13. Misi pertama

293 24 1
                                    

Semua para pelajar yang baru masuk ke sekolah Para Falsafah berkumpul di dewan tertutup menantikan guru yang bakal memberi mereka misi. Mereka tidak sabar untuk mengetahui misi mereka.

"Selamat pagi semua. Seperti yang kamu tahu sekolah ini akan menjalankan misi. Sebelum saya sampaikan apa misinya saya ingin beri pendedahan sedikit. Misi ini harus dilakukan secara berkumpulan atau berpasangan. Kamu tak boleh jalankan misi secara berseorangan. Markah akan diberi jika kamu lakukan misi dengan sempurna" biacara guru itu.

"Baiklah, saya akan bacakan nama para pelajar dan para pelajar itu harus ke kumpulan tersebut. Teera, Nayrael, Akaily, Ash, Danish dan Robin kamu satu kumpulan"

Allen yang terdengar nama Ash dan Teera satu kumpulan membuat hati dia remuk. Dia peluk Ruby lalu lerak kepalanya di bahu Ruby. Ruby hanya pasrah dan membiarkan Allen lakukan demikian.

"Apa semua ni?" soal Allen.

Guru menyusun para pelajar ke kumpulan. Setelah selesai, guru pun memberitahu apa misi mereka. Kumpulan Ash mendapat misi ke pulau mencari herba tertentu.

Setelah selesai, para pelajar keluar dari dewan. Nayrael pula terkinja-kinja seperti monyet membuat para pelajar memandang dia.

"Maaf, dia bukan kawan aku" ujar Teera

"Ya, betul. Aku langsung tak kenal dia" sambung Akaily.

"Aku dapat satu kumpulan dengan crush aku. Bahagianya bila menjalankan misi dengan crush"

"Siapa crush kau?" soal Betty.

"Danish"

"Nayrael" panggil seorang lelaki. Kulitnya berwarna coklat cair. Badannya tegap serta lengannya berotot.

"Sayang" Nayrael peluk lelaki itu. Lelaki itu balas pelukkan Nayrael. Mereka tergamam dengan tindakan Nayrael.

Nayrael pun melepaskan pelukannya. Dia memandang ke arah rakannya
"Oh, lupa pula. Ini Kylez. Boyfriend aku"

"What? Tak sangka si pendek tu ada boyfriend" ujar Akaily.

"Hei ingak aku ni tak laku ke hah?"

"Mama, jom kita makan kat pondok. Papa asa bawa makanan kegemaran mama" ujar Kylez

"Okey" Nayrael peluk lengang Kylez. Mereka berdua meninggalkan Teera, Akaily dan Betty.

Mereka bertiga mahu muntah dengan apa yang dikata oleh Kylez "Mama papa? Geli aku" ujar Akaily

Mereka bertiga pun pergi ke kantin untuk menjamu makanan.

................………......

Kelihatan matahari hampir terbenam. Langit pula berwarna jingga. Kelihatan enam remaja duduk di pondok pada waktu rehat bagi kelas mereka.

Ash duduk di sebelah Teera. Hati dia sedikit berbunga apabila dia akan menjalankan misi dengan crushnya sama juga Nayrael yang tersenyum sepanjang hari.

"Baiklah, kita akan pergi ke pulau untuk mencari herba. Kita perlukan kapal, peta dan kompas untuk berlayar. Siapa di sini ayah dia merupakan seorang pelayar atau pedagang?" soal Danish. Mereka geleng kepala.

"Sewa lah kapal. Itu pun susah" ujar Ash.

"Betul juga"

"Bila kita nak jalankan misi ni?" soal Robin.

Danish pulamengambil kesempatan mengenyit matanya pada Akaily. Akaily tunjuk penumbuk pada Danish.

"Lusa nanti. Bawa barang keperluan. Kalau korang mabuk laut, bawa ubat. Kita akan berkumpul di sini pukul 8.00 pagi sebelum bertolak ke jeti" jelas Teera.

"Siapa nak ketuai pelayaran ni?" soal Nayrael yang tidak lepas memandang Danish.

"Apa kata Teera yang jadi ketua?" cadang Ash. Teera memandang ke arah Ash dengan pandangan tajam.

"Aku tak... "

"Aku setuju" ujar Akaily yang memotong percakapan Teera. Teera mengempal penumbuknya. Dia senyum secara paksa.

"Aku pun setuju. Mana lah tahu tiba-tiba dia jadi pemimpin Digra" usik Nayrael. Teera dengan segera cubit manja di lengan Nayrael.

"Sakit lah" adu manja Nayrael. Nayrael pula pukul belakang Robin.

"Apa salah aku?" soal dia sendiri yang usap belakang badannya.

"Jangan nak merepek. Raja Ricky ada pengganti iaitu Ash" marah Teera.

"Aku pun tak pasti sama ada pakcik aku akan suruh aku gantikan dia. Aku rasa dia akan cari falsafah"

"Jangan berbincang fasal politik. Kita berbincang fasal misi. Aku setuju kalau Teera jadi pemimpin. Seperti apa yang dikata oleh Teere, jangan lupa kumpul kat sini pukul 8.00"

"Pagi, petang atau malam?" soal Robin

"Pagi. Bawa pakaian lebih tau. Kita tak tahu berapa hari kita berlayar" ujar Teera.

Mereka pun angguk kepala tanda faham. Tanpa disedari mereka, seseorang mengintai mereka. Dia juga dapat dengar apa yang mereka cakap. Dia beredar dari tempat persembunyian setelah selamat.

Akaily perasan ada seseorang baru keluar dari pokok buluh tapi dia abaikan. Dia anggap itu hanya imaginasinya sahaja.

……………………………………

Malam pun menjelma. Para pelajar tidur separuh mati. Ada yang berdengkur dengan kuat sehingga menyebabkan aparment sebelah dengar. Nasib baik ada rawatan untuk si tidur berdengkur.

Dia memunduk menghadap ketua kumpulannya di skrin warna putih itu "Ada apa kau memanggil aku?" soal ketuanya.

"Teera akan menjalankan misinya. Dia dan ahli kumpulannya akan pergi ke sebuah pulau lusa ni. Boleh aku menyerangnya?" soal dia

"Bawa sekali dengan ahli kumpulan lain untuk serang mereka. Kau perlu memakai penutup muka serta mewarna rambut kau supaya dia tidak mengecam kau"

"Baiklah, tuan. Aku akan bunuh dia"

"Jangan bunuh dia" ujar si ketua membuat dia mengerut keningnya.

"Apa maksud tuan?" soal dia yang memandang ke arah ketua kumpulannya.

"Aku nak kau seksa jiwa dan fizikal dia baru kau bunuh dia. Jika kau tak berjaya bunuh dia, kau perlu bunuh ibu kandung dia. Kau tahu kan apa kuasa ibu kandung dia?"

"Kuasa yang hilang disebabkan Jazz. Macam mana ibu dia ada kuasa itu, tuan?" soal dia.

"Sebab tu aku suruh kau korek rahsia dia. Kenapa dia pakai sarung tangan? Adakah dia sensetif"

"Itu aku tak pasti, tuan. Dia memang selalu pakai sarung tangan. Tuan tak perlu risau. Aku akan buka sarung tangan itu untuk tuan"

"Itu tak penting. Aku cuma tertanya saja. Jangan lupa tentang misi kau, As6. Kalau kau khianati aku, kau tahu apa akibatnya"

As6 angguk kepala. Dia agak gerun dengan ugutan ketuanya namun dia tak tunjukkan "Tak perlu risau, tuan. Bukan kah aku banyak laksanakan tugasan yang kau berikan pada aku berjaya. Bukan satu atau tiga malah sebanyak 25 tugasan aku laksanakan"

"Kau memang boleh diharap, As6. Pastikan tugasan kau kali ni berjaya. Kalau kau berjaya, aku akan gandakan gaji kau. Kalau tidak, kepala kau akan ku pancung"

"Baik, tuan"

Skrin putih di matikan. As6 duduk diatas katil. Dia sudah lama berada di dalam kumpulan Tyzer tersebut. Umur dia pula bukan umur dia gunakan untuk menyamar. Dia takut juga jika tugasan dia gagal. Hal ini kerana ketua kumpulannya akan menyeksa dia sepuasnya sebelum dia dibunuh. Dia pernah lihat semua itu sebelum dia masuk ke kumpulan itu sebab mahukan dunia ini tiada kuasa.

"Bersiap sedia pada lusa ni, Teera. Aku akan berlawan dengan mu. Hahaha" gelak As6 bersendirian

Saya gantikan dia sebagai As6 untuk memudahkan para pembaca. Jangan lupa vote dan tag rakan anda

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now