28. Real friend

252 17 2
                                    

Akaily menuju ke arah rumah rakannya iaitu Teera. Dia ambil cuti dua hari untuk melawat Teera yang tak datang ke sekolah selama empat hari. Tingkap rumah Teera ditutup serta dilindungi langsir dari dalam rumah.

"Teera, oh Teera" Akaily mengetuk pintu beberapa kali.

Tiada respon dari Teera membuat Akaily mengerut keningnya. Dia pulas tombol pintu lalu menolaknya. Pintu itu terbuka kecil dan nampak separuh dalam rumah.

"Hmm? Tak kunci pintu ke?" soal Akaily. Dia tolak pintu sepenuhnya.

Dia dapati Teera duduk di atas sofa sambil memeluk kedua lututnya. Tisu yang ronyok bertaburan di atas lantai

"Teera?" Akaily menuju ke arah rakannya. Dia duduk sebelah Teera.

"Teera, kau okey tak?" soal Akaily namun tiada respon.

Teera angkat kepalanya dengan perlahan. Anak matanya memandang ke arah Akaily. Bawah mata Teera terdapat warna hitam. Muka dia juga pucat seperti kekurangan darah. Rambutnya pula tidak terusu serta serabai.

"Teera, kau sakit ni. Aku bawa kau ke klinik ya" ajak Akaily. Teera seperti biasa tiada respon.

Akaily tarik tangan kiri Teera lalu letak di belakang lehernya. Tangan kiri Akaily peluk Teera. Dia papah Teera keluar dari rumah menuju ke klinik.

Teera memandang ke arah luar tingkap setelah dimaksudkan dalam hospital. Dia akan tidur di hospital selama dua hari. Akaily mengeluh nafas melihat keadaan rakannya itu. Dia duduk di atas kerusi manakala Teera duduk di atas katil.

Doktor kata Teera mempunyai masalah kesihatan. Jika tak diselamatkan boleh mengundang nyawa. Nasib baik Akaily datang awal dan ziarah Teera.

"Teera" Akaily letak tangannya di atas tangan Teera yang dimasuki air.

"Apa salah ibu aku?" soal Teera seraya memalingkan kepalanya ke arah Akaily.

"Apa maksud kau?"

"Ibu aku kena racun, Akaily. Siapa yang racun dia? Apa salah ibu aku? Siapa yang tak puas hati dengan ibu aku? Aku cuma ada ibu saja. Ayah? Langsung tak pernah jumpa. Kenapa?" luah Teera. Air mata berjujuran di pipi.

"Sudah. Jangan nangis. Aku ada"

"Thanks Akaily sebab jenguk aku"

"Kau ni dah berapa hari tak tidur? Dah macam mata panda aku tengok" kutuk Akaily.

"Eh, kau. Aku tengah bersedih, kau boleh pula kutuk aku"

"Saja. Sakat kau"

Teera pusing kepala hadap tingkap bersebelahan dengannya. Dia dapati daun berwarna kuning serta emas gugur jatuh ke bawah. Akaily perasaan daun itu gugur. Maknanya musim akan berubah beberapa bulan lagi.

"Hmm, daun gugur lah. Mesti bulan depan salji" ujar Teera.

"Siapa yang mengandungkan dia?" loyar buruk Akaily.

"Kau ingat lawak ke?" Teera memusingkan kepalanya ke arah Akaily.

"Kalau lawak ya gelak. Takkan nak nangis pula"

"Hmm, sabar je dapat kawan macam ni"

"Oh, Teera. Allen kata dia akan lawat kau petang ni. Ash pula lawat kau esok" beritahu Akaily.

"Dah berambus dari sini. Aku nak tidur"

"Eh, kau menghalau aku. Tak nak datang lawat kau lagi" Akaily menyilang tangannya serta mengembungkan pipinya sebagai tanda merajuk.

"Eh, merajuk pula dia" Teera cubit pipi Akaily.

"Ouch, sakitlah Teera" Akaily tepis tangan Teera.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now