Episode 1

2K 79 15
                                    

Hujan renyai malam ni buatkan aku tak boleh lelap. Selalunya kalau hujan malam camnilah yang buat aku tidur mati. Aku pusing ke kanan pusing ke kiri still tak boleh tutup mata bundar aku ni. Then, aku duduk atas katil aku. Aku tengok sekeliling bilik aku ni for the last time. Maybe.

Esok bakal jadikan aku as pelajar universiti. Aku punya perasaan bercampur baur. Excited ada sedih pon ada. Yelah, aku excited sebab dah duduk sorang. Takda dah kakak aku nak bebel aku lagi. Cuma, sebak tu ada sebab tak lama lagi rumah ni bakal sunyi.

Lepas abah dengan mama dah takda, tinggal aku dengan kak Lin and abang Haz je. Itupun diorang bekerja. Tambah pulak abang Shazwan pon dekat U. So aku jelah yang almost 24 hours dengan rumah ni. Yes, memang aku anak bongsu. But aku bukan bongsu yang terkinja-kinja manja tu. Aku independent person. Oh ya. Aku akan satu Universiti dengan abang Shazwan.

Tuk tuk tuk.

Sedang aku mengelamun, kedengaran ketukan pintu bilik aku disertakan suara garau abang Haz. "Shaz, abang masuk ni,"pintanya. "Masuklah,bang. Shaz tak tidur lagi ni," jawapku.

Abang ipar aku ni pon masuk. Dia duduk di meja study aku. Ceh. Cover macho ah tu. "Ni abang nak tanya, apesal kau tak tidur lagi ni? Esok dah nak gerak dah," tanya abang haz sambil menyilangkan lengannya. "Shaz takleh tidur lah abang. Satgi nak solat sunat hajat sekejap then cuba masuk tidur. Yang abang pulak, asal tak tidur? Kena halau dengan kak eh? Hahahahhahaha," sakatku.

"Otak mu. Hahahaha. Taklah. Akak suruh abang tengokkan adik dia ni, almaklumlah anak bongsu. And akak suruh bagitahu kau yang esok akak tak dapat ikut," ucap abang Haz. Aku yang tadinya tersengih dengan loya buruk aku mula kendur senyuman aku. Entahlah, sedih jugak. Sebab abah mama takda nak teman aku esok. Takkan akak pon takda? Aku buang pandangan aku ke luar tingkap. Barangkali cuba tak tunjukkan kesedihan dan sebak hati.

"Ouh, takpalah. Akak kerja tu. Lagipun kan nanti jumpa abang Shazwan. Hihiks," ucapku diselitkan tawa palsu. Kelopak mata aku memang dah penuh dah dengan cairan jernih. Tinggal nak tumpah dek butir mutiara sahaja. Abang Haz perasan yang kelakuan aku ni macam ni terus diusap belakang aku. Akhirnya tumpas jugak. Mutiara mahal manusia macam aku jatuh.

Malam itu, dek sebabkan nangis teruk, aku tertidur letih. Abang Haz pulak, lepas aku tertidur tu rasanya dia terus ke biliknya dengan kak Lin.
Dalam hati aku terdetik,"Mama, abah. Shaz rindukan korang,".
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi tu, perjalanan ke universiti aku hanya ditemankan oleh abang Haz. Aku cuma diam di tempat duduk penumpang di sebelah abang Haz. Lagu di corong radio pon mainkan peranan jugak. Boleh dia mainkan lagu 'Salam Terakhir' dari Allahyarham Sudirman. Lagi lah aku sendu, pilu tak berlagu. Tiber.

Sampai sahaja di Universiti tersebut. Yup before that, aku just masuk private university. Bukan UiTM or whatever. Tapi yang peliknya, private college ni tak macam private college. Ramai benau student.

"Encik nak daftarkan adik ke?" Soal wanita yang ada dimeja pendaftaran kepada Abang Haz. "Ye saya,". "Kalau macam tu, sila isikan butiran yang diminta ye. Lepas tu saya akan bagi kunci hostel," ucap wanita tersebut dan mengenyitkan matanya pada aku. Aku pulak, haa dah macam kulit udang lepas masak. Menyala gitew merah menahan malu. Dah la kulit cerah.

Semua sesi pendaftaran dah selesai, aku dibagi kunci hostel. Untuk pengetahuan semua, satu rumah hostel ada tiga bilik and satu bilik untuk dua orang. Hostel aku ni dah penuh. Tinggal bilik aku je kosong lagi. Dan lepas settle letak barang-barang semua, aku pon iringi abang Haz ke kereta. So perpisahan tu tak adalah macam drama tv3 pukul tujuh malam slot akasia tu. But, jujur aku katakan, aku memang pilu nampak kereta abang Haz hilang dari pandangan zahir aku.

Aku masuk semula ke dalam bilik aku dan kemas apa yang patut. Last-last aku tertidur atas sejadah lepas zhuhur tdi. Bila aku sedar, aku perasan yang ada manusia yang aku tak kenal tengah nyenyak atas tilam aku.

Aku bangkit dari tempat sujud aku tu dan kejutkan dia. "Weyh, bangunlah. Ni katil aku lah," aku goncangkan tubuh dia perlahan. Dia membuka mata dan terkejut. Secara tak sengaja, kakinya menyepak perut aku. Sumpah sakit CL. Terjelupuk aku dan mengerang. Bukan mengerang sedap eh. Mengerang sakit and senak perut.

Aku bangkit dan aku lihat dia sambung tidur balik.mengigau ke apa? Binatang betul. Aku lekas ke dia dan kejutkan lagi sekali. "Weyh! Bangunlah. Ni katil aku. Kau punya katil tu sebelah tingkap tu," kejutku kasar.

"Hish kau ni, bising lah," rengus dia. Tapi dia bangkit dan sambung tidur di katil dia. Alahai.

Aku kerling jam dinding bilik tu. Pukul 5.45 petang. Aku gegas ke bilik air amik wudhuk dan solat asar sebelum aku siap-siap untuk taklimat malam ni.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now