurkan sepucuk sampul ke arah aku.

"Namja? Siapa?" Soal Hyomin ingin tahu juga.

"Tak tahu. Namja tu pakai baju semua serba hijau tapi dia pakai mask, cap hitam dan cermin mata hitam." Kami mengangguk dan menyambut huluran sampul dari gadis itu sebelum dia pergi.

"Nampaknya kau ada secret admire la. Cemburunya aku." Lengan aku dicuit beberapa kali.

"Mengarut lah kau." Aku membuka sampul itu. Surat bertulis tulisan tangan di dalamnya aku baca.

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now