14. Kembara

268 25 1
                                    

Ash, Robin, Danish, Teera, Akaily dan Nayrael berkumpul di depan sekolah. Mereka akan bertolak hari ni. Mereka membawa beg sandang belakang serta memakai pakaian yang sesuai. Mereka menunggu ketibaan kereta kuda.

"Teera" panggil Allen

Teera yang sedang berbual dengan Akaily dan Nayrael pandang ke arah Allen. Allen menuju ke arah Teera. Ash menyilang tangannya tanda tidak puas hati.

"Ya, Allen. Ada apa?" soal Teera dengan mengukir senyuman manis di bibirnya.

"Ini untuk kau " Allen beri kompas berwarna unggu yang mempunyai tali. Teera ambil kompas itu. Barang itu bertukar tangan.

"Wow, kompas mahal ni. Thanks Allen. Kau tak perlu lah bagi semua ni"

"Eh, mana ada mahal. Aku suka kalau terima"

"Dah semestinya" Teera peluk Allen membuat Allen tergamam. Ash pula terkedu.

Sebuah kereta kuda yang saiznya agak besar sudah sampai. Teera leraikan pelukan. Wajah Allen kemerahan sedikit. Mereka semua masuk ke daam kereta.

"Oh, sebelum tu" Teera kucup pipi Allen. Allen pula membeku seperti ais.

"Aku pergi dulu. Jaga diri" Teera masuk ke dalam kereta kuda. Kereta kuda itu berlalu dari situ.

Allen pula kembali ke kelas dengan wajah yang gembira. Senyuman dia hingga ke telinga. Crush cium pipi dia serta peluk dia. Omg!

………………………………

Kereta kuda berhenti bergerak apabila sampai di jeti. Mereka berenam keluar dari kereta kuda itu setelah membayar duit pada penunggang kereta kuda itu. Mereka berjalan di atas jeti yang diperbuat dari batu. Banyak kapal yang tersadai di tepi pantai. Kapal sememangnya mempunyai banyak jenis dan saiz.

Seorang lelaki yang mempunyai janggut yang lebat mengukir senyuma. Dia menunggu enam pelajar dari sekolah Para Falsafah itu.

"Jadi, kamu lah pelajar tu?" soal lelaki itu.

"Ya" balas Ash

"Kami ada sediakan seseorang untuk mengawal kapal ni. Kapal ni mempunyai enjin sendiri. Kapal ni ada dua bilik tidur, satu bilik air dan dapur. Semoga kamu dapat jalan kan misi dengan baik"

"Terima kasih, encik. Kami masuk dulu" ujar Danish.

Mereka berenam masuk ke dalam kapal itu. Mereka meletakkan beg sandang mereka di bilik. Seorang lelaki mengawal kapal itu. Dia sudah diberitahu majikan nya yang bahawa ada para pelajar nak pergi ke pulau.

"Para pelajar sekalian, kapal akan bergerak dalam 15 minit lagi. Harap makluman" ujar lelaki itu.

Pembesar suara yang dipasang di dalam kapal dapat didengari oleh mereka berenam. Mereka tak sabar untuk menunggu kapal ini berlayar lebih lagi Akaily yang suka melihat permandangan di luar kabin. Teera pun sama.

15 minit kemudian, kapal pun berlayar. Teera hampir terjatuh tapi dia disambut Ash. Teera agak terkejut kemudian dia bangun. Ash memandang Teera secara mendongak disebabkan Teera lebih tinggi dari dia.

"Hai, Ash. Terima kasih sebab sambut aku" Teera usap kepala Ash. Dia ketawa kecil dengan ketinggian Ash.

"Habis rambut aku" Ash tepi tangan Teera. Wajahnya merah apabila wajah Teera hampir dengannya.

"Comel pula kalau lelaki pendek"

"Hei, aku tak pendek selamanya. Nanti umur aku 16 tahun aku akan sama tinggi dengan kau" marah Ash yang menjingkit kakinya.

"Ialah, dik. Akak tahu"

"Aku bukan adik kau" geram Ash

"Umur kau 13 tahun dan aku 16 tahun. Kita beza tiga tahun, Ash. Jadi, aku anggap kau adik aku"

"Cinta tak pandang umur" tambah Ash.

