Episode 8

1.1K 65 17
                                    

Grand Lexis Hibiscus. Jangan expect kami bayar ye. Si Ariq ni yang sponsor. Aku marah jugak dia sebab spoilkan kitorang dengan duit. Tapi dia kata ni sebab majlis malam ni. So alang-alang tu nak spend time dengan kami semua.

Selepas Check-in, aku mengambil langkah ke luar dan cuba cari tempat yang menghadap laut. Aku rindukan bau masin air laut. Aku menapak ke tepi pantai. Aku keluarkan camera Nikon aku dan mula menangkap beberapa keping gambar untuk di cuci kemudian hari.

Harini aku rasa sedikit muram. Sebab Jeff tak kacau aku langsung pon. Sedang aku sibuk mengambil gambar, bahu aku ditepuk. Aku toleh dan lihat Jeff disebelah aku. "Kau nak apa?" Automatically aku jadi menyampah. Sekarang ni sapa yang suka cari pasal?

"Just nak bagitahu yang malam ni kita nak ke parti. Hmm tu jelah," ujarnya dan ingin berlalu pergi. Aku cepat-cepat tarik lengan dia. "Kau nak pergi mana?" Soalku. Aku genggam lengan dia. "Aku taknak kacau kau. Aku takut jadi macam pagi tadi," ucapnya. Alahai dia ni. Main sorong tarik perasaan lak.

"Benda dah lepas en. So no need to remember. And kau kena tahu, aku pon salah tolak kau jatuh. Sorry too," ucap aku balik. Did I just say sorry? "Now, kau teman aku jap tangkap gambar ni," pinta aku.

Petang tu banyaklah gambar yang aku amik. Lepas aku dan Jeff berborak tentang hal pagi tadi, kami disertai dengan 3 abdul yang lain.

Sewaktu makan tengahari, aku kata aku nak belanja. So setelah semua order makanan, aku pon bawak purse aku ke kaunter. Tapi aku tak expect yang akan ada pencopet. Berdesup pencopet tu lari. Aku yang jatuh terduduk dek dirempuh oleh si pencopet tadi, cuba untuk menarik nafas. Anxiety aku serang aku balik. Menggeletar tangan aku. Risau,cemas, panik semua ada. Mana taknya, dalam dompet tulah ic, kad bank aku and the most precious thing, satu-satunya gambar mama and abah.

Imal dengan Ariq segera dapatkan aku. Syidan dengan Jeff pula kejar lelaki tersebut. Akak kedai tu cepat-cepat bawakkan aku air masak. Aku teguk perlahan. "Kau okay tak ni, Shaz?" Soal Imal. Ariq pula mengusap belakang aku. Aku hanya diam. Tak mampu nak lontarkan kata-kata.

Keadaan hanya sekejap sahaja kecoh sebelum semua mula seperti biasa. Disebabkan kejadian itu, Makcik kedai tersebut belanja makan. Tak lama selepas itu, kelihatan Jeff dan Syidan kembali. Ditangan Jeff ada purse aku. Aku senyum padanya. Tapi aku tak tahu kenapa senyuman aku dibalas dengan jelingan. Apa salah aku?

Balik dari kedai makan, Syidan, Ariq dengan Imal menuju ke Teluk Kemang. Katanya nak main banana boat. Aku yang sudah hilang mood dek kejadian tengahari tadi hanya duduk diam membisu. Jeff? Tak tahu. Kata Ariq, Jeff temankan aku dekat sini. Tapi bayang dia langsung tak nampak.

Aku pon yang dah bosan tu keluarkan aku punya laptop. Aku cadang nak transfer gambar dekat pantai tadi. Sibuk aku dengan laptop, kelibat Jeff muncul. "Kau ke mana?" Soalku. Malangnya, jawapan yang aku dapat hanyalah sepi. Kelihatan dia melangkah keluar. Aku cepat-cepat capai pergelangan tangannya. Diam.

"Kau kena....," Tak sempat aku habiskan ayat aku, Jeff cantas," BOLEH TAK JANGAN BUAT AKU RISAU?" tinggi nadanya sampai aku terkejut. Dia merenung aku tajam. Aku tak faham tentang pandangan dia. Aku hanya tertunduk.

Dia yang macam baru tersedar apa yang dia lontarkan sebentar tadi seakan cemas dan menyesal. Dia terus raih tangan aku. "Aku mintak maaf. Aku tak sengaja nak tengking kau. Aku just risau," ucapnya. "It's okay, Jeff. My fault tak fully aware. Thanks tau dapatkan dompet aku balik," balasku. Aku kena berterima kasih dengannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Malam itu, kami ke sebuah Cafe. Dan malam itu, tempat ni dijadikan parti. Parti apa? Kata Syidan ni macam Reunion batch sekolah dia. So, bila aku masuk dalam cafe tersebut, kelihatan buffet makanan. Aku pulak terliur. Mungkin sebab tengahari tdi makan sikit.

Yang menjadikan aku semangat and hype dalam ni is aku nampak Chocolate Fondue. Oh my gucci bag! Aku ni memang terkenal dengan gelaran hantu coklat dari sekolah lagi.

"Amboi Shaz. Belum-belum apa lagi dah bersinar mata kau ye," kata Imal. He is typically mulut lancang. "Ha ha ha," aku smirk dekat dia.

So, malam itu semuanya nampak meriah. Tapi ada juga pilunya. Ya, ex Ariq datang dengan balak dia. Member sorang tu terus keluar. Sumpah ya tembok gila ex Ariq tu selamba jer tegur Ariq depan balak dia and act like nothing happen. Imal pulak yang terlebih peramah, habis semua orang dibuat kawan. Sampai ke dapur cafe dia serang nak interview. Allahu.

Syidan pulak, dia lepak setable dengan geng hoki dia. Tak sangka budak hoki. Perangai aku tengok dah macam penyangak jer. Well, don't judge a book by its cover. Jeff. Ha cakap pasal dia, aku tak nampak pon. Sian aku ditinggal kekok dalam majlis orang. Sebabkan janggal nak mampus, aku gerakkan langkah kakiku ke meja luar cafe yang menghadap laut.

Ah sungguh tenang. Dekat dalam bingit sikit dengan hiruk pikuk suara manusia. Aku tiba-tiba rindukan Mama dengan Abah. Yeah. Terlampau rindu. Aku masih ingat lagi mama dan abah bawak kitorang pulau Tioman. Aku, abang Shazwan dengan Kak Lin masih di bangku sekolah.

Haih. Apalah yang mama dengan abah buat dekat atas sana. Sibuk mengimbau kenangan lama, Jeff muncul dengan membawakan beberapa cucuk buah dan semangkuk coklat panas. "Nah, aku tahu kau minat coklat," ujarnya dengan senyuman nipis. Aku pulak dah macam apa tah. Takda bismillah ngap terus makanan tu. "Thanks Jeff. Baik semacam je harini. Awat hang?" Ucap terima kasih then serang orang tu. Seriously Shaz?

Dia merenung mataku dalam. Seakan cuba mencari sesuatu and dia buka mulut dia," aku suka kau,".

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now