Episode 13

1K 65 29
                                    

"kesan lecur ni tak teruk pon. Saya bagi krim sapu and MC untuk hari ini," ucap doktor tersebut. Aku masih lagi diam membisu. Aku just feel empty.

"Shaz?" Panggil Jeff. Kini, aku dah ada dalam bilik kami. Aku just tertunduk. Aku tak membalas panggilannya. Jeff duduk disebelah aku dan menarik kepala aku untuk lentok ke bahu dia. "Don't worry. Nanti aku settlekan hal ni dengan Humaira, okay?" Jeff cuba memujuk aku. Saat ini, aku baru nampak sisi yang baik dari Jeff. Pfft, sebelum ni dia bukan jahat pon. He just mischief.

"Jeff, aku nak bagitahu something ni," ujarku. Suara aku agak mendatar. Mungkin mental effect after kena simbah dengan air teh tadi. "Aku sebenarnya suka kau jugak. But aku rasa macam terlalu awal. Sebab tu aku tak luahkan," aku cuba kawal gelabah aku. Siapa je tak gelabah bila nak confess? Terbeliak mata Jeff dengar apa yang aku katakan.

Aku pandang dia dengan mata yang kuyu. Sedikit demi sedikit, muka kami mulai rapat dan....... Cut!!!!!

Pintu bilik aku diterjah oleh seketul 3 abdul. Urghhh!!! Why korang kacau klimaks cerita aku? "Kau okay tak ni, Shaz?" Tanya Syidan. Dibelek-belek muka aku. Yang lagi dua ekor ni dah buat drama air mata cerekarama pulak. "Aku okay lah. Aku tak mati lagi," seloroh aku.

"By the way, serasa aku tadi aku nampak yang ada orang tu nak chup chup lah," here it comes. Imal mengetuai lagi seketul 2 yang lain untuk menyakat aku. Peliknya, Jeff diorang tak sakat but aku? Bukan main jalang jer.

"Man... Mana ad.. ada," sudah. Gagap aku sampai. Ni lah kelemahan aku. Tak pandai menipu. Kalau menipu, gagaplah jadinya. "Hish, berambus korang. Aku yang tengah sakit-sakit camni pon korang bahan," aku mengeluh. "Ahhahaha. Nanti kalau kitorang takda kau akan sendu and mereput. Sebab tu kami datang," jawap Ariq.

Sometimes, thanks to Allah aku kenal diorang ni. Walaupun mereka ni cilanat teragung, but still, diorang ada untuk aku dalam tempoh-tempoh macamni.

"... I love it when you call me senorita..."

Telefon aku berbunyi. "Hello? Waalaikumusalam abang Shazwan. Awat?". "KAU BOLEH TANYA AWAT? KAU TU OKAY TAK? AKU DENGAR KAU MANDI TEH DEKAT CAFE," belum-belum lagi aku dah dijerkah dengan suara si bingai ni.

"Shaz okay lah. Jangan risau. Jeff dah bawak pergi klinik," jelas aku. "Haa yerlah. Tu muka kau okay tak?" Soal abang Shazwan. "Muka okay jer. Tak teruk. Just merah-merah nak cendol jer," seloroh aku. "Ha, kalau camtu, petang ni turun volleyball court. Kita ada selection untuk team," ucap Abang Shazwan sebelum terus talian diputuskan.

"Ni aku nak tanya korang, korang masuk kelab mana?" Soalku kepada mereka bertiga. "Aku hoki. Si Ariq ni dia amik kelab muzik and Imal pulak dia amik kelab drama," jawap Syidan.

"Jap. Ariq kau amik muzik? Serious ah? Petik gitar pun tak reti," sakat Jeff. Semua orang ketawa. "Amboi, mentang-mentang boyfie dia kena bahan tadi, dia balas balik bhai," perli Ariq. Aku dah bangun dan aku terajang peha kanan Ariq. Makin kuat gelak tawa mereka.

Petang tu, aku yang dah ready dengan sport attire terus ke volleyball court dengan Jeff. Sejujurnya, Jeff is really handsome with sport attire. Melted!! Kelihatan abang Shazwan dengan abang Syafiq sedang berbual. Amboi, mesra sangat. Jarang nak nampak abang Shazwan ni senyum nampak gigi. Selalunya nak senyum tu macam nak tunggu naga keluar. Punya payah nak mampus.

"Ehem ehem. Amboi merpati sejoli ni. Sweet je setiap hari," tegur aku. Nakal jugak aku. Dok menyakat abang aku. Abang Shazwan yang dengar teguran aku terus pergi ke arah aku. Mukaku dibelek-belek. Pastu rapat-rapatkan muka dekat aku. Apo!

"Hish, apa abang ni! Malu lah dekat orang lain. Shaz ni bukan pakwe abang lah nak belek-belek muka macam ni," jelas aku. "Memang kau bukan pakwe aku. Tapi kau pakwe someone tu," juih bibir abang Shazwan pada Jeff. Aku jegilkan mata dekat abang Shazwan. Hatiku makin panas bila Jeff tergelak dengar abang Shazwan kata macamtu.

Sambil-sambil berbual, kelihatan pelajar yang lain mula memenuhi court. "Baiklah Assalamualaikum dan selamat petang semua. Aku, Faza as your coach. Our pengerusi, Shazwan and sporting secretary, Syafiq," ucap abang Faza memperkenalkan diri.

"Okay, malam ni kita akan buat formal gathering. Untuk sesi suai kenal antara satu sama lain. But, for this evening. Actually, perjumpaan mengejut. Because, Canselor Universiti baru je inform yang kita kena hantar team volleyball untuk event Pahang. So tujuan petang ni adalah untuk selection team. Firstly, Aku nak divide dulu kepada 2 group. Satu, yang ada pengalaman dalam pertandingan. Satu lagi yang tak ada pengalaman," panjang lebar Abang Faza punya penerangan.

Dalam beberapa minit, 2 kumpulan yang diminta dah siap dibentuk. Aku lihat group aku cuma ada 5 orang je. And the most shocking thing is, Jeff dalam group aku. Dia ni pernah join volleyball competition ke?

"Wait, kau pernah masuk ke pertandingan?" Soalku berbisik pada Jeff. "Apa kau ingat boyfriend kau ni noob sangat ke sampai tak masuk sukan?" Bidas dia dengan muka seposen. Ish dia ni. Aku lepuk satgi kang.

"Amboi, sweet couple tu. Takkan dekat court pon nak flirting? Apa aku cakap dengar tak?" Sindir abang Faza. Abang Syafiq dah tergelak dah. Aku yang baru sedar semua pandang ke arah aku dengan Jeff. Malu weyh.

"Err, abang cakap apa tadi? Maaflah, boyfriend saya ni manja. Kena layan dia sikit," jelas Jeff selamba. Membulat mata aku dengar ayat yang keluar dari mulut Jeff. Musibat lahanat betul! Waktu tu court tu dah mula bising. Ada yang terjerit tanda sokong. Ada yang berbisik jugak. Ada yang buat endah tak endah.

"Haih, malam nantilah nak manja-manja cendol. Right now, aku nak team kau pergi dekat abang Syafiq and tulis nama," ucap abang Faza. Dengar jer tu aku terus bangkit and pergi ke abang Syafiq.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now