Episode 4

1.2K 66 29
                                    

"Haa. Sampai pon," sapa abang Syafiq mesra. Dahlah pakai mikrofon. Abis semua budak orientasi pandang aku. Well, korang tahu lah kan macam mana perasaan korang bila datang lambat. Semua akan pandang macam nak bunuh kau.

Aku yang tertunduk malu pon berjalan perlahan ke sebelah Ariq. Tak sempat bontot aku cecah permukaan kerusi, abang Syafiq bunyi lagi. "Aik? Tadi wife yang lambat. Sekarang Husband pulak?" Dengar aja tu dari abang Syafiq, aku terus toleh ke pintu dewan. And aku nampak Jeff tercegat dekat situ.

"Mari sini Jeff dengan Shaz. Abang nak korang ke depan," ucap abang Syafiq dengan senyuman yang nakal. Alah, asyik kena mention je. Dahlah semalam pon sama.

Aku dengan Jeff bergerak ke pentas sekali lagi. Aku yang muka merah ni tak tahulah nak kata apa bila nampak si Jeff punya muka toya. Dia ni tak ada perasaan ke bila orang sakat dia?

"Malam tadi korang buatpe ha? Sampai lambat sejam datang orientasi?" Ucap si detective tak berbayar, abang Syafiq. "Mana ad....," Belum sempat aku habis menjawap, Jeff mencelah," Saya pujuk Shaz semalam. Sebab saya buat dia marah," ucap Jeff dengan suara macho dia. Taguna taguna taguna punya Jeff. Agaklah nak cari publisiti pon. Yang lain pulak dah terjerit terlolong macam kena rasuk. Aigoo.

"Uwu!!!!! Dah-dah. Kita tak boleh kacau laki bini ni. Ha korang, pergi duduk tempat korang," ucap abang Syafiq. Aku cepat-cepat turun pentas. Yang Jeff pulak membontoti aku je. Hish masalah hidup betul lah.

Sampai saja dekat tempat duduk kitorang, Ariq membuka mulutnya," korang asal lambat? Takkan ehem ehem?" Ucapnya sebelum tergelak terbahak-bahak. Aku yang di sebelah kirinya menumbuk perlahan rusuknya. Yang sakit bukan dia tapi aku. Sakit hati sebab makin kuat gelak dia. Syidan dengan Imal pulak pon sama. Terkekek-kekek gelak.

Masing-masing mula fokus ke penerangan Abang Shazwan. Harini fokus dia untuk team building. Macam- macam jugaklah yang kitorang buat sama-sama.

Tengah sibuk buat straw building, Jeff tarik aku. "Hish, kau nak apa ni? Nanti kena bahan lagi lah dengan diorang," Aku merengek rimas. "Engkau ni. Jangan pikir pasal diorang boleh tak?" Bidas si Mamat toya ni.

Dia hulurkan sebungkus roti dengan milo tin kepada aku."Tadi aku bangun tidur kau tak bangun lagi. Tu yang aku keluar beli sarapan. So aku boleh sarapan dengan kau. Tak sangka waktu balik tu boleh lak ada roadblock dekat simpang utama tu. Tu yang lambat. Aku sampai bilik balik tengok kau takda dah," ujarnya panjang lebar.

"Pelik lah kau ni. Siap nak bagi aku sarapan bagai. Aku bukan bini kau gila," bentakku geram. Ni mesti nak sakat aku. "Ouh kalau camtu aku bagi Imal je.....," Aku terus potong. "Eh!!!! Takpa takpa. Aku amik," cantas aku sebelum mengambil makanan tersebut daripadanya. Aku memang takleh kalau tak breakfast. Jeff hanya tersenyum tengok perangai aku.

"Aik sweet yall korang," sapa si Imal. Kelihatan Syidan dengan Ariq hanya tersengih. "Korang ni ada je kan," aku jegilkan mata aku dekat diorang. Kalau lelaki membahan orang, tu perkara biasa.

So malam tu habis awal. Aku berjalan pulang ke hostel sendiri. Funfact, hostel aku sama dengan si Ariq and Syidan. Imal dia tak duduk hostel. Tapi tulah. Malam ni Ariq dengan Syidan keluar berdua. Jeff? Malas nak amik tahu.

Aku berjalan sambil menyepak batu-batu kecil di tepi jalan. Entahlah, tiba-tiba rasa sunyi lak. Sedang layan perasaan waktu menyusuri jalan ke hostel. Bunyi hon kereta kedengaran.

Pin!!! Pin!!!

Aku toleh ke belakang and yes. Aku rolled my eyes. It's Jeff. "Naik cepat," ujarnya sebaik sahaja tingkap keretanya dibuka. "Kau nak apa lagi? Balik jelah. Aku jalan kaki je," jawapku.

"Kau jangan degil boleh tak? Cepatlah!" Bentak Jeff. "Hish, apa masalah kau siak?" Aku terjerit dah dekat tepi jalan. Dah lah malam. Pastu sunyi. Adeh. Tapi Jeff is Jeff. Muka toya dia tak leh dibawa bincang. And by force, aku masuk dalam toyota Almera dia. Ye ke Almera under Toyota?

Cinta Fondue (COMPLETED).On viuen les histories. Descobreix ara