36. Allen is...

263 20 1
                                    

Allen termundur ke belakang saat letupan berlaku di hadapannya. Mereka bertujuh terperanjat melihat kejadian itu. Mereka baru saja keluar dari maze. Kini mereka mahu ke hotel untuk merehatkan diri.

"Siapa yang baling bom tu?" soal Akaily.

Di sebalik asap yang tebal, muncul beberapa bangsa yang memakai kerudung. Terdapat nombor tertulis di kerudung mereka. Mereka adalah ahli kumpulan Tyzer!

"Apa yang kau nak hah?" soal Teera dengan geram. Matanya mencerlung tajam ke arah tujuh kerudung tersebut.

"Kau Teera?" salah seorang dari mereka bertanya. Teera tergamam seketika.

"Jadi, kau lah penyebab Betty koma. Agak mengagumkan"

"Okey, what's going no?" soal Akaily.

"Heh. Serang mereka" arah salah seorang dari mereka.

Ahli kumpulan mara ke arah mereka. Kuasa mengelilingi mereka sama juga mereka bertujuh. As23  keluarkan kipas tangan. Dia kibas kipas tersebut. Bilah kipas yang diperbuat dari pisau menuju ke arah mereka.

"Gelombang muzik" Nayrael membentuk not muzik. Pisau itu menikam not tersebut.

"Ruby, elak" arah Robin.

Ruby perasaan dengan ekor matanya yang As 14 cuba cakar dia dengan kukunya yang tajam. Ruby dengan serta tangkis kuku itu dengan tapak tangannya. Darah setitik keluar dari tapak tangan Ruby.

Ruby cuba cakar As 14 dengan kukunya. As 14 balas dengan cakaran. Mereka berdua saling cakar-mencakar antara satu sama lain. Kesan calar terukir di tubuh badan mereka.

Allen sudah pun berubah menjadi serigala jadian. Dia mengorak langkah ke arah As 7. As 7 baling debu bunga pada Allen. Allen sempat berhentikan dirinya dari terus melonjak ke hadapan. Debu itu menyentuh tanah lalu tanah menjadi rekah.

Akaily berbalas pedang dengan As 44. As 44 elak ke tepi. Dia dengan segera balas dengan tongkat sama juga dengan pedang. Tongkat serta pedang berlaga menghasilkan percikan api kecil.

Robin melepaskan beberapa das tembakan ke arah As 97. As 97 hayun pedangnya. Peluru pistol itu dibelah dengan pedang. Robin mengetap bibirnya.

As 52 menerpa ke arah Robin. Di tangan kanannya terdapat racun. Ash yang perasaan As 52 dengan serta merta hentak kakinya di atas tanah. Tanah menjunam ke atas dengan pantas ke arah As 52. As 52 tergolek ke tepi beberapa kali.

As 23 berlari menuju ke arah Teera. Dia baling bilah pisau ke arah Teera. Allen tangkap bilah pisau lalu membuangnya. Dia berdiri di hadapan Teera.

"Allen"

"Mari lah"

As 23 menetap bibirnya. Dia ambil sesuatu dari kocek seluarnya. Iaitu jarum peniti yang diletakkan dalam plastik. Dia membuka lalu meniup jarum itu. Jarum kecil serta halus terbang ke arah Allen.

"Allen, tunduk" arah Teera. Allen dengan segera tunduk.

Teera baling cakra api. Cakra api itu membilah jarum kecil. Sebahagian jarum pecah sebahagian lagi tidak. Mata Teera bergerak ke arah kiri dan kanan. Kawannya sibuk berlawan.

"Maaf, aku terpaksa"

As 23 terkejut dengan kuasa yang dikeluarkan oleh Teera. Allen angkat mukanya. Dia dapati jarum itu dibekukan oleh ais. Dia mengerut keningnya.

"Tiada siapa yang di sini pengguna elemen air"

"Tak... tak mungkin. Cuma Hana saja seorang pengguna elemen api dan air" gumam As 23.

"Siapa cakap aku pengguna elemen api dan air?" soal Teera yang berada di sebelah As 23. As 23 terkejut kerana Teera di sebelahnya.

Satu tumbukan diberikan Teera tepat pada rusuk As 23. As 23 mundur ke belakang. Allen cuba cakar dia dengan segera As 23 elak. Tercungap nafasnya.

"Mari sini kau" Allen menerkam As 23. As 23 dengan segera keluarkan bilah pisau. Teera terkejut melihat pisau yang dilumuri dengan cecair berwarna hijau. Ia beracun!

"Allen, elak!" jerit Teera.

Allen tidak sempat. Pisau itu menembusi perut Allen. Perutnya ditendang oleh As 23. Allen mengerang kesakitan. Teera menuju ke arah Allen.

"Allen" Teera meraih tangan Allen. Allen kini berubah menjadi manusia. Air mata menitik di atas badan Allen.

"Teera, I love you" hembus nafas terakhir Allen.

"Tak. Jangan tinggalkan aku" air mata mengalir. Teera mengempal penumbuknya. Dia berdiri lalu pusingkan badannya.

As 23 senyum sinis melihat itu "Kau ni memang penuh misteri. Kau pengguna kuasa elemen api dan air"

"Heh, kau tak tahu pasal aku"

Teera menerpa ke arah As 23. As 23 baling jarum kecil. Teera keluarkan kuasanya. As 23 terkejut. Kuasa itu menembak tepat di perut As 23. Belakang badannya terhempas pada sebatang pokok. Dia memuntahkan darah.

"Tak... tak mungkin"

"Aku akan bunuh kau"

Teera menuju ke arah As 23. As 23 dengan segera baling jarum ke arah Teera. Teera baling bebola api untuk mencairkan jarum itu. As 23 menetap bibirnya. Perutnya terasa senak. Tubuhnya kini lemah kerana terhempas. Kakinya digerakkan ke hadapan dengan perlahan.

As 23 baling bilah pisau. Bilah pisau membelah langit serta menuju ke arah Teera. Teera elak ke kiri dan ke kanan. Satu bilah pisau mengiris kulit Teera di bahagian bawah mata. Teera baling cakra api biru ke arah As 23.

As 23 elak ke tepi. Dia terjatuh mengiring di atas tanah. Dia mengerang kesakitan. Tulangnya berbunyi. Dia pegang perutnya itu. Teera tunjukkan kuasa sebenarnya pada As 23. Mata As 23 membulat membesar. Tergamam seketika.

"Tak... tak mungkin"

Kuasa itu menuju ke aras As 23. Letupan kuat menyebabkan mereka terjatuh di atas tanah. Ahli kumpulan Tyzer dapati As 23 sudah terbaring di atas tanah. Wajahnya seperti dalam kejutan. Ahli kumpulan Tyzer menuju ke arah As 23 lalu beredar dari situ.

......................................................

Hujan lebat membasahi bumi. Jasad Allen disemadikan cara serigala jadian. Ahli keluarganya menunduk kepala, menatap sayu kehilangan ahli keluarga. Ramai bangsa yang melawatnya. Sebagai adat, mereka mengenakan pakaian berwarna hitam.

Teera melihat dari jauh jasad itu dihurung. Mungkin jasad itu dibakar atau ditanam. Air mata mengalir di pipi. Air hujan menitik di atas payung yang dia pegang. Ash berada di sebelah Teera. Dia usap belakang Teera.

"Aku simpati" ujar Ash.

"Dia dah tak ada. Aku... aku" sebak Teera. Dia menyeka air matanya itu. Ash peluk Teera.

"Ya, aku tahu. Walau aku tak berapa rapat dengan dia tapi aku juga rasa bersedih. Kehilangan kawan atau daya pesaing"

Teera balas pelukan Ash. Ash hanya membiarkan Teera meletakkan kepalanya di bahunya. Allen sudah tiada akibat racun. Ia bukan sebarang racun. Ia adalah darah demon Yang dicampurkan dengan sesuatu. Pengguna kuasa healer tahap tinggi pun takkan dapat menyembuhkan racun itu.

"Allen, kau adalah rakan terbaik aku" ujar Ruby. Sayu kehilangan rakannya sejak kecil. Akaily, Robin dan Nayrael berada di kawasan perkuburan. Mereka melihat jasad itu ditanam.

Allen sudah tiada lagi...

Legend of Teera (C)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن