Episode 17 (Jeff)

1K 55 10
                                    

Aku celik daripada tidur aku bila aku perasan yang Shaz tak ada. Mana muchuk aku ni. Aku check dalam bilik air pon tak ada. Aku bukak telefon dan mula mendail nombor Shaz.

Tttuuutt... Ttuttt....

This is the mail box phone number...

Shaz tak angkat call. Aku mula risau. Aku terus bukak WhatsApp dan bukak group Budak Chipsmore.

Budak Chipsmore

Haffriey
@littleShaz💖 mana?
Korang yang lain ada nampak Shaz tak??

Imalmok
Bukan dia dengan kau ke?

Syahidan
Tak tahu lah pulak. Aku balik kampung ni.

Haffriey
@Fariq kau ada nampak tak??

Fariq
Aik? Bukan kau keluar dengan dia ke naik kereta kau?

Haffriey
Serious ah? Aku bangun tidur tengok dia tak ada dah weyh. Hurm


Aku check kunci kereta aku. And yup. Tak ada. Mana Shaz pergi ni? Aku terus ke bilik Ariq. Kelihatan Ariq sedang workout.

"Weyh, Shaz ada bagitahu kau tak dia pergi mana?" Soalku risau. Ariq yang diterjah macamtu terkejut beruk. "Err... Aku tak tahu lah. Dia.. tak kata apa pon," jawap Ariq. Aku terlampau risaukan dia.

Aku berbaring atas katil Syidan. Terlampau serabut. Beberapa minit kemudian, Imal datang. Kelihatan mukanya agak cuak. "Jeff!! Aku nak bagitahu something ni," ujar Imal.

"Shoot it,". "Kau tengok ni," Imal menunjukkan pose di dalam ig. Dalam gambar tersebut kelihatan kereta Nissan Almeraku.

"Kau bawak aku pergi jumpa Humaira! Sekarang!" Aku dah menjerit-jerit. Ariq dengan Imal cuba menyabarkan aku. "Sabar lah Jeff!! Aku tak abis lagi ni," bentak Imal. Aku duduk.

"I think Humaira panggil Shaz untuk ke sana. But the question is, how kita nak ke sana kalau kita tak tahu tempat dia? Kau tahu ke ni dekat mana, Jeff?" Teka Ariq. Aku amati gambar tersebut. Aku tahu tempat ni dekat mana. Aku lantas bersiap dan pergi ke destinasi tersebut bersama Imal dengan Ariq.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sampai sahaja di destinasi tersebut, iaitu Homestay Daddy dekat Bagan Lalang,kelihatan kereta aku tersadai di parking. Cerminnya dipecahkan. Akku terus terjah masuk. "Humaira!!!" Namun, jeritan aku hanya dibalas dengan panorama yang menyayat hati.

Kelihatan tubuh Daddy dan Mommy terkulai tak bernyawa di atas lantai. Bau hanyir darah menusuk hidung aku. Imal terus termuntah. Ariq pula terus memanggil polis.

Aku mendekati mayat-mayat mereka. Allahu. Apa yang terjadi ni? Di sudut yang lain, aku kelihatan Shaz terbaring tak sedarkan diri. Aku terus berlari ke arahnya. Kelihatan dahinya luka. Aku dakap tubuhnya. Aku periksa nadinya. Alhamdulillah, dia masih bernyawa. Aku menangis. Meratapi apa yang terjadi.

Setibanya polis dan ambulans datang, tubuh Shaz telah dibawa ke hospital berdekatan. Aku mengiringi Shaz. Tangannya yang lemah aku genggam erat. Aku akan pastikan semua ni terbalas.

Semasa menunggu Shaz yang masih di dalam Unit Rawatan Rapi, Kelihatan kak Lin dan abang Haz dari jauh disusuli Abang Syafiq, Abang Shazwan dengan Imal dan Ariq.

"Jeff!! Shaz macam mana? Shaz okay tak? Apa yang jadi ni?" Kak lin being motherly. Sebabkan terlampau risau, Kak Lin menangis. Abang Haz memujuknya. Abang Shazwan datang ke arah aku dan memeluk aku. "Kau sabar ye," itu je ucapan yang keluar dari mulut Abang Shazwan.

Tak lama lepastu, Doktor keluar dan terus bertanya," siapa yang jumpa mangsa?". Aku terus angkat tangan. "Terdapat dua kecederaan serius dekat kepala dia. Satu di depan. Dan yang kedua dibelakang. Buat masa ni saya tak boleh pastikan yang mangsa akan menghidap amnesia, but yang saya boleh katakan, kita kena secepat mungkin buat pembedahan untuk buang darah beku dibahagian luka," aku terkesima mendengar penerangan doktor tersebut.

Selepas memberi penerangan, doktor tadi meminta Kak Lin dan Abang Haz untuk ikutnya. Kak Lin dan Abang Haz membontoti doktor ke pejabatnya untuk menandatangani dokumen persetujuan waris manakala abang Shazwan dan abang Syafiq pulang ke Universiti untuk uruskan hal Shaz.

Aku yang masih duduk dibangku menghadap Unit Rawatan Rapi tersebut hanya mampu mengalirkan air mata. Aku mempersoalkan kenapa  aku tak mampu nak jaga Shaz? Makin lama makin deras air mata aku. Apa salah Shaz sampai dia kena hadap semua ni?

Ariq mengusap belakang aku. "Shaz kuat. He will be okay. Ni aku dengan Imal balik Hostel kejap. Nanti malam kitorang datang lagi," ucap Ariq lantas pulang bersama Imal.

Aku lihat jam tangan aku dah masuk waktu Asar. Aku terus mencari Musolla untuk aku dirikan tanggungjawab aku.

Tatkala usai solatku, aku bacakan tahlil untuk ibu bapa aku. "Ummi, Abi. Haziq tak mampu. Tak mampu hadap kehilangan lagi. Haziq takut hilang Shaz," ucapku dalam tangisan.

"Haziq, percayalah. Haziq takkan kehilangan sesiapa lagi. Sekarang bangun nak," seakan suara Ummi yang aku dengar. Allahu, aku terlelap di atas sejadah. Aku bingkas bangun dan terus ke ICU.

Cinta Fondue (COMPLETED).Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα