👑45👑

941 89 69
                                    

"What you want from me now? I want to sleep." Aku menyoal sarkastik pada Erika yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik aku.

Erika tidak menjawab malah masuk ke dalam bilik aku tanpa izin. Aku mengeluh

Apa lagi dia nak?

"So, kau Puteri Mahkota di sini?" Aku menangguk.

"Tunang Kim Taehyung?" Dengan malas aku mengangguk lagi.

Tadi di hadapan keluarga diraja aku dan Taehyung dah buat pengakuan. Ayahanda Taeyong pun mengatakan bahawa benda tu sahih. Dia nak tahu apa lagi?

"Kau cintakan Taehyung ke?" Aku tersentak kecil. Erika duduk menyilang kaki di atas katil aku.

"Hal aku, kau tak perlu tahu." Erika gelak.

"So aku ada peluang lah ni?" Aku berkerut. Peluang apa pula ni?

"What do you mean?"

"Well, peluang untuk dapatkan hati Taehyung semula. Senang je tu." Kali ni aku pula gelak terbahak bahak.

WEY TAEHYUNG DAH MOVE ON LAH!

"Kenapa kau gelak?"

"Kau fikir Taehyung hamak sangat dengan kau? Wey. Dia dah tak suka kat kau la." Aku menjawab sinis.

"I'm her girlfriend first at Maldives. I think, you didn't know that." Aku senyum. Tak tahu?

"Siapa entah yang tinggalkan Tuanku Putera Mahkota Kim Taehyung di Maldives dulu? Semata mata nak bersama lelaki lain, ditinggalnya orang yang sepenuhnya mencintai dirinya." Dia terdiam.

"Erika Mori. I already know about that. So, you're not ashamed of licking your own spit?" Aku berbisik sinis ditelinganya membuatkan dia memandang aku tajam. Ditolaknya aku sehingga jatuh.

"Kau dengar sini perempuan! Kim Taehyung hanya hak milik aku seorang! Dan hatinya hanya tertulis nama aku. Percayalah, aku akan jadikan dia hak milik aku seorang saja!" Aku tajam memandangnya yang sedang mengamuk. Tiada sikit pun tanda aku ingin melawan semula.

"Prepare yourself to be left behind. The announcement of the Crown Prince's new fiance may come."

"Kau buatlah macam mana sekalipun, aku akan tetap akan pertahankan cinta aku pada dia. Hubungan ni akan kekal." Dia menepuk tangannya dengan senyuman kagum.

"So kau cintakan dia? Nice!" Aku hanya diam. Sekarang ni aku rasa macam nak hempuk je kepala dia pada dinding.

"Buanglah perasaan kau jauh jauh. Dia milik aku." Tubuhku disepak sebelum dia keluar dari bilik aku.

Sakit.

Bukan di badan tapi di hati.

"Macam mana aku nak pertahankan cinta aku? Sedangkan Taehyung pun tak cintakan aku langsung?" Aku menyoal seorang diri.

Argh!

✨✨✨

~Kim Taehyung~

"Pastikan semua ni tak berulang lagi. Kalau rasa sakit, terus laporkan pada Tuan Guk. Faham?" Tuan Seo Ho mengangguk faham. Aku menghulurkan sepapan pil penahan sakit dan segelas air kepadanya.

"Makan ubat ni dulu. Kurangkan rasa pening. Saya bagi awak cuti selama 2 hari. Lepas dah pastikan awak dah betul betul sihat, baru datang berkhidmat pada saya semula." Dengan teragak agak dia menyambut huluran aku.

"Gomowa Tuanku Putera Mahkota Kim Taehyung." Dia menunduk hormat kepadaku.

"Awak boleh pergi." Sekali lagi dia menunduk. Pintu bilik dia tutup. Aku membaringkan diri di atas katil.

"Kau betul betul ubah aku Kim Sora."

