Episode 28

1K 59 19
                                    

Aku duduk di sebelah Jeff yang masih kaku. Dah hampir 3 minggu. Jeff masih lagi dalam keadaan yang tak sedarkan diri. Since aku boyfriend dia, aku dah minta dekat management Universiti yang aku just proceed dengan online class sahaja memandangkan aku jaga Jeff di hospital.

Sedang aku sibuk menelaah subjek Basic Management, aku dengar seseorang panggil nama aku. "Shaz..." aku toleh dan lihat Jeff baru sedar. Walaupun matanya belum terbuka, aku dapat lihat tangannya bergerak dan mulutnya menuturkan nama aku.

Aku terus menekan punat merah untuk memanggil nurse. Ya Allah, Bae bangun jugak. Ketika aku menunggu doktor ataupun nurse sampai, tangan aku digenggam erat oleh Jeff. Hangat. Ya. Sangat hangat. Itu yang aku rasa.

"Jangan pergi tau," itulah yang terpacul dari mulut Jeff. Aku yang dengar ayat tersebut sebak. "Bae jangan risau. Bie ada dekat sini okay. Bie takkan pergi mana-mana," ucapku. Ya. Aku takkan pergi tinggalkan dia.

Setelah doktor memeriksa keadaan Jeff, dia memanggil aku untuk ke pejabatnya. "Silakan duduk, Shaz," pelawanya. Korang takkan lupa siapa nama doktor ni. Doktor Zulaikha. "Saya just nak berbual sekejap dengan Shaz. Saya just nak straight to the point, saya rasa awak dengan Jeff is more like friends kan?" Tebak doktor Zulaikha. Ish, apesal lak dia ni?

"Errr.. " aku tak tahu nak kata apa. Nak tipu berdosa. Tapi kalau tak tipu,mesti kena kecam. "Awak tak perlu risau. Saya tak judge awak. Saya tahu sebab saya selalu nampak awak hampir 24 jam setiap hari dekat sini. That's not like a normal friend like that," ucapnya manis sahaja.

Aku senyum awkward. Yelah. Kantoi kunyit dengan doktor. "Lagipun, waktu kes awak haritu pon, Jeff dah bagitahu segalanya. Huhu melepas saya," seloroh doktor Zulaikha. Membulat mata aku.

"Hey jangan pandang saya macam tu. Saya bukan nak caras pon. Lagipun, adik saya kawan awak jugak. Si Arisya tu. And saya is saudara Ariq," terkejut aku. Bapak kecik dunia ni. "Seriouslah doktor?" Mulut aku yang ternganga ni boleh sumbat balang kuih raya.

"Seriouslah. Hahahaha. Ni right now, saya nak bagitahu ni. Jeff pernah cakap dekat saya pasal awak. Dia sayangkan awak sangat-sangat. Kadang-kadang waktu saya nak checkup awak, saya dengar nama awak dalam doa dia," ujarnya. Aku sangatlah sebak. Sampai macamtu sekali dia menyayangi aku. Makin berat rasa sebersalah aku.

Keluar dari bilik doktor Zulaikha, aku terus ke wad Jeff. Aku nak peluk dia. Sampai sahaja di situ, kelihatan Imal dengan Arisya. "Kenapa mata kau merah ni? Kau nangis ke Shaz?" Soal Imal. Ish, kantoi lagi. "Mana ada lah. Aku kurang tidur. Jaga Jeff," aku tepis dakwaan Imal yang mengatakan aku nangis. Heh. Padahal memang ye pon aku nangis.

"Bie, mari sini," panggil Jeff. Damn, aku rindu suara dia panggil aku. Arisya dengan Imal dah tahan gelak tengok muka aku yang merah. Aku terus ke arah Jeff. "Duduk sini," arahnya sambil menepuk-nepuk sebelahnya. Dahlah atas katil.

Betul-betul punggung aku cecah tilam, Jeff memaut bibirnya pada bibir aku. Aku kejung dekat situ. Tahap merah muka jangan cakaplah. Sampaikan Arisya dengan Imal jerit macam orang kena sampuk dah. Sweet nak mati.

"Apa ni B...Bae. Or... Orang nampak lah," aku memang malu. "Sial kau nok nak malu-malu. Bukan aku tak tahu yang kau dah bancuh anak dengan Jeff," statement si Imal memang babi. Tahap Zeus dah kebabian dia ni. Arisya dah ketawa terbahak-bahak.

"Arisya, saya tak tahu pulak yang doktor Zulaikha kakak awak. And Ariq is saudara awak," kenyataan aku kali ni mengundang kejutan di wajah Imal and Jeff.

"Err... Hehehe yup. Saya and Ariq has bloodline yang sama," ucap Arisya manis jer. Berbual-punya berbual sampai Imal dengan Arisya balik.

Kini, tinggal aku dengan Jeff dekat dalam wad. Aku kekok sangat. Sebabkan guilty aku, aku tak berani nak pandang dia. Bila pandang, aku akan terbayangkan dosa aku dekat mata dia.

"Bie, if you being like that, sampai bila pon akan awkward. Mari sini," dia merapatkan mukanya pada aku. "Bae, Bi...". "Stop minta maaf and stop rasa sebersalah. Bae tak nak Bie rasa macamtu," ucapnya. Diusap kepala aku lembut. Aku rindukan belaian dia, sentuhan dia,kenakalan dia.

"Bae dengar ada orang tu nak tunaikan amanah Abi. Tapi sekarang dia yang tak bercakap," ucapnya lagi. "Kenapa Bae tak bangun lagi awal? Bae tahu tak Bie tak kuat. Bie takut hilang Bae. Bie tak nak hilang orang yang Bie sayang," luahku. Aku terdrama sampai menangis. But still, aku memang betul-betul sebak.

"Shhhh. Tak mau nangis. Now Bae dah bangun ni. Takkan nak tunjuk air mata tu depan Bae?" Dia kesatkan air mata aku. Aku peluk dia. Erat ketat sendat padat prap pap pap. "Bie janji takkan sia-siakan Bae," ucapku. Jeff hanya tersenyum sebelum dia mengucup dahi aku. Malam itu, aku yakin sangat, aku dengan dia bersatu hati. Amanah dia untuk jaga aku dan amanah aku untuk jaga dia. Terima kasih tuhan.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now