Episode 2

1.4K 62 8
                                    

Dewan Tun Teja. Ye. Nama dewan tu pergh. Sesergam teguh dengan strukturnya. Jap. Betul ke ayat tu? Lantaklah. Situasi yang kekok aku hadapi. Yelah. Kau jalan sensorang tak tahu mana arah yang patut kau tuju. Dah la tak ada kawan lagi. Memang macam rusa masuk sungai. Bukan kampung dah. Sungai terus sebab tak tahu arah dan tak ada kawan.

Aku masuk je dewan tu, aku nampak ada beberapa orang lelaki. I guess, diorang Faci untuk slot first malam ni. Aku dengan muka temboknya terus pergi sapa diorang. "Erm abang faci. Nak tanya bang. Sini ke slot malam ni?" Soal aku. Mereka saling pandang antara satu sama lain sebelum gelak terbahak-bahak. Aku yang speechless dan kekok serta rasa pelik tu hanya menjongketkan kening.

"Adik, ye sini tempat untuk slot malam ni. And kami bukan faci ye," ucap seorang lelaki tinggi dari group lelaki tersebut sebelum masing-masing sambung gelak. Haa sekali lagi aku menahan malu. Ya Allah. Apakah dugaan mu ini? Lelaki tersebut terus memaut bahu aku.

"Hehehe. Takyah ah malu weyh. Kitorang pon budak baru dekat sini. Hehehe," ujar lelaki tersebut. Aku hanya memaparkan sebaris gigi aku. "By the way, aku Syidan. Yang tu, Ariq dengan Imal," tambahnya lagi. Budak si Syidan ni senyum je manjang. "Nama kau sapa pulak weyh?" Soal si Ariq. Yang ni budak sukan aku rasa. Set2 budak bola ni.

"Shazri. Boleh panggil aku Shaz," ucap aku yang buang pandangan aku ke lantai. First time aku malu camni. "Ouh nilah budak yang satu bilik dengan Jeff tu," ucap si Imal. Yang ni pulak taklah gedempol tapi fluffy gitew.

"Sapa Jeff tu?" Soal aku hairan. Ariq memuncungkan mulutnya ke sesuatu arah. Aku toleh and yup. Aku nampak roommate aku tadi. Dia ke Jeff? Serious ah? Aku hanya roll eyes.

"Aik, nampak aku je kau julingkan mata kau. Cucuk karang," ucapnya. Hurrgghhh. Dia ni. "Cukup baik lah aku roll eyes aku. Dari kau, dah sepak aku pastu tidur dekat katil aku tapi tak mintak maaf," aku jelingkan je dia ni. "Ye ke?" Bidas dia dengan muka toya. Sumpah dia ni annoying.

"Ewah-ewah. Baru jumpa dah gaduh. Nanti jatuh cinta baru tahu," ucap Syidan. Jeff menumbuk perlahan perut Syidan. Yang keluar dari mulut Syidan hanya erangan diselangkan dengan hilai tawa Ariq dengan Imal.

Sesi malam tu pon berjalan. Aku syukur jugak sebab budak-budak tu accept aku as kawan diorang. Lagipun kitorang satu jurusan yang sama. But yang tak bestnya, si bitter tu, Haziq Jeffriey pon sama dengan aku. Hurgh.

"Okay, assalamualaikum dan selamat malam. Saya Syafiq. Second year dalam Diploma Grafphic Design. Sebelah saya ni, Shazwan. Hot stuff Universiti ni. Dia Bachelor in Medical Assistant. Lepastu, yang pakai baju hitam tu abang Fiziey. Pon sama macam abang Shazwan kita. Ouh ya abang Shazwan korang ni taken dah. So yang tak dapat try tu nanti try adik dia ye," ucap abang Syafiq sebelum dewan Tun Teja bergema dengan jeritan-jeritan gadis tak tahu malu. Tak padan jugak yang macam nyah pon terpekik terlolong. Alahai.

"Weyh, Shaz. Shazwan tu abang kau eh?" Tanya Syidan. "Errrrr.... Ye. Kenapa?" Aku balas balik dengan soalan. Masing-masing melopong ternganga.

"Serious ah weyh? Aku dengar abang kau hotstuff kat sini sebab dia atlet volleyball," ucap Ariq pulak. Bersinar siak mata dia. "Aah. Dulu zaman sekolah aku dengan abang aku satu team wakil negeri," ucap aku. Habislah kena expose hidup aku.

Syidan, Ariq dengan Imal dah terkinja-kinja dah. Bapak obsess dengan abang aku. Cuma tulah, si pakcik bitter sebelah aku ni hanya buat reaksi muka seposen dia. Then dia mencelah," Halah setakat wakil negeri je," sumpah angkuh nak mati beb jantan ni.

Aku hanya smirk menyampah dekat dia sebelum aku alihkan balik tumpuan aku dekat abang Syafiq. Malam tu boleh lah seronok. Main game bagai. Ketika tengah break time, aku keluarkan telefon pintar aku dan terus chat Abang Shazwan.

Shazri33
Assalamualaikum, bang.

Shzwn Bingai
Waalaikumusalam. Asal kau?

Shazri33
Dengar cite kau budak hot.
Hahahahaha.

Shzwn Bingai
Asal? Kau jeles ke doe?
😏😏😏

Shazri33
Otaklu. Aku just taknak orang tahu aku ni adik kau. Malas aku nak layan fans-fans kau.
🙄🙄🙄

Shzwan Bingai
Eiiuww. Kau tak layak.
Muka pon cam kipas udang je.
🤪
Tak kuasa nak expose adik cam kau.
Buat jatuh saham aku je.

Shazri33
Taik punya abang.
Dah ah. Mampos loe anjay.

Aku matikan phone aku sebelum ke tempat duduk aku balik. Dekat situ cuma ada si Jeff je. "Diorang ke mana?" Soal aku cuba berbahasa basi. "Umah setan," jawabnya pendek. Matanya masih tak lekang dengan telefon pintarnya. Pantang datuk nenek moyang anak cucu cicit piut miut aku cakap tak pandang aku.

Aku terus sentap telefon tu dari dia. "Kau apesal gila?" Rengus dia. Marah sangat tu. " Kau tu aku tanya leklok kau jawap macam tu. Hish," merengus balik. Dah macam dua kerbau. Aku tengok skrin telefon dia. Main Mobile Legends rupanya. Aku pulangkan balik telefon dia sebelum aku duduk tempat aku.

So sesi last malam ni pon berjalan. "So untuk game kali ni, ada apa-apa yang korang nak tanya?" Soal Abang Syafiq. Aku lihat semua tunduk macam padi yang menguning. Ceh. Acah-acah faham semua. Padahal nanti sibuk tanya kawan sebelah.

Tiba-tiba Jeff angkat tangan. Budak-budak perempuan dah mula bisik membisik. Barangkali mula jatuh hati dengan rupa chinese si Jeff ni. "Ye kenapa tu?" Soal abang Syafiq.
Semua menanti. Jeff memandang aku.

Cinta Fondue (COMPLETED).Onde histórias criam vida. Descubra agora