Dulu, bukannya aku pernah bagi cuti untuk pembantu istana yang berada di bawah aku. Tuan Seo Ho pun aku tak pernah bagi cuti walaupun dia sakit.

Sejak kenal dengan Sora, aku dah mula berlembut hati dengan pembantu istana. Sudah masuk kali 3 aku mengajak Tuan Seo Ho untuk makan bersama dengan aku. Rasanya Tuan Seo Ho pun dah pelik dengan perubahan aku.

Dulu, sewaktu aku bercinta dengan Erika, sikap aku tetap dingin. Tapi sejak adanya Sora, aku mula berubah. Aku mula ikut sikapnya. Lembut dengan orang lain, mula jadi rajin nak siapkan kerja lecture dan yang paling ketara, dia mampu membuatkan aku tak tidur malam!

Kuat sungguh penangan Kim Sora itu.

Tok tok tok.

Aku bangun duduk di birai katil. Pintu yang diketuk aku pandang.

Bukan Sora. Dia kalau ketuk, mesti ada irama lagu tak pun dia ketuk sambil terpekik pekik panggil aku dari luar pintu.

"Masuk!"

"Hai!" Aku mengeluh sekuat kuatnya. Kenapa perempuan ni masuk?!

"Apa kau nak?" Soalku malas.

"Salah ke saya masuk nak jumpa awak?" Dia tersenyum naif. Haish!

"Kalau setakat nak menyemak, sila keluar." Aku beralih mengambil beg galas. Kertas latihan aku capai lalu tajuk latihan aku baca.

Pecah amanah

"Saya datang nak siapkan latihan tu bersama awak. Tengok ni kat tangan saya." Aku hanya memandang sekilas ke arah tangannya. Dia memegang kertas latihan juga.

KENAPALAH AKU SATU BIDANG DENGAN DIA?!

"Eh, kau buat apa duduk sebelah aku ni?!" Aku menyoal seraya menolak bahunya sedikit agar menjauhi aku.

"Kenapa salah ke? Dulu kat Maldives okay je saya duduk sebelah macam ni? Siap peluk peluk lagi." Dia mencebik.

"Tu dulu. Sekarang lain. Aku benarkan kau buat kerja sekali dengan aku pun kira beruntung. Kalau tak, dah lama aku tendang keluar." Aku jawab sarkastik.

"Sekarang awak lebih selesa buat kerja seorang ke?" Aku diam tak menjawab. Kotak pensil aku capai. Belum sempat aku nak tulis jawapan, pintu bilik aku diketuk.

Tok Tok Tok Tok Tok! Tok Tok!

Aku senyum. Aku kenal ketukan pintu ni.

"Masuklah! Pintu tak berkunci pun." Buka saja pintu, kepala Sora terjengul ke dalam. Aku tergelak kecil. Geli hati dengan telatahnya.

"Aku mengangguk ke?"

"Absolutely yes!" Aku membuat muka menyampah pada Erika.

"Masuklah. Aku nak minta kau ajar aku." Pintu bilik tertutup. Dia melangkah dan memanjat katil aku.

"Kenapa kau duduk kat situ?" Soalku pelik. Selalunya, dia akan duduk sebelah aku kalau nak mengajar. Tapi sekarang dia duduk berhadapan.

"Waeyo? Biarlah dia duduk kat situ? Nak duduk sebelah awak, nanti awak marah." Kata Erika mengundang jelingan dari aku.

"Duduk kat tempat biasa kau je. Sini." Tanpa bantahan dia duduk di sebelah aku. Erika mula menunjukkan riaksi terkejut.

"So, topik apa yang aku nak ajar ni?" Soal Sora.

"Ajarkan aku-

"Wait! Did she take same course with us?" Aku menggeleng.

"Then, kenapa suruh dia ajarkan awak? Baik suruh saya je yang ajarkan." Kata Erika tidak puas hati.

"Dia pandai dalam course law and she is a dean in Korea University. Why should I ask you when I can ask Sora, my own fiance?"

Continue...

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now