👑13👑

1K 103 15
                                    

"Sifat dan cara kamu bercakap, tidak ubah seperti appa kamu." Serentak kami memandang Tuanku Permaisuri Kim Hanmun yang sedang tersenyum. Matanya kelihatan bersinar.

Bukan kerana gembira tetapi disebabkan diselaputi air mata.

"Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasinya Tuanku Permaisuri." Aku tersenyum memandang Tuanku Permaisuri Kim.

Betul kata appa. Dia seorang yang lembut.

"Bukan Tuanku Permaisuri, panggil nenda." Kami semua membulat mata kecuali Kim Namjoon. Aku terkejut, namun masih lagi dapat mengawal riak muka supaya terus tersenyum.

Bila keadaan dah jadi macam ni, riak muka memainkan peranan utama supaya selamat.

"Patik faham Tuanku Permaisuri seorang yang baik dan peramah. Namun sekarang patik sedang menghadap anakanda Tuanku Permaisuri, Tuanku Raja Taeyong." Aku memandang semula ke arah raja yang sedang terpinga itu.

"Patik buat keputusan untuk dibuang dari universiti."

"Kamu pasti?" Aku mengangguk.

"Baiklah. Beta menurunkan hukuman kamu secara sah. Mulai dari esok, kamu bukannya lagi—

"Kim Taeyong tengok gelang tangan dia." Kata kata raja terpotong. Raja Taeyong memandang sekilas ke arah Tuanku Permaisuri sebelum jatuhkan anak mata melihat pergelangan tanganku.

Ini bahaya.

Sedaya upaya aku menurunkan lengan baju supaya menutup keseluruh tangan aku. Setapak demi setapak aku berundur ke belakang tatkala Raja Taeyong datang menghampiri aku.

"Tuanku Raja, patik mohon agar menjauhi patik." Aku merayu.

"Beta arahkan kamu menunjukkan pergelangan tangan kamu. Kedua duanya." Aku menggeleng.

"Patik ingkar arahan Tuanku Raja."

Beranikan aku? Sesungguhnya aku sedang takut sekarang ni. Muka Raja Taeyong macam nak makan aku hidup hidup.

Muka aku macam makanan ke bagi dia? Ada nampak macam steak ke?

Sedang aku undur, aku terasa seperti terlanggar sesuatu. Bukan benda, tetapi orang.

"Namjoon, tahan dia." Mengikut arahan, Namjoon mencengkam bahuku membuatkan aku tak boleh bergerak.

Permaisuri, Tuanku Permaisuri kelihatan seperti sedang menunggu sesuatu manakala Putera Mahkota sedang tercengang.

Dengan perlahan Raja Taeyong menyelak lengan baju aku sehingga menampakkan gelang tangan yang aku pakai.

Matanya mula membulat manakala aku sudah berpeluh. Senyuman lebar terukir segak dibibir lalu diangkatnya tangan kananku tinggi. Ditayangkan tangan aku di hadapan tiga orang berdarah diraja itu.

Mata Permaisuri Kim Taeya sudah membulat. Mulut ditekup tidak percaya.

Raja Taeyong memandang muka aku dan gelang itu silih berganti bersama senyuman yang lebar. Matanya juga seperti ingin mengeluarkan cecair jernih.

"Kamu anak Kim So Hyeok bukan." Aku menggeleng. Bahu aku sudah dilepaskan. Raja Taeyong melepaskan pergelangan tangan aku.

"Kamu tipu. Kamu anak dia bukan? Gelang tangan itu, gelang tangan yang dia buat khas untuk anaknya." Kali ni Tuanku Permaisuri bersuara dan aku tetap menggeleng.

"Appa patik beli gelang ni pada seseorang. Apa yang Tuanku Permaisuri katakan adalah salah." Aku membalas.

"Patik meminta izin untuk pulang. Tuanku Raja boleh minta pihak universiti untuk buang nama patik." Aku melangkah untuk keluar. Tidak sempat untuk keluar, pergelangan tanganku dicengkam lembut.

"Kalau kamu bukannya anak Kim So Hyeok, mesti kamu tiada tanda lahir dia bukan?" Kali ni, Permaisuri Taeya yang menyoal.

"Patik tiada tanda lahir apa apa pun di badan patik, Permaisuri." Aku menjawab.

"Jawapan kamu tidak membuktikan apa apa. Tunjukkan beta bahu kanan kamu." Aku menggeleng.

"Patik sudah kata, patik tiada tanda lahir." Aku menafikan lagi.

"Tunjukkan." Aku menelan liur. Aku menurunkan sedikit kolar baju di sebelah kanan sehingga mendedahkan bahu aku. Permaisuri Taeya tersenyum hampa.

"Patik pulang dahulu." Belum sempat aku hendak berpusing, kolar bajuku di sebelah kiri direntap ke bawah membuatkan bahu kiri aku terdedah. Senyuman penuh makna terukir di bibir Permaisuri Taeya.

"Tanda lahir Kim So Hyeok."

Terus aku menaikkan semula kolar baju itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terus aku menaikkan semula kolar baju itu. Semua memandang aku terkejut. Tuanku Permaisuri Hanmun sudah menitiskan air mata.

Sebab itu aku selalu memakai baju berlengan panjang. Untuk menutup tanda lahir ini.

"Puteri Mahkota Kim Sora." Raja Taeyong menyebutnya penuh penekanan. Putera Mahkota Taehyung sudah mula terkejut besar. Tuanku Permaisuri dan Permaisuri tersenyum bahagia.

Aku pula? Ketakutan.

"Patik bukan Puteri Mahkota Kim Sora. Patik hanyalah Kim Sora yang biasa." Aku mengundur setapak. Bukan sebab apa, cuma aku hanya nak keluar dari istana ni secepat yang mungkin.

Seram lama lama kat sini.

"Sora." Tuanku Permaisuri memelukku erat.

"Akhirnya nenda dapat jumpa kamu. Satu satunya cucu puteri nenda." Hangat pelukan itu hampir membuatkan aku menangis.

Kerana itu adalah pelukan dari halmonie aku sendiri. Nenda aku.

"Tak sangka, setelah lama nenda dan yang lain menjejak kamu, akhirnya, kamu sendiri muncul di hadapan kami." Tubuhku kembali dipeluk. Bahagian bajuku mula basah dengan air mata. Tanpa amaran, air mataku turut jatuh. Pelukan nenda, aku balas.

Akhirnya kau dapat memeluk nenda aku. Selama ini, aku hanya dapat menatap wajah tuanya di televisyen saja. Bukan berhadapan.

Pelukan dileraikan, kini tubuh aku didakap oleh Raja Taeyong dan Permaisuri Taeya. Muka Putera Mahkota telah pun melopong luas.

Jangan risau, aku pun masih shock dengan semua kejutan ini.

"Kamu Puteri Mahkota. Tempat kamu di sini mulai sekarang." Pipi aku disentuh oleh Permaisuri. Aku menggeleng.

"Patik minta maaf. Patik tak nak semua ni. Patik tak nak gelaran ni. Patik bukannya Puteri Mahkota." Aku menunduk hormat kepada mereka. Terus aku membuka langkah laju untuk keluar.

Namaku yang dilaung kuat dari belakang aku abaikan malah mempercepatkan lagi langkah. Fikiran aku tengah kusut sekarang ni.

Rahsia yang disimpan kemas selama 21 tahun, sudah pecah. Identiti aku yang sepatutnya tidak boleh diketahui oleh sesiapa terutamanya kerabat diraja telah terbongkar.

Mereka telah tahu, yang aku adalah Puteri Mahkota yang mereka telah lama cari itu.

Continue...

Mat ri ye ketiga! Hari ni aku raya kat hospital okay!🌷

Btw..malam ni aku tidur kat dalam wad...agak agak apa yang boleh muncul disebalik tirai?😘

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now