Episode 14

1K 65 31
                                    

"Kau ni kan, giler ah," aku mencebik. Geram aku dengan mamat nama Haziq Jeffriey ni. "Malu kott tadi semua orang pandang," tambah aku lagi. Geram tentang hal di court bola tampar tadi.

Aku toleh and aku tengok dia sedap lena. Pundek betul. Macam biasa, aku bagi satu tamparan padu pada punggungnya. Sesaat lepastu, aku nampak lah raksasa jagung menggelupur. Dah macam ayam kena sembelih dah. "Sakitlah gile. Huhu," ucapnya. Lepastu tak tahu malu garu punggung. Ya Allah mamat ni. Memanglah aku tahu lepas kena besit dekat punggung memang gatal. Tapi tak perlulah garu.

"Tapi apa yang aku kata tak salah en? Kau kan boyfriend aku," ucapnya dengan puppy eyes. Setan menggoda aku dengan matanya. Adehh. Aku roll my eyes. Aku baring di sebelah dia.

"Kita ni dah confess but kita tak pernah declare apa-apa kan?" Jelas Jeff. Betul tu. Aku tak pernah declare dengan dia walaupun aku tahu aku dan dia suka sama suka. Maka jawapan tadi dibiarkan sepi. Aku toleh ke arah muka dia dan aku usap pipinya. Ya, aku memang sayang dia. Tapi untuk berhubungan, dalam tempoh yang singkat is impossible for me.

Jeff yang aku sangka tidur terus raih tangan aku dimuka. Dia buka kelopak matanya. "Don't you worry. Aku takkan declare apa-apa selagi kau tak sedia lagi. And aku akan sentiasa tunggu kau okay," jelasnya. Macam mana tah mamat ni baca aku punya kepala. Dia ni professor X ke?

Jeff terus mengusap pipiku. Kasar tapak tangannya tapi hangat. Ini ke kuasa cinta? Kalau betul sah aku terkena sumpahan kuasa tersebut. Aku tak sedar yang aku terlena.

Aku terjaga semula tapi pelik bila aku tengok Jeff tiada di atas katil. Sebaliknya aku terlihat seseorang sedang duduk di atas sejadah. Aku membekukan posisi aku. Tak mahu Jeff tahu yang aku terjaga.

"Maafkan Haziq,Ummi. Haziq rasa sebersalah sangat. Haziq nak peluk ummi dengan Abi sangat-sangat. Banyak yang Haziq nak cerita dekat Ummi. Lagi-lagi tentang Shazri," ucapnya dalam tangisannya. Aku yang dengar itu, sangat menyentuh hati. Aku teringatkan Mama dengan Abah.

Tangisan Jeff makin kedengaran saat dia membaca tahlil. Aku makin diruntum pilu bila mendengar esakan dari lelaki yang aku sayangi. Air mata aku jatuh laju setiap kali bait-bait ayat suci Tuhanku dilafazkan oleh Jeff.

Setelah siap membaca tahlil, Jeff melipat sejadahnya. Waktu itu juga, aku bangun dan terus peluknya dengan erat. Emosi aku sungguh terusik. Aku nangis rindu dalam dakapannya. Jeff hanya mengusap kepala aku. Dieratkan lagi pelukannya. Waktu ini,aku tahu mungkin tuhan ambil kasih sayang Mama dengan Abah dan gantikan dengan kasih sayang yang Jeff bagi. Mungkin.

Keesokan paginya, aku terjaga lewat. Begitu juga dengan Jeff. Aku terus capai telefon dan periksa sekiranya ada sesiapa call. And ternyata ada 35 miss call dari seketul 3 abdul. Aku terus buka chat group kami berenam.

Budak Chipsmore

Shitand
Oi @jeffiey❤️ @shazri33
Tak bangun lagi ke?

Ariq Poyo
Jangan kacau diorang bermesra.
Kita biarkan je diorang.

Shazri33
Asal tak kejut kitorang gile???

Ariq Poyo
Otak kau kitorang tak kejut.
Dah gegar dah pintu bilik korang
Sampaikan Lutfi dengan Adam marah
Sebab bising..

Shazri33
Serious ah kau. Asal aku tak dengar langsung??

Imal Bij
Kau memang Shaz..
Btw, korang rancang anak nak berapa?

Kasih Arisya
Oh my Godd!!! @Shazri33
Serious korang buat??

Jeffiey❤️
Our business not yours @Imal Bijj

Aku toleh sebelah and nampak Jeff tersenyum pada aku. Ya Allah, kenapalah dia ni nakal sangat. Aku gelengkan kepala sahaja. Dia yang tadi berbaring atas bantal kini bertukar ke atas peha aku. Pantang nampak chance nk mengada.

Lepas aku inform dalam group yang aku dengan Jeff tak pergi kelas, aku letakkan telefon aku dan aku mula menarik-narik rambut Jeff. Aku sakat dia balik yang sibuk dengan Mobile Legends dia. Dah tak tahan sangat dengan aku, dia terus terlentangkan aku dan geletek aku guna dagu dia. Aku dah macam orang gila dah tergelak-gelak. Dia ingat aku ni baby ke ha buat macamtu.

Dia berhenti sekejap. Dia renung mata aku. Aku pon samalah jatuh dalam renungan dia. Muka kami mula rapat antara satu sama lain. Chup, sekejap tapi cukup buat aku mahupun dia tersipu. Aku terus tarik muka dia dan cium dia. Kali ni aku yang bertindak. Aku hadiahkan dia passionate kiss. For the first time aku kiss boy and aku yang start the kiss. What happen to you, Shaz?

Aku lepaskan ciuman tersebut. Aku rasa bahagia sekarang. Lepas apa yang jadi malam semalam, hati aku berkata yang aku perlu balas apa yang Jeff dah beri pada aku. Balas apa? Balas cinta.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now