2.Dipanggil

396 30 0
                                    

Teera bersiap diri sebelum pergi ke sekolahnya. Memakai baju t-shirt dan seluar berwarna biru gelap. Rambutnya dilepaskan. Dia tak lupa juga pakai sarung tangan yang terbuka di jari. Dia pakai kasut sukan sebelum pergi ke sekolah.

"Teera pergi dulu, ibu."

"Hati-hati."

Teera hanya berjalan kaki pergi ke sekolah. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa 10 minit. Hari ini merupakan hari Ahad dan mestilah ada perhimpunan rasmi. Teera melangkah masuk ke dalam sekolah menuju ke dewan terbuka. Sebahagian segelintir pelajar sudah ada di situ.

Teera menuju ke arah rakannya iaitu Akaily si puak bunian dan Betty si puak angle. Betty menyimpan sayapnya dari pandangan orang lain. Dia guna bila perlu saja. Teera duduk di sebelah Akaily.

"Hai guys." tegur Teera

"Hai." senyum Akaily.

"Hai." balas Betty.

Perhimpunan rasmi berjalan dengan lancar. Setelah perhimpunan habis, mereka masuk ke kelas masing-masing. Teera dan rakannya ditempatkan kelas yang tertinggi sebab kebijaksanaan mereka. Teera lebih bijak dari rakan kelasnya yang lain.

Sebelum cikgu masuk untuk mengajar, mereka berbual dulu dengan rakan.

Seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas dengan bawa buku teks. Para pelajar dengan segera menuju ke tempat masing-masing.

"Selamat pagi, cikgu" ujar ketua kelas

"Selamat pagi. Sila duduk. Buka muka teks muka surat 32. Hari ini kita belajar tentang tenaga."

Para pelajar pun duduk. Mereka pun buka buku teks seperti disuruh oleh guru. Teera memberi tumpuan sepenuhnya apa yang cikgunya ajar. Dia juga ada sediakan nota kecil untuk sebagai bahan rujukannya. Beberapa minit kemudian, seseorang ketuk pintu bilik darjah.

"Cikgu, pengetua panggil Teera ke pejabatnya." ujar pelajar itu.

Teera mengerut keningnya. Dia pun keluar dari kelas menuju ke pejabat pengetuanya. Pengetuanya seorang wanita dan sudah berumah tangga. Teera masuk ke dalam pejabat. Nampaknya pengetua berada di situ sedang duduk menantikan Teera. Teera pun menuju ke arah kerusi yang bertentangan dengan pengetua. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Kenapa pengetua panggil saya? Saya ada buat salah ke?" soal Teera.

Pengetua gelak kecil. Teera mengerut keningnya 'Apa yang kelakar? Aku ada salah cakap ke?' gumamnya di dalam hati.

Pengetua redakan diri "Kamu ni bijak serta baik. Tak mungkin saya panggil kamu ke sini tanpa sebab."

"Okey." Teera angguk kepalanya tanda faham.

"Teera, setiap kali peperiksaan kamu selalu dapat markah yang tinggi berbanding rakan sekelas kamu. Kamu juga pernah pecah rekod di mana matapelajaran Matematik dapat 100% dalam ujian. Saya bangga dengan kamu."

"Jadi?" soal Teera

"Kamu terlalu pandai untuk sekolah ni,"

Teera mengaru kepalanya yang tidak gatal 'Apa yang pengetua ni cakapkan?'

"Macam ni, saya nak kamu masuk ke sekolah Para Falsafah,"

Mata Teera terus bersinar "Sekolah Para Falsafah. Mestilah nak!"

"Baiklah. Memangkan masih awal bulan Januari, saya akan daftar untuk kamu. Sebenarnya saya nak daftar tahun lepas tapi tak boleh sebab dah masuk bulan Mac. Kamu tahukan nak masuk sekolah tu kena awal bulan Januari?"

Teera angguk kepalanya "Tapi cikgu yuran sekolah tu terlalu mahal. Saya takut je yang saya tak dapat bayar."

"Kamu jangan risau. Kerajaan yang tanggung separuh kos yuran sekolah tu. Cikgu akan bayar yuran lain selain tanggungan kerajaan."

"Tak apa ke cikgu? Saya tak nak susahkan cikgu." ujar Teera

"Tak lah. Saya dah anggap kamu ni sebagai anak saya. Jadi kamu nak pergi tak?"

"Mestilah nak. Siapa je yang tak nak pergi. Selama ni saya pun nak ke sana tapi saya takut pula." ujar Teera.

