Episode 7

1.1K 67 18
                                    

Aku terjaga dalam pukul 6 pagi. Seakan rasa pelik, aku cuba toleh ke sebelah kiri aku dan alangkah terkejutnya aku bila nampak Jeff tidur tak berbaju di sebelah aku. The most thing yang aku tak boleh accept is dia peluk bantal busuk aku. Hey!!!!! Pantang opah tok wan aku punya keturunan peluk barang kesayangan aku. Memang melampau.

Aku terus tolak dia sampai jatuh katil. "Arghhh! Kau pehal ha?" Marah Jeff. Kalau aku kena camni pon aku marah. Ehek. "Sejak bila kau masuk bilik aku, ha? And kau siapa nak peluk bantal busuk aku?" Aku pon ikut marah.

Dia bangkit dari tempat dia jatuh dan terus rebahkan dirinya atas aku. "Kau ni memang sengaja kan, cari point nak gaduh dengan aku?" Soalnya dengan nada nakal. Aku dah cuak? First time orang berani tindih aku macamni.

Aku gelabah. Since aku tahu aku ada anxiety, aku cepat cuak. Aku mula susah nak bernafas. Jeff yang lihat aku macamtu terus bangun dari aku dan dudukkan aku. "Weyh, kau okay tak ni? Aku... Tak meaning pon nak buat kau cuak," ujarnya. Jeff cuba untuk memegang bahu aku tapi aku tepis kuat. Macam bunyi tamparan dah bila aku tepis. Aku terus mengambil tuala aku dan masuk ke bilik air. Aku hempaskn pintu tersebut.

Aku tak tahu apa yang Jeff buat bila aku dalam bilik air. Aku cuba untuk bertenang. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku tak marah dia pon. But, aku tak keruan. Itu je. Nak kata aku suka dia? Hell no.

Hampir 30 minit jugak aku dalam tu sebelum aku keluar dari bilik aku. Of course lah Jeff takda dalam bilik aku waktu aku siap mandi. Tapi mana eh dia.

"Imal, mana Jeff?"Soalku pada Imal. "Jeff? Ada tu dekat luar. Murung semacam je. Kau belasah dia ke?" Soal Imal balik. Aku tengok kecik besar kecik besar je si Imal ni. "Taklah. By the way, macam mana dia boleh tidur dalam bilik aku?" Soalku balik. Baguslah tu soalan balas dengan soalan.

"Manalah aku tahu," Imal tepis soalan aku. Aku terus keluar untuk cari Jeff. Kelihatan Jeff duduk dipondok arwah
Abah. Dah macam tempat luahan hati pulak.

"Asal kau tak mandi lagi?" Aku cuba open table. "Kejap lagi lah. Aku nak amik angin pagi," balasnya. Matanya yang sedikit bundar tu sebenarnya cuba lari dari bertaut dengan pandangan aku.

"Aku mintak maaf. Sebab tolak kau pagi tadi," ujar aku. Pelik kan. Bukan salah aku tapi aku minta maaf. "Wait, the one who suppose to say sorry is me. Aku rasa sebersalah tadi. Yelah aku tidur sebelah kau tak minta izin. Pastu buat kau macam tu,"jelasnya. Tapi tulah. Masih tak pandang aku. Eh jap. Kenapa aku nak sangat dia pandang aku?

"Kalau camtu, bagitahu aku. Why kau tidur dalam bilik aku?". Soal aku. Curious jugak ni. Tak sempat apa-apa keluar dari mulut si Jeff, Syidan dengan Ariq muncul. "Kitorang ada beli Nasi lemak ni. Jom masuk," ujar si Syidan. Dia menarik tangan aku masuk ke rumah. Nak tak nak, aku ikutkan sahaja.

Sewaktu makan, Syidan mula menyoal siasat latar belakang aku. Dia  ni dengan abang Syafiq sama je perangai. Detektif tak bergaji. "So kau duduk sini dengan siapa je selain Abang Shazwan?". "Ouh, dengan kakak aku and suami dia," jawap aku.

Macam-macamlah diorang tanya. Segala maklumat tentang aku. So pagi tu kira macam sesi taakruf kitorang berlima. Macam-macam aku tahu tentang diorang.

Syidan atau nama betul dia Syahidan asal dari Kuala Kubu Baru. Dia anak ketiga dari empat adik beradik. But, selepas mak ayah dia bercerai, Syidan tinggal dengan ayah dia dekat Taiping. Abangnya yang sulung dengan kakaknya dah berkahwin. Masing-masing duduk jauh manakala adiknya yang bongsu ikut maknya balik Semporna.

Same goes to Ariq or nama dia Fariq, duduk dekat Taiping and satu sekolah dekat Taiping dengan Syidan. Ariq ni anak tunggal and anak orang kaya. Antara kitorang, hanya Ariq je yang datang dari keluarga berada. Tapi dia tak suka kawan dengan orang kaya. Dia suka kawan dengan orang yang tarafnya bawah darinya.

Imal pulak sebenarnya nama dia Nuaimal. Exotic jugak nama makhluk ni. Dia ni asal Mersing. As abang sulung, dia ni memang taking care tentang kawan-kawan dia. Mulut memang lancang tapi dia soft heart. Dialah tempat mengadu bagi si Syidan dengan si Ariq. Lagi-lagi pasal cinta. Yang peliknya, si Imal ni tak pernah bercinta. So how he comes up with tips of loving? Tacodt!!!!!!

Haziq Jeffriey or Jeff. Aku tak tahu banyak pasal mamat ni. But yang aku tahu dia ada adik tiri perempuan. Mak ayah dia? Imal pernah pesan jangan tanya pasal parent si Jeff. Sebab itu hal sensitif.

As korang curious how they become closer, seminggu sebelum intake baru, yakni sebelum batch orientation aku masuk, diorang dah masuk awal. And satu rumah. So memang tak pelik kalau diorang rapat.

"Weyh,korang dah siap-siap belum nak ke Port Dickson?" Tanya Imal. "Ioulls tak sabar nak mandi pantai. Tacodt!!!!" Sumpah geram dengan si Imal ni tapi tulah. Imal with loya buruk and lawak hambar is kepakaran dia.

So kami kemas barang dan dalam pukul 10 macam tu kami gerak ke Port Dickson. Macam biasa aku duduk di tepi tingkap. Kali ni Jeff duduk di tempat duduk penumpang depan. Aku sedikit terasa hati. Kenapa dia tak sakat aku harini? So sepanjang perjalanan tu, aku hanya memikirkan saat dan waktu bila Jeff akan sakat aku. Rindu perangai itu? Mungkin.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now