9. Ujian fizikal (Part 2)

328 27 1
                                    

25 minit kemudian selepas tamat perlawanan antara peserta lain. Kini tiba giliran Teera untuk berlawan dengan seorang peserta. Jantung dia berdebar dengan kencang. Peluh mula membasahi lehernya.

"Aku harap sangat aku tak terguna kuasa sebenar aku" ujar Teera secara perlahan. Dia berada di tepi gelanggang.

Pengacara masuk ke gelanggang dengan penuh bergaya. Para pelajar menepuk tangan dengan ketibaan pengacara tersebut bukan gaya dia berjalan tadi.

"Baiklah, peserta seterusnya ialah Teera."

Teera melangkah masuk ke gelanggang. Para pelajar bersorak dan juga menepuk tangan. Akaily, Betty dan Nayrael yang sedang duduk melihat rakannya masuk ke gelanggang.

"Itu Teera la." ujar Nayrael.

"Memang lah takkan rusa pula." ujar seorang lelaki. Nayrael pandang lelaki itu dengan wajah yang tidak puas hati.

"Stupid, Robin."

Robin menjelir lidahnya pada Nayrael. Allen dan Ruby juga berada di situ. Allen tak sabar melihat pujaan hatinya bakal beraksi.

"Peserta yang berlawan dengan Teera ialah Ash."

Allen tergamam seketika. Ash bakal berlawan dengan Teera? Apakah semua ini? Dia menyilang tangannya tanda tidak puas hati "Tak guna betul lah ada pesaing ni."

Ash masuk ke gelanggang dengan wajah yang dingin. Teera mengukir senyuman. Pipi Ash kemerahan melihat senyuman Teera. Jantung dia berdebar dengan kencang. Dia tak berjaya cari angle cinta membuat dia terjatuh hati pada Teera.

Pengacara memberi maklumat dahulu sebelum perlawanan. Dia keluar dari gelanggang "Baiklah, perlawanan bermula dari kiraan 3,2, 1. Mula!"

Ke dua tapak tangan Teera menyala api merah "Bola berapi bertubi-tubi"

Beratus-ratus bola api yang dilemparkan oleh Teera kepada Ash.

"Tanah pelindung"

Tahan menaik dan melindungi Ash dari terkena api milik Teera. Teera tersenyum sinis.

"Cakra api biru."

Cakra api biru dilontar pada pelindung tanah. Cakra itu menembus tanah pelindung itu. Ash menetap bibirnya.

"Golem tanah!" jerit Ash yang hentak tangannya di atas tanah.

Golem yang ketinggian lima kaki terbentuk. Para pelajar mula terpegun. Golem itu meniru pergerakkan Ash.

"Tumbukan tanah"

Satu penumbuk tanah menuju ke arah Teera. Teera tahan penumbuk itu dengan cakra api biru. Teera tertolak ke belakang membuatkan lantai gelanggang itu rosak.

"Api biru berganda."

Api biru tiba-tiba membakar golem itu. Golem tanah tidak berasa sakit atau panas sebab itu hanya tanah dan tanah lebih kuat berbanding api. Cumanya Golem tanah itu tak dapat bergerak. Ash cuba mencari Teera tapi dia tak jumpa.

Teera menuju ke arah Ash dengan pantas membuat Ash terkejut. Bukan Ash saja malah para pelajar yang lain.

"Bila masa dia lepaskan diri?"

"Hebatnya."

"Mungkin dia bekas atlet sebab tu dia lari laju."

Pelbagai soalan serta pujian yang dilontarkan oleh mereka. Rakannya Teera sendiri pun sama. Mustahil pengguna kuasa api boleh lari selaju dan hilang sekelip mata. Akaily dan Betty beranggapan bahawa Teera memang lari laju memandangkan dia suka bersenam.

"Tumbukan berapi"

Api berwarna biru membentuk sebentuk penumbuk menuju ke arah Ash. Golem tanah halang penumbuk itu dari terkena Ash.

BOOMM!

Debu tanah kelihatan di gelanggang itu. Golem tahan itu hancur berkecai. Ash bernasib baik sempat melindungi dirinya dari letupan tersebut. Dia terbatuk dan gosok matanya apabila debu tanah terkena mata serta anak tekaknya.

Teera masih teguh berdiri. Peluh membasahi baju serta lehernya. Api unggu bernyala menyeleputi tangannya.

