Episode 11

1.1K 65 23
                                    

Since kejadian tempoh hari, aku tak nampak langsung Humaira. Entahlah, aku tak tahu kenapa but aku rasa sedikit tenang. Sedang sibuk aku buat assignment untuk di submit next week, Jeff duduk sebelah aku dan lentokkan kepala. Alahai.

"Kau ni, aku tengah buat kerja en? Kacau pulak," aku tujal kepalanya. "Alaa. Baru nak bermanja dengan boyfriend aku," this is very different dengan Jeff yang aku kenal mula-mula dulu. Yang sekarang ni dah macam encik meow. Melese jer. "Sapa boyfriend kau? Aku tak declare apa-apa pon," bidas aku. Dia betulkan kedudukannya.

"Aku nak say thank you," ucapnya. Suara dia memang kali ni buat rusuk aku bergetar teruk. Hahahaha. "Aku tak buat apa pon. Kau asal ni adumak ai," me being myself. Cover blushing.

"Thanks ah bagi aku peluang kenal kau. Memang macam terlampau awal bagi kau but bagi aku tak," ucapnya. Aku hanya pandang sekilas sebelum tersenyum nipis. Ada-ada jer mamat ni.

Waktu tu telefon aku berdering. Aku lihat contact name yang call aku.

Shzwn Bingai

Aku terus angkat. "Hello, Shaz. Kau dekat mana?"soal abang aku. Aik, jarang dia tanya aku kat mana ni. "Dekat dalam bilik ni haa. Buat assignment," jawap aku. "Datang bilik aku sekarang. Ajak lah sesiapa," ujar abang Shazwan sebelum panggilan dimatikan. Hish mangkuk ni. Call tak bagi salam, matikan call tak cakap bye.

"Jeff, teman aku pergi bilik abang aku," aku mengajak Jeff sahaja. Since aku punya assignment pon tinggal sedikit. And yeah aku satu pair dengan Jeff. So last part tu just conclusion. So tak risau dah. Jeff yang dengar ajakan aku terus bersinar matanya. Apalah yang dikagumkan sangat dengan Abang Shazwan tu.

Since bilik abang Shazwan terletak dekat Teratak Firdausi, yang mana jauh sedikit dari bilik kami di Teratak Biruni, so aku pinta Jeff membawa kereta. Lagipun malam tu hujan renyai. Takkan nak jalan kaki en.

Sampai sahaja di bilik abang Shazwan, kelihatan abang Syafiq sedang menonton drama Korea dekat dalam laptopnya. "Eh, sampai pon Shaz dengan Jeff. Masuklah," jemput abang Syafiq. Dia menyarungkan tanktop birunya sebelum duduk di atas katilnya. "Mana abang Shazwan?" Soalku. Sejak sampai sini, kelibat musibat tu tak nampak.

"Ouh, abang Shazwan pergi beli pizza kejap dengan abang Fiziey," jawap abang Syafiq. Senyuman abang Syafiq ni pergh aku pon cair weyh. Sedang kitorang berbual kosong, pintu bilik diketuk. "Sayang, bukakan pintu," kedengaran suara abang Shazwan diluar. "Sekejap," sahut abang Syafiq. Wait, whats going on here?

Abang Shazwan masuk dengan abang Fiziey dan agak terkejut bila nampak aku dengan Jeff menganga mulut bila dengar ayat abang Shazwan tadi. "Bil... Bila sampai?"  Tanya abang Shazwan. "Baru jer. Ouh baru Shaz tahu, siapa kesayangan abang. Selalu oncall dekat rumah nilai malam-malam. Buatpe hah?" Sakat aku. Syafiq hanya tergelak. "Ouh takpa-takpa," Abang Shazwan dah mati kutu. "Relax ah abang Shazwan. Kitorang tak kesah pon," jawap Jeff. Eh eh eh mamat sebelah aku ni. Sibuk jer.

"Ni apesal abang suruh Shaz datang sini?" Soalku. Tapi mulut penuh pizza. Tak semenggah perangai. "Next week, ada pendaftaran untuk club. Abang nak kau dengan mana-mana kawan-kawan kau join Volleyball Club," jelas abang Shazwan. Mata aku bila dengar volleyball terus semangat.

"Shaz nak join ke?" Soal abang Syafiq. "Of course lah nak," pantas je aku jawap. " Kalau camtu datang je terus next week. Tak payah register okay," ujar abang Syafiq. Seriously abang Syafiq is Angel.

Setelah habis makan pizza dan spend time dengan Hot Couple, kami terus pulang. But, korang kenal kan Jeff ni macam mana. So bukan simpang hostel yang kitorang masuk. But simpang ke taman Universiti.

"Apesal ke sini? Kau ni hish," rengus aku. Tak paham gila dengan dia ni. "Aku nak ajak datinglah. Kejap je. Jom turun," pinta Jeff. Tak sampai hati pulak. So aku turutkan saja apa yang dia mahu.

Kitorang berjalan perlahan. "Aku nak cakap something ni," Jeff pecahkan kesunyian. "Apa dia tu?" Aku pandang Jeff. Dia berhenti dan pandang muka aku. Aku rasa hangat bila dia tengok muka aku. Melting?

Dia menyentuh pipi aku dengan dua belah tangannya yang besar sedikit dari aku. Dia renung dalam mata aku. Seakan-akan mencari kekuatan. "After this, percaya cakap aku. Kau kena kuat okay. And anything happen, please bagitahu aku. Jangan rahsiakan dari aku. Kau ada aku, Syidan, Ariq dengan Imal," ucapnya serious. Kenapa ni?? What happen??

"Aku tak pernah paksa kau suka aku, but aku sentiasa harap. Ada sikit hati kau untuk aku. Kalau tak ada,jangan benci aku. Sebab hanya kaulah yang aku tunjuk siapa diri aku yang sebenar. At least," ucapnya. Matanya penuh dengan rasa pengharapan.

Jeff, ye aku suka kau. But aku tak mampu nak luahkan. Aku takut. Aku hanya tertunduk. Entahlah. Hati aku ingin luahkan padanya yang aku suka akan dia. Tapi, hati aku juga takut, kalau dia pergi bila aku jatuh hati. Pergi bila aku perlukan dia. Pergi bila aku tak sempurna.

"Aku tak tahu apa yang akan terjadi. Tapi percayalah kata-kata aku, kau kena sentiasa kuat dan sabar. Aku akan ada sentiasa dengan kau," ucapnya. Terdengar juga nadanya seperti sedih. What is going on, Jeff? Pada saat yang sama, badanku didakap erat. Yup, dakapan yang hangat dari Jeff. Sama hangat dengan dakapan Mama dan Abah.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now