34. Misi terakhir

259 18 2
                                    

Allen menutup mulutnya dengan tapak tangannya saat dia menguap. Matanya hampir terlelap mendengar cikgu berceloteh di hadapan. Bukan dia seorang saja yang bosan malahan rakannya juga turut bosan.

"Misi terakhir untuk para pelajar yang baru" seraya cikgu berkata begitu. Ramai pelajar membuka mata. Menepuk tangan serta bersorak mendengar berita tersebut.

"Misi terakhir agak lama berbanding misi yang lain. Saya nak kamu lakukan dalam kumpulan. Pergi ke benua Tertua dan selesaikan masalah di sana"

"Masalah apa?" soal Ruby dengan nada berbisik kepada Allen. Allen mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.

"Misi terakhir akan dilaksanakan esok. Jadi, saya nak kamu semua berkumpul di sini bersama dengan kumpulan kamu sendiri. Faham tak?"

"Faham, cikgu"

"Misi terakhir lebih mencabar dan lebih susah"

Loceng berbunyi. Para pelajar keluar dari dewan. Teera yang mengatur langkah, hanya berdiam diri. Fikirannya melayang ke arah lain.

"Teera" tegur seseorang. Mata Teera dilirik ke arah kiri. Rupanya Akaily serta Nayrael yang menyapanya.

"Ya?"

"Kita satu kumpulan tau" ujar Nayrael. Kepak yang berada di belakangnya dilibas kan beberapa kali.

"Hmm, kita bertiga saja?" soal Teera.

"Tak. Kita bertujuh. Aku tertanya, mana Betty?" soal Akaily yang menongkat dagunya.

"Er, kau tak tahu ke yang Betty merupakan ahli kumpulan Tyzer?" Nayrael bertanya. Satu sekolah sudah heboh dengar berita tersebut.

"Ah, aku lupa" Akaily menepuk dahinya.

"Jom kita pergi makan. Perut aku dah buat konsert" ujar Teera. Dia tarik tangan Nayrael lalu beredar dari situ.

"Eh, tunggu aku" Akaily yang ketinggalan di belakang mengejar mereka berdua.

......................................................

Keesokan harinya,

Para pelajar yang baru berkumpul di dewan. Mereka bersama dengan ahli kumpulan mereka sendiri. Mereka berbual sesama mereka sementara cikgu belum masuk ke dalam dewan.

"Jadi, apa yang kita perlu lakukan di benua Tertua?" soal Nayrael.

"Entah. Aku tak tahu apa yang cikgu rancangkan" jawab Robin. Kepalanya disandarkan pada bahu Ash. Ash hanya membiarkan tindakan Robin. Pasrah barang kali.

"Hmm, mungkin kita boleh cari maze" ujar Allen. Mata mereka memandang ke arah Allen.

"Maze? Ada ke maze kat benua Tertua?" soal Ruby yang mengerut keningnya.

"Ah, betul tu" Akaily setuju dengan kata-kata Ruby.

"Ada. Maze itu berada di gunung Akrz. Maze tu tersembunyi dari pandangan mata kita semua"

"Ada apa kat maze tu?" soal Teera.

"Sejarah yang berlaku 1000 juta tahun dahulu" jawapan Allen membuat mereka terkejut.

"Tapi bukan ke buku sejarah tentang elemen di sorokkan di kota Atlantis?" soal Ash.

"Memang betul buku sejarah tentang elemen disorok di kota Atlantis. Apa salahnya kita cuba lihat kat maze tu. Mana tahu dapat sikit ilmu tentang apa yang berlaku"

"Betul juga. Jadi, macam mana kita nak ke sana? Kita bukan ada peta pun dan kita tak tahu kat mana lokasi maze tu" soal Robin.

"Jangan risau. Aku ada petanya. Ada seseorang yang beri pada aku" Allen ambil kertas yang dilipat empat segi di dalam kocek seluarnya. Dia tunjukkan peta tersebut kepada rakannya.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now