"Apa yang kamu takutkan? Saya percaya kamu, Teera. Mungkin suatu hari kamu akan jadi falsafah yang terkenal,"

"Cikgu janganlah puji saya. Malu saya dibuatnya." segan Teera. Pengetua gelak.

"Boleh saya ajak kawan saya?"

"Boleh. Nanti cikgu bayarkan untuk tiket keretapi dan sewa griffin sekali."

"Biar betul cikgu ni?" soal Teera dengan nada terkejut.

"Betullah. Buat apa saya nak tipu kamu. Lusa, mungkin kamu akan ke sana. Beritahu tentang hal ini pada rakan kamu. Kalau rakan kamu bersetuju, cikgu akan tanggung kos mereka."

"Terima kasih, cikgu. Saya sangat hargai jasa cikgu. Kalau saya dah berjaya, saya akan ganti duit cikgu."

"Eh, tak perlu. Cikgu ikhlas nak tolong kamu." senyum pengetua.

Teera ucapkan terima kasih banyak kali sebelum dia keluar dari pejabat. Dia menuju ke kelas dan sambung belajar. Dia tak sabar tunggu waktu rehat untuk memberitahu perkara itu kepada kedua rakannya.

Pada waktu rehat, mereka bertiga iaitu Teera, Akaliy dan Betty makan bersama di kantin mereka. Teera menceritakan perbualan dia bersama pengetua tadi. Akaily tergamam manakala Betty senyap.

"Macam mana? Korang pergi atau tak?" soal Teera.

"Aku boleh je sebab ibu bapa aku bekerja sebagai guru kat sana." ujar Akaily. Dia duduk dengan neneknya.

"Aku setuju" jawab Betty.

"Aku akan beritahu hal ini pada ibu aku. Mesti dia gembira."

Mereka pun berbual bersama. Teera dan Akaliy banyak berbual berbanding Betty kerana Betty seorang yang pendiam. Dia hanya cakap bila perlu saja. Teera dan Akaily tak terasa hati dengan sikap Betty. Mereka memahami sikap Betty itu. Teera dan Akaily kawan sejak kecil. Rumah mereka pun tak jauh membuat mereka selalu bersama sehingga meningkat remaja.

Betty pula rakan mereka ketika mereka mula masuk sekolah menengah. Betty seorang yang pendiam sehingga dia tiada kawan dan tidak berbual antara rakan mereka yang lain. Nasib baik Teera dan Akaily menegur Betty. Sejak hari tu, Betty berkawan dengan mereka berdua.

....................................................................

Pada sebelah malam, puan Ozio bersama dengan anaknya iaitu Teera berada di ruang tamu. Puan Ozio dan Teera melipat kain bersama.

"Ibu, Teera nak pergi ke sekolah Para Falsafah. Ibu jangan risau tentang kos yang tak ditanggung kerajaan. Pengetua sekolah Teera tanggung kos tu" beritahu Teera tanpa dipinta.

"Ibu sentiasa setuju keputusan anak ibu. Belajar rajin-rajin, ya. Mana tahu boleh jadi pemimpin."

Teera gelak "Ibu ni. Ke situ pula pergi nya. Raja Ricky tu ada anak saudara dia yang bernama Ash. Jadi, dia suruh lah anak saudara dia ganti."

"Mana lah tahu dia nak falsafah yang mentadbir. Kesian Raja Ricky tiada anak sebab dia ada masalah kesihatan."

"Teera pasti akan rindu ibu." senyum Teera.

"Ibu pun. Tinggal ibu sorang-sorang kat rumah ni."

"Ibu nanti kalau ada cuti panjang, Teera akan balik ke sini." ujar Teera.

"Baiklah. Bila kamu nak mengemas?"

"Esoklah, ibu. Teera nak tolong ibu lipat kain ni."

"Kain ni tak banyak. Kamu boleh kemas barang kamu."

"Baiklah."

Teera pun bangun. Dia ambil sebuah beg bagasi yang sederhana besar. Dia ambil baju tidur, kasut dan barang keperluan. Sekolah Para Falsafah menyediakan unifom khas termasuk unifom untuk bersukan. Setelah selesai mengemas, Teera letak beg bagasi di atas lantai.

Teera pun tutup pintu biliknya memandangkan ibunya sudah siap lipat kain dan angkat pakaian. Teera baring di atas katil dan dia tarik selimut sehingga ke paras dadanya.

"Sekolah Para Falsafah, I'm coming."

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now