"Wow, api unggu lah." kagum Akaily.

"Kuasa Teera bertambah kuat serta tahap. Api unggu lebih panas berbanding api biru" tambah Akaily

'Cis, kuasa dia bertambah hebat. Macam mana aku nak bunuh dia nanti?" kata salah seorang rakan Teera di dalam hatinya. Dia tidak berpuas hati dengan kemajuan Teera berada di hadapannya.

Ash sedikit tergamam melihat api unggu itu. Teera mengukir senyuman sinis.

"Api berkembar!"

Teera baling beberapa bola api unggu. Ke arah Ash. Mata Ash membulat besar.

"Golem kristal!"

Golem kristal terbentuk saat Ash hentak kakinya di tanah. Para pelajar mula berdebar dan bersorak. Perlawanan mereka berdua begitu sengit.

"Tanah berlapis-lapis"

Golem tanah itu hentak tangannya di atas lantai. Ceracak tanah yang bercampur dengan kristal menuju ke arah Teera. Teera lompat ke atas. Dia berdiri di atas ceracak tanah itu.

"Cakra api dan tumbukan api berkembar!"

Teera ingin menamatkan perlawanan ini. Dia membaling cakra api biru serta membentuk penumbuk api unggu ke arah Ash. Golem kristal itu tak sempat melindungi Ash membuat Ash terserek ke belakang. Dia jatuh terbaring. Golem kristal itu hilang akibat tuannya makin lemah.

Teera nyala api biru dengan memetik tangannya. Dia panaskan Ash membuat Ash tak larat untuk bangun. Dia cuma letak api di sekeliling Ash saja.

"Baiklah, kiraan 30 saat dari sekarang"

Ash tak mampu bangun. Peluh membasahi muka, leher serta bajunya. Dia terasa bahang api panas walau api itu berada jauh dari dia. Dia mengukir senyuman pada Teera.

"Pemenangnya adalah Teera."

Para pelajar menepuk tangan dengan kuat. Mereka terpegun dengan perlawanan tadi. Teera padamkan api itu. Dia menuju ke arah Ash lalu hulur tangannya. Ash sambut tangan Teera. Teera papah Ash menuju ke bilik rawatan. Ash yang tingginya di bahu Teera sedikit terangkat dirinya. Allen yang melihat agenda itu menangis.

"Teera. Why, Teera." Allen menangis di bahu Ruby. Ruby usap kepala Allen.

"Kau ni pun. Teera cuma papah Ash ke bilik rawatan saja. Itu pun cemburu ke?"

Allen pandang Ruby dengan wajah yang tidak berpuas hati "Kau takkan faham, Runy. Ash itu pesaing cinta aku"

"Maksud kau?" soal Ruby yang tidak berapa faham

"Angle cinta panah cinta pada Ash seorang perempuan dan perempuan itu adalah Teera. Aku kena panahan cinta angle jadi aku boleh nampak siapa pesaing aku."

"Kau dah terkena panahan cinta? Angle cinta tu pun lagi satu dah orang itu sudah berpunya kenapa dia panahkan orang lain. Memang tak guna angle cinta tu. Kalau aku jumpa dia, aku bunuh dia"

Angle cinta yang sedang berehat di kediamannya terbersin.

"Siapalah yang tengah mengata aku ni? Ini mesti kes tak puas hati."

Ash dibawa ke bilik rawatan. Teera letak Ash di atas katil. Teera mahu beredar tapi tangannya dipegang oleh Ash.

"Kenapa, Ash?" soal Teera yang mengerut keningnya.

"Teman aku, Teera. Aku nak luangkan masa sedikit dengan kau."

"Eh, kau ni. Mengada betul. Aku nak minum air lah."

"Bolehlah." pinta Ash.

Teera hanya pasrah. Dia duduk di sebelah Ash. Ash sandar pada bahu Teera. Seorang doktor merawat Ash. Selepas selesai merawat mereka berdua keluar dari bilik rawatan bersama. Ash mendapati Allen memandang dia dengan pandangan tajam. Dia sedar juga yang dia pegang tangan Teera. Ash jelir lidah pada Allen manakala Allen menahan geram. Persaingan cinta bermula antara mereka. Cinta pada gadis yang sama disebabkan angle tak guna itu.

Angle cinta pun terbersin sekali lagi.

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now