Teera mengerut keningnya "Apa maksud kau cinta tak pandang umur?"

"Lupakan apa aku cakap. Aku nak tengok laut" Ash meninggalkan Teera. Dia pergi ke bahagian tepi kapal memandang laut.

Dia nampak beberapa ikan duyung sedang berenang di dalam air. Sebahagian dari mereka lambai tangan. Ash hiraukan mereka. Ikan duyung mengiringi para pelayar sebab tugas mereka menjaga keselamatan dan mengawasi setiap pelayar. Dua jenis ikan duyung yang ada iaitu ikan duyung lelaki dan ikan duyung perempuan.

Ikan duyung boleh menukarkan ekornya kepada kaki. Mereka boleh hidup di darat tapi mereka mestilah bawa air bersama supaya mereka tidak mati kekeringan. Ekor ikan duyung lelaki berwarna cerah dan menarik untuk menarik perhatian ikan duyung perempuan.

Ekor ikan duyung perempuan biasanya warna coklat dan tidak menarik seperti ekor ikan duyung lelaki. Biasanya ikan duyung lelaki akan tunjukkan ekornya pada perempuan. Jika ekor duyung lelaki itu cantik serta berwarna-warni, dia akan dijadi pilihan perempuan.

Ash termenung sendiri memandang laut. Dia dapat rasakan ada sesuatu di atas kepalanya. Dia terkejut kerana atas kepalanya mempunyai lengan orang iaitu Teera. Teera letak sikunya di atas kepala Ash.

"Wow, ikan duyung. Cantiknya warna ekor ikan duyung lelaki tu"

Ash menyilang tangannya tanda tidak puas hati "Teera, alih tangan kau dari atas kepala aku"

Teera pun alih tangannya "Maaf, aku ingat tempat sandaran siku aku rupanya kepala kau"

"Apa kau buat kat sini?"

"Melihat permandangan. Kenapa? Tak boleh ke?" soal Teera

"Boleh"

"Kau ni, cuba lah senyum sikit. Ni tak buat muka beku memanjang. Aku sumpah kau jadi ais baru kau tahu"

Ash berdiam diri. Dia bukannya tak mahu senyum cuma dia tak suka senyum. Dia pandang Teera yang di belakangnya. Teera mengukir senyumannya. Jantung Ash berdebar kencang. Dia alih pandangannya ke arah laut.

…………………………………

Kelihatan beberapa ahli kumpulan Tyzer memakai topeng muka serta pakaian yang melambangkan mereka ahli kumpulan Tyzer. Nombor untuk panggilan mereka terukir di baju mereka.

"As6, bila kita akan bergerak ke arah kapal mereka?" soal As12

"Kita kena rancang dulu sebelum serang mereka. Mereka yang di atas kapal itu hebat belaka"

"Baiklah, As6"

"Panggil yang lain ke sini" arah As6.

As12 memanggil mereka. Mereka berdiri tegak memandang As6. As6 tersenyum di sebalik topeng memandang mereka.

"Sebelum kita pergi, kita rancang dulu pergerakkan mereka. Kita perlukan kedudukan mereka. Kita mesti alih perhatian ikan duyung. Jika ikan duyung ada, tugasan susah dijalankan. Sesiapa di sini mempunyai burung helang untuk mengintip pergerakkan mereka?" soal As6.

"Aku" seorang ahli kumpulan Tyzer mengangkat tangannya.

"Bagus, aku nak kau hantar burung helang kau. Kita akan serang mereka bila kita sudah bersedia. Kamu semua mesti lah berhati-hati dengan serangan yang mereka lakukan. Cari kelemahan pengguna kuasa di situ. Teera pengguna kuasa api, jadi lawan kuasa dia adalah air. Ingat, musnahkan kapal mereka biar mereka semua tenggelam. Faham tak apa aku cakap ni?" soal tegas As6.

"Faham!" jawab mereka secara serentak.

"Bagus. Ini yang aku mahukan. Kita akan berkumpul di bilik mesyuarat jam lima petang. Pastikan kamu semua datang. Kita akan bincang macam mana nak serang mereka. Baiklah, semua bersurai. Buat kerja masing-masing"

Mereka pun beredar dari situ. Mereka akan serang kapal yang membawa para pelajar iu tak lama lagi.

Legend of Teera (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang