31. Ruby Vs Akaily

253 17 0
                                    

Akaily melakukan senaman ringan dahulu sebelum masuk ke dalam gelanggang. Dia merenggangkan ototnya untuk tidak mengalami cedera yang serius.

"Hai Akaily" tegur Ruby yang berada di sebelahnya. Akaily pandang ke arah tepi mendongak memandang Ruby.

"Hi" balas Akaily.

"Berlawan dengan bersungguh-sungguh. Aku takkan berlembut dengan kau walau kau perempuan"

"Kau pun sama, Ruby. Aku takkan benarkan kau menang"

"Kita tengok nanti"

"Ruby dan Akaily sila masuk ke dalam gelanggang sekarang" ujar si pengadil.

Ruby dan Akaily masuk ke dalam gelanggang. Mereka berdua berdiri ke arah bertentangan untuk berlawan. Akaily membuka kekuda kakinya sambil keluarkan sebilah pedang melalui kuasanya.

"Perlawanan bermula sekarang!" ujar si pengadil.

Mereka berdua berlari ke arah satu sama lain. Akaily mengangkat pedang nya ke atas udara lalu hayun ke arah kepala Ruby. Ruby dengan segera tangkis pedang itu dengan kukunya yang tajam.

"Nice try" puji Ruby.

Akaily keluarkan bilah pisau kecil lalu tikam ke arah tulang rusuk Ruby. Pisau itu menembusi tulang rusuk Ruby membuat dia mengundur ke belakang. Darah berwarna merah pekat keluar dari rusuk tersebut. Bau darah juga menyengat rongga hidung Akaily.

"Hish, kau pakai pisau perak" Ruby tarik pisau dari rusuknya lalu baling ke arah lantai. Pisau berwarna silver itu tercucuk atas tanah. Kepala Ruby mula pening bagai dihempap batu.

"Maaf, Ruby" pinta Akaily yang menuju ke arah Ruby.

Ruby dengan segera golek ke bawah sambil tendang kaki Akaily. Akaily tergolek hingga ke bahagian hujung gelanggang. Pedang yang dia genggam terlepas.

"Tak guna"

Akaily bangun lalu keluarkan busur serta anak panah. Anak panah itu dilepaskan oleh Akaily. Anak panah itu menyusuri langit menuju ke arah Ruby. Ruby elak ke kiri dan ke kanan untuk hindarkan diri terkena anak panah tersebut.

Anak panah yang tercacak di atas tanah mengeluarkan percikan api lalu terbakar. Api merebak di sekeliling Ruby. Ruby ambil pisau perak yang tercacak atas tanah lalu menuju ke arah Akaily.

"Wow, kau guna aku punya senjata" Akaily buat perisai saat Ruby cuba menikam dia dari depan.

Ruby tikam beberapa kali perisai tersebut. Darah yang mengalir keluar dari rusuknya di pedulikan. Akaily dengan segera melibas pedang samurai ke arah Ruby. Ruby lompat ke ke belakang beberapa kali untuk elak kena daripada pedang tersebut.

Akaily menuju ke arah Ruby dengan mengangkat pedangnya ke atas. Ruby pula menuju ke arah Akaily. Ruby tepis pedang itu dengan tangannya tapi tidak berhasil apabila Akaily tendang perutnya dengan kaki.

Ruby mengundur ke belakang. Berlawan dengan Akaily bukan sesuatu yang mudah. Peluh membasahi baju serta dahi. Tercungap-cungap nafas kerana kepenatan. Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

Ruby menuju ke arah Akaily. Dia cuba mencakar muka Akaily. Akaily balas dengan pedang yang dia genggam.

Sring!

Sring!

Sring!

Nampaknya mereka berdua masih berlawan. Masing-masing tidak menunjukkan sebarang kekalahan. Akaily tarik nafasnya lalu hembus. Tenaganya semakin berkurangan akibat berlawan dengan Ruby. Para penonton pula tergamam dengan perlawanan itu.

"Hmm, macam mana ni? Bila lah perlawanan nak habis?" soal pengadil sendiri yang melihat perlawanan tersebut.

"Wow, hebatnya Akaily" puji Nayrael yang duduk di bangku bersebelahan dengan Teera.

"Dia memang hebat. Aku pernah berlawan dengan dia, aku yang kalah"

"Mesti dia banyak berlatih"

"Dah semestinya. Lagipun dia banyak kemudahan untuk melatih diri" ujar Teera.

"Mengaku kalah, Ruby" Akaily menuju ke arah Ruby dengan menghayun pedang ke tepi.

Ruby yang hampir kehilangan darah tunduk saat pedang itu hampir kena padanya. Kaki kanannya tendang lutut Akaily. Akaily terjatuh di atas tanah.

"Ingat Akaily. Walau aku kekurangan darah, aku masih ada tenaga untuk berlawan dengan kau"

Ruby menuju ke arah Akaily. Tangan kanannya menutupi rusuknya yang ditikam pisau perak untuk mengelakkan darah terus keluar. Namun darah keluar dari celah jari Ruby. Akaily golek ke tepi. Ruby terhempas di atas tanah. Tanah termendap ke dalam.

Darah bertaburan di gelanggang. Ruby terus mara ke arah Akaily dengan mencakar lengannya. Akaily bentukkan perisai.

Sring!

Bunyi kuku bertemu dengan perisai. Perisai milik Akaily tercalar sedikit. Akaily mengetap bibirnya melihat perisai miliknya calar.

"Tak guna kau" Akaily hayun pedang ke arah kanan.

Ruby dengan segera lompat melebihi tinggi Akaily kemudian dia mendarat di belakang Akaily. Akaily dengan segera pusing ke belakang manakala Ruby menyepak kaki Akaily.

Akaily terbaring menyiarap di atas tanah. Genggam pedang samurai terlepas manakala perisai miliknya pecah berkecai seperti kaca saat dia terhempas. Dia segera golek ke tepi.

"Huh, boleh tanah" puji Ruby yang hampir menikam Akaily.

Akaily bangun lalu menepuk debu di bajunya. Ruby memegang pisau perak sambil membuka kekuda kakinya. Akaily tersenyum manis sebelum menerpa ke arah Ruby secara mengejut.

Tiba-tiba saja Akaily muncul di bahagian kiri Ruby. Ruby dengan segera tikam perut Akaily dengan pisau di tangannya. Akaily genggam pergelangan tangan Ruby. Pisau itu hampir kena pada perut Akaily.

"Hmm, tangkas betul kau" puji Akaily yang merampas pisau dari genggaman Ruby.

Ruby terkejut apabila pisau itu dapat dirampas oleh Akaily sedangkan dia genggam begitu kuat. Tapak tangannya mempunyai bekas pemegang pisau.

"Hish" pisau diangkat ke udara menikam ke arah Ruby. Ruby tepis dengan kukunya.

Pisau itu jatuh di atas tanah. Akaily tumbuh bincang dada Ruby. Ruby mengundur ke belakang. Dia menghayun penumbuk ke arah wajah Akaily. Akaily dengan segera tolak tangan Ruby ke bawah kemudian genggam pergelangan tangan Ruby.

Akaily menuju ke belakang Ruby lalu mengangkat kaki kiri Ruby. Lutut Akaily diletakkan di pelipat lutut Ruby. Akaily alihkan lututnya dari pelipat kemudian tarik Ruby bertentangan dengannya. Bidang dada Ruby ditumbuk beberapa kali.

Ruby terbatuk darah. Dia golek ke tepi dengan menendang kaki Akaily. Akaily sempat elak membuat kaki Ruby terseliuh. Dia bangun dengan memangku tangannya di atas tanah dengan perlahan.

"Mengalah saja, Ruby. Sebelum aku belasah kau" Akaily memberi amaran namun Ruby tidak pedulikan
Dia menerpa ke arah Akaily dengan menghayun penumbuk ke arah dada Akaily.

Akaily tepis tangan kanan Ruby ke bawah dengan tangkas menyebabkan tangan kiri Ruby di tarik oleh Akaily. Akaily genggam kedua tangan Ruby dengan tangan kanannya lalu tangan kirinya merangkul leher Ruby.

Disebabkan tinggi Akaily di bawah paras telinga Ruby, Akaily tarik Ruby hingga ke dadanya. Belakang badan Ruby bersentuhan di dada Akaily. Kaki Ruby terbongkok sedikit akibat daya tarikan Akaily.

"Hmm, ini lah kelemahan orang tinggi" sinis berbicara Akaily. Ruby cuba lepaskan dirinya tapi tak boleh.
Halkumnya tersekat di lengan Akaily.

Akaily tidak lepaskan Ruby. Dia genggam begitu erat tangan Ruby. Ruby mengeluh nafasnya. Kakinya lenguh serta halkumnya tersekat.

"Baik, aku mengalah" ujar Ruby dengan kuat. Akaily lepaskan Ruby.

"Baiklah, pemenangnya adalah Akaily" ujar pengadil.

Para healer menuju ke arah Ruby dan Akaily. Mereka dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan. Ruby berasa kagum dengan Akaily. Dia tadi dikalahkan Akaily dengan apa yang dia belajar.

'Tak apa, Akaily. Suatu hari nanti aku akan kalahkan kau' bisik hati Ruby.

Legend of Teera (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora