Episode 12

1.1K 62 37
                                    

Harini mata aku celik lambat sikit. Aku toleh di sebelah aku, kelihatan Jeff tidur sungguh nyenyak. Aku tersenyum simpul. Walaupun kami tak pernah declare apa-apa lagi, tapi sudah cukup buat aku happy. Kadang aku terpikir yang adakah aku perlu kenal dia dahulu sebelum nyatakan perasaan aku ataupun aku luahkan bila aku yakin aku sudah bersedia. Kalau itu aku punya keputusan, aku yakin aku dah bersedia.

Tiba-tiba tangan Jeff merangkul badan aku. Dah mula dah. "Jeff, lepaskan aku lah. Tak selesa," pintaku. "Sekejap je," suara mamainya sungguh buat aku cair. Aku biarkan sahaja. Hati aku entahlah, berbunga-bunga kot sekarang.

"Dah kejap ni. Bangunlah pukul 10 nanti nak ke Universiti. Abang Shaz dah pesan kan minggu lepas," kataku pada Jeff. Terpisat-pisat dia gosok matanya. "Hurmm, okay okay. Kau mandilah dulu. Lepastu aku," ujarnya sebelum sambung beradu mimpi semula. Liat nak mati mamat ni tidur.

Aku bingkas ke bilik mandi. Setelah siap mandi, aku lantas kejutkan raksasa jagung yang tengah tidur tu. "Jeff, pergi mandi," kejutku. Takda respon. Mamat ni memang kalau tidur kita letak mercun thunderclap pon dia tak sedar. "Hubby, bangun," aku cuba guna taktik goda dia. And yup. Berkesan.

"Ye sayang!" Ucapnya secara tiba-tiba segar. Secara tak sengaja, ketika dia bangkit, dia tertolak tubuh aku. And...... Chup. Bibir kami bertemu. Dia bangkit dan tersenyum nakal sebelum cepat-cepat masuk ke bilik mandi.

"Jeffriey!!!!!!" Aku jerit puas-puas namanya. Eyyyy geram aku. Ada je akal nak menyakat aku. Tapi kenapa aku tersipu-sipu ni? Ku Shazri don't blush!

Harini, kami berenam. Yeah, termasuk Arisya sekali pergi ke Lobi Utama. Sampai sahaja, aku dengan Jeff terus ke booth Volleyball Club. And aku tak terkejut bila tengok nama pengerusi club ialah abang Shazwan. Abang Syafiq pula setiausaha. Haih, patutlah berkepit je manjang dua ekor belangkas jantan ni.

Setelah aku menyatakan penjaga booth bahawa aku dan Jeff dah didaftarkan oleh abang Shazwam as ahli, aku ajak Jeff ke cafe untuk sarapan. Al maklumlah tadi pon siap-siap je terus ke kolej. Si Ariq pulak tak buat sarapan. Sumpah ye.Ariq is boyfriend material. Perfect 10 gitew. Pandai masak lagi. Bukan macam mamat depan aku ni.

"Shaz, jom selfie," ajak Jeff. Aku kecikkan mata aku tengok dia. Adalah tu nak bahan aku. Aku rapatkan kepala aku ke arah dia supaya muka aku muat dalam gambar. "Satu, dua, tiga. Senyum," ucap Jeff.

Senyum memang senyum. Gambar memang gambar. Tapi apesal Jeff kiss pipi aku? Tak malu ke ha depan orang lain? "Jeffriey!" Satu cubitan tahap ketam jantan mengamuk aku berikan di perutnya. "Arghhh!!! Okok. Sorry bapak ketam. Jeff minta ampun," pintanya. Haaa! Baru kau tahu sakit ke tak.

"Itu baru untuk hal selfie. Yang hal pagi tadi belum settle lagi. Kau tunggu balik ni," aku warning dia. "Punish me on bed please," sakatnya lagi. Nak mampus mamat ni. Aku lepaskan satu tamparan spike pada belakangnya. Berdesup tamparan aku hinggap badannya. Menggelupur dia tahan sakit. Aku hanya ketawa.

As usual, Quality time aku dengan Jeff diganggu oleh seseorang. Orang ni selalu buat aku tak selesa and takut. It's Humaira. "Aik, baru kenal dah bertepuk tampar macam laki bini," perli Humaira. Aik kenapa dengan minah ni PMS ke?

"Abang, Mommy and Daddy ada dekat Lobby. Diorang nak jumpa abang," ucap Humaira sambil menjeling aku. "Hmm okaylah. Shaz, tunggu Jeff dekat sini ye," tiba-tiba je tukar panggilan mamat ni.

Setelah Jeff lesap, aku pandang Humaira yang sudah menghirup English Tea si Jeff. Tefak? Cawan laki aku tu. "Kau tak payah nak pandang aku macamtu lah,Shaz. Jijik," ucap si Humaira dengan nada yang menjengkelkan. Seriously, apa masalah noks ni?

"What's the matter, Humaira? Maybe I can help you," ucap aku cuba bersopan. Dengan perempuan en, aku tak naklah nampak dayus. "Ha? Help me? Kau dah amik jantan aku, sekarang kau nak tolong aku? Kau just tolong tinggalkan Jeff. Itu je aku mintak," sinis ayatnya. But, no suprise for me. Aku dah agak dah benda ni jadi. Dia mencampakkan beberapa keping gambar aku dengan Jeff di Tasik Universiti tempoh hari. It's creepy doe ada yang sanggup buat macamni. I am scared but aku kena stand for my feelings.

"Sorry, Humaira. But, aku tak curi sesiapa punya hak pon. He is single. Besides, bukan aku cari dia but dia yang cari aku. Thirdly, kau tu ex dia. Just ex,"aku balas balik lepas aku tengok gambar yang dijadikan bait untuk aku back off. Nope! I will never back off. So aku bakar balik dia.

And after that, muka aku rasa seperti terbakar. Humaira baru sahaja menyimbah english tea yang masih pada suhu kemarau tu pada muka aku. "Arghhh!!" Aku jerit menahan sakit. "Shaz!!!" Jerit Jeff. Thank god. Dia muncul, kalau tak, tak tahulah minah ni buat apa lagi dekat aku.

Jeff dapatkan aku. Humaira pulak, dah berambus keluar dari cafe. Semua di dalam tu pandang ke arah meja kami. Aku rasa malu sangat ornag pandang aku. Dahlah melecur muka aku. Tambah malu lagi.Jeff terus bawakku keluar dan ke klinik.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now