Episode 10

1.1K 63 14
                                    

"Apa yang kau nak?" Soal aku. Kali ni aku rasa betul-betul tak nak tengok muka dia. "Kau dah makan?" Soalnya. "Dah. Makan masa tadi," perli aku. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. "Shaz," panggilnya. "Apa lagi kau nak?" Soal aku menyampah.

Dia terus peluk tubuh aku. Mentang-mentang aku ni pendek sikit, senang-senang je nak peluk. "Eyy rimaslah!" Dah ternaik dah nada aku. Dia yang terkesima lepaskan aku dan memandangku dengan pandangan yang tak faham apa-apa. Dia ni bahlul ke apa?

Aku terus ke katil aku. Aku cuba untuk lelap. Nope. Aku paksa untuk lelap. But, aku tak boleh lelap. Dah masuk pukul 11 but macam-macam aku pikir. "Boleh aku baring sebelah?" Dengar suara tu aku terus toleh ke katil dia. Dia bersandar pada katilnya sambil memakai speck mata. Ditangannya ada buku novel Sherlock Holmes.

Aku tak kata apa-apa tapi aku bangkit dari pembaringan aku dan ke tepi sedikit. Dia bingkas bangun dari katilnya dan duduk bersebelahan aku. "Aku dah agak kau macam ni," ucapnya sebagai madah setelah hening memenuhi ruang. "Yang tu ex aku je. But kitorang memang rapat sebab parents kitorang kawan baik,". Tambahnya lagi. Aku masih membisu. Ada dua sebab. Satu, aku tak tahu nak respon apa. Dua, aku tak nak tahu.

"Aku nak tanya ni. Soalan yang aku pernah tanya dekat kau waktu dekat PD tu. Kau dah ada jawapan?" Soalnya. Sengaja dia capai tangan aku. Aku malas layan dan aku biarkan. " First, aku tak ada intention nak jadi boyfriend kau. Second,aku taknak dengan kau. Third, terlalu awal untuk aku ada perasaan dekat sesiapa," balas aku. Jual mahal kejap.

"Boleh tak kita kenal-kenal dulu? Even aku bukan bisex macam kau but aku tak pernah pon menidakkan yang aku boleh jadi. But, everything needs time," jelas aku. Entah. Dia faham ke tak faham ke. Bukan masalah aku dah. "Thanks," ucapnya pendek. Tapi tulah,gatal nak mampus. Suka hati je peluk aku and cium leher aku.

Malam tu, aku didesak untuk tidur sekatil dengannya. Sumpah, mamat ni buat aku nak je sula hidup-hidup. Gigih tu rapatkan katil. Katanya as permulaan nak kenal and biasakan diri dengan dia. Aku hanya gelengkan kepala sahaja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kelas harini abis awal pulak. So aku gerak ke cafe untuk minum secawan Mocha sejuk as basahan untuk tekak aku. Sampai di kaunter, aku yang baru pesan Mocha tadi di tegur oleh seseorang. Guess who? Humaira.

"Sorang ke?" Sapanya manis dengan senyuman. "Yup, I am alone. Yang lain sangkut dalam kelas lagi tadi," balas aku. Since dah alang-alang dia ada, aku ajaklah dia ke meja sebelah tingkap menghadap basketball court.

"So, Humaira," panggil aku. Nak berlagak macho jugak depan wanita. "Macam mana you kenal dengan Jeff?" Soal aku. Padahal aku dah tahu kot siapa Humaira dekat Jeff.

"I kenal Jeff sejak dari kecik lagi. Parents kitorang kawan rapat. And now kitorang still couple sampai sekarang," ayat last dia tu buat aku keliru. And sakit hati jugaklah. Jeff tipu aku ke? Ke minah ni yang tipu aku?

"Yang!" Jerit seseorang. Kami toleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Jeff diikuti dengan seketul 3 abdul yang lain. "Kita dah discusskan pasal ni. Between you and me, just brother and sisters. Nothing more," ucap Jeff perlahan. Tapi tegas.

"Mana janji abang? Dulu kata sanggup nak kawin lah bagai. But now?" Bidas Humaira. Aku yang tak selesa dengan situasi ini terus pergi dari sini. "Shazri!" Panggil Jeff. But aku hiraukan. Bukan sebab aku malu. Aku feel sedih. Kenapa nak sedih en?

Ditemani Syidan dan Imal, aku duduk di taman University. Menghadap tasik yang tenang bagiku. "Nah. Roti ni alas perut," Imal menghulurkan sebungkus roti coklat. Kemudian dihulurnya pula sebotol air mineral. "Thanks, korang," ucapku pendek.

"Apa yang Humaira nak tadi?" Soal Syidan. He being unpayable detective again. "Nothing. Kitorang macam kenal-kenal camtu. Cuma dia cakap dia dengan Jeff still couple," ucapku. Aku tak tahu apa yang aku rasa but aku mengharapkan yang Jeff dengan Humaira tiada apa-apa.

"Kau jealous ke?" Soalan Imal ni aku tak jawab. Kenapa nak jealous kalau Jeff not mine? Kalau tak jealous, means aku tak suka dia ke? "Shaz. Kau tak payah sorokkan apa-apa dari kami. Aku tahu kau ada hati dekat dia," ucap Syidan.

"Okaylah. Aku jujur. Yup, Jeff memang ada usik sikit hati aku. Cuma aku takut. Bila aku dah jatuh cinta, dia pergi. Lagi-lagi cinta sejenis macam ni. For the first time aku suka lelaki. Aku tak tahu nak handle macam mana. And because aku insecure dengan Humaira, aku ask Jeff untuk kenal-kenal dahulu. Aku kena betul-betul kenal siapa Jeff. Supaya aku atau dia tak ada masalah kemudian hari," jelas aku. Finally, aku jujur. Sebab aku takut diorang tak boleh terima aku.

"Please. Don't tell him," pinta aku. Imal dengan Syidan hanya mengangguk. Tapi tulah, mana ada kawan baik tak membahan. Tengah-tengah emo macam ni, depa dok bantai gelakkan aku sebab muka aku merah tahan malu.

Cinta Fondue (COMPLETED).Där berättelser lever. Upptäck nu