Episode 16

1K 57 23
                                    

Aku mengharapkan apa yang aku buat ni mampu tolong Jeff. Lepas aku nampak dia kena lempang dekat tasik Universiti, aku lihat dia sedikit muram. Then, aku dapat tahu yang biasiswanya ditarik. Sungguh aku sedih sangat dengan dugaan Jeff.

Petang tadi, semasa menunggu Jeff balik dari Universiti, aku call seseorang. "Assalamualaikum, abang Haz. Harini akak dengan abang ada dekat rumah en? Shaz nak mintak tolong ni," dan itulah permulaannya tentang kenapa aku bawa Jeff jumpa abang dengan akak aku. Semuanya sebab  nak tolong Jeff.

"So amacam tadi borak dengan Kak Lin and Abang Haz waktu aku ke tandas? Okay? Diorang marah kau ke?" Aku saja buat-buat risau. "Hahahaha tak adalah. Diorang baik sangat dengan aku. Cuma tulah, ada budak tu dia kan akalnya panjang je," jawap Jeff. Alamak.

Jeff memberhentikan Nissan Almeranya di tepi highway. Masing-masing membatu dalam tu. "Shaz, thank you sangat-sangat sebab concern pasal aku. Thanks sebab mintak kak Lin and abang Haz bantuan," ucapnya sambil meraih tangan aku. Aku tersenyum bila diperlakukan sebegitu.

"Aku dah ready," ucapku pendek. Jeff bingung sekejap. "Ready apa ni?". "Taknak declare ke? Okay fine," ucap ku dengan lagak merajuk. Buruk muka kalau merajuk.

"Alolo. Shaz, jadi boyfriend aku ye?" Propose Jeff. Tanganku digenggam erat. Sebab nak sakat dia, aku gelengkan kepala. Jual mahal sat.

Waktu aku nampak Jeff menundukkan kepalanya, aku terus raih mukanya dan pautkan ciuman kemas pada bibirnya. Sensasi dia, only people who kiss will know about the sensation. "Of course I'm yours," ucapku pendek sebelum aku sambung  bercumbu.

Balik ke bilik, aku dengan Jeff hanya diam tak tahu nak dibual apa. Semuanya terasa janggal. Aku lepas tukar pakaian dan berus gigi serta cuci muka terus naik ke atas katil. Jeff menyusul setelah dia buat benda yang sama. Cuma malamni dia tidur tak berbaju. What the heck, Jeff. "Shaz," panggilnya dengan nada mengantuk. "Ye Jeff. Nak apa," aku hanya menyahut tanpa memusingkan badanku ke arah dia. Tiba-tiba dia merangkul pinggang aku.

"Nak manja-manja malam ni. Selalunya kena halau je. Bagi chance lah malam ni," Jeff cucuk jarum. Tapi betul jugak tu. Awal-awal haritu kena tolak jatuh katil. Adakalanya kena cepuk. Hahahahahaha. Sebabkan itu, aku biarkan. Dakapannya waktu tidur buat aku selesa.

Nafas hangatnya terkena batang tengkuk aku. Argh! What is this? Jeff mula mencium leher aku. Satu badan aku meremang. Jeff mengigit-gigit manja and seakan-akan menghisap leher aku. Apo punya dracula. Ni mesti tinggalkan lovebite.

Aku beralih muka ke arahnya dan menyerang bibirnya. His lips always temp me. Lepastu aku turun ke arah lehernya dan aku buat perkara yang sama. "Ahhh!! Shaz," erangan dia membuatkan aku rakus. Aku naik ke atas badannya. Aku cium segalanya ceruk badannya. Bau colognenya urghh. Tempting.

Tapi before aku lost control, aku stop dan berbaring atas badannya. "Aik, stop dah? Baru ingat nak bancuh anak," seloroh Jeff. Aku yang malu terus baring sebelahnya. Tak mo pandang dia. Jeff bawa badannya dekat pada aku sebelum memeluk aku kembali. "Dah jom tidur. Bismikaullahumma ahya waamut," maka malam itu, buat aku rasa sangat bahagia. Dan aku janji dengan diri aku, aku nak jaga hatinya. Sebaik semampu mungkin.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pagi hujung minggu, tidurku terganggu akibat deringan telefon. Aku terus angkat panggilan tersebut. "Hello? Siapa ni?" Soalku. "Datang sini sekarang. Aku nak cakap dengan kau," ucap si pemanggil. Suara gadis ni aku kenal. Humaira.

"Humaira?" Tebak aku. "Aku send location. Datang sebelum pukul 10 pagi," ucapnya sebelum panggilan diputuskan. Aku lantas bangkit dan bersiap. Jeff masih lena aku tak kejutkan. Aku bercadang untuk memberitahunya kemudian.

Aku memecut ke destinasi dengan menggunakan kereta Jeff. Well, barang boyfriend aku is barang aku jugak. Hahaha. Ketika sampai di destinasi yang Waze tunjukkan ni, kelihatan sebuah rumah agam yang cantik. Aku keluar dari kereta terus berjalan kaki ke arah rumah tersebut.

Tiba-tiba...

Pakkkkk!!!

Aku terasa kepala aku berpusing sebelum pandangan aku gelap gelita. Aku tak tahu apa yang jadi. Tapi bila aku sedarkan diri, aku terikat pada kerusi. Ala ala cerita omputih. Bilik gelap. Lampu satu atas kepala. Kena ikat dekat kerusi. Only that.

"Ouh dah sedar dah. Baguslah kalau macamtu," ucap Humaira. Walaupun aku tak nampak mukanya, tapi aku kenal suara dia. "Apa semua ni Humaira? Lepaskan aku!" Aku meronta. Seorang lelaki berbadan besar datang ke arah aku dan menumbuk perut aku. "Urghh!!!" Sakit tak terhitung.

"Kalau kau nak aku lepaskan kau, tinggalkan Jeff. Deal?" Ujar Humaira. Ditangannya ada sebuah mug. Dia meneguk sedikit. "Aku takkan bagi kau Jeff. Sudahlah Humaira. Bapak kau dah buang dia. Dah benci dia. Buat apa kau nak dia lagi?" Aku bidas. Aku dah janji nak jaga dia.

Kerana ikutkan hati yang membara, mug ditangan Humaira hinggap di kepala aku. Biul kepala. Kelihatan beberapa titisan darah menitik keluar mengalir dimuka aku. Allahu, sakit? Lagi sakit bila aku dengar ketawa Humaira sebelum aku tak sedarkan diri.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now