Episode 25

934 54 27
                                    

Sampai sahaja di Hospital Kuala Lumpur, aku terus ke tingkat 5. Aku cari bilik wad yang menempatkan Jeff. Wad 03/07. Aku masuk. Kelihatan Jeff terbaring kaku di atas katil. Aku jadi sayu melihat keadaannya.

Maafkan Bie. Bie pentingkan diri Bie. Aku melabuhkan punggungku di kerusi sebelah katilnya. "Assalamualaikum, Bae," sapaku. Tangannya aku cium. Allahu. Aku terlampau merindukan dia.

"Bae, Bie datang ni. Bie datang nak tebus dosa Bie," kataku. Air mata tak terbendung. Pilu sangat melihat Jeff terbaring tanpa bergerak. "Bie mimpikan Abi. Abi mintak Bie jagakan Bae. Abi dah ceritakan semuanya. Maafkan Bie," aku teresak saat aku menuturkan kata-kata tersebut.

Aku genggam tangannya. Sangat erat seperti aku tak mahu meninggalkan dia lagi. "Jadi please, bangun Bae. Hiks. Bae kena bangun dan bagi peluang Bie tunaikan amanah Abi. Bangunlah ye," aku hanya menangis teresak-esak. Ya Allah penderitaan apa yang aku hadapi ni. Aku tak mampu.

Disebabkan aku tahu Syidan akan ada disini, jadi aku tak boleh lama. Aku taknak Syidan bencikan aku. Dia still kawan aku. Oleh kerana tak mahu Syidan bertambah benci kepada aku, aku terpaksa mengalah. Aku tak mahu Jeff dengar semua ini. Kalau dia tahu kawan-kawannya berkelahi macam ni, mesti dia sedih dan kecewa.

Aku terus ke pintu namun aku terkejut melihat Syidan berdiri di sana memandang aku. Matanya merah mungkin hasil dari tangisannya. Dia terus mencapai tangan aku dan membawa aku keluar.

"Apa kau buat dekat sini?" Mendatar sahaja nadanya. "Aku just nak tengok dia. Aku rindukan dia," ucapku tertunduk. Ya, aku takut dengan Syidan. Sangat takut kalau dia marah aku. Tiba-tiba aku didakap oleh Syidan.

"Jadi please, jangan buat silap lagi. Aku tak sanggup nak tengok orang yang aku sayang buat silap lagi," ucapnya. It's emotional bila aku dengar Syidan menahan tangisan dia. "Aku pernah jatuh hati dengan kau first-first dulu. But, Jeff ada kata yang dia sayangkan kau dah lama. Tinggal nak buat kau notice dia. Because in term of friendship and brotherhood, aku mengalah. Aku xpersue pon cinta aku dekat kau. Lagipun kau dengan Jeff more suitable," pengakuannya membuatkan aku sedikit sebanyak tersentak. Aku tak pernah notice dia ada perasaan pada aku. Dia terus membawa aku ke taman hospital.

"Aku dah tahu semua kisah pasal Arwah mak ayah korang. Sebab aku sentiasa dengar nama kau dalam doa dia. Tapi, bila haritu kau acting macamtu. Kau buat dia macamtu. Aku sangat kecewa. Kecewa dengan kau," ucapnya. Sekarang kitorang duduk di bangku taman hospital, maka tiada siapa pon yang akan kacau drama air mata ni.

"Aku terlampau kecewa sampai aku sanggup naik tangan dekat kau. Waktu tu semua perasaan aku hilang pada kau. Aku benci kau. Aku hilang hormat dekat kau as kawan aku. Aku dah taknak kau buat Jeff macam tu. Sebab dia pon kawan aku. Aku fikir bila aku buat macamtu semua akan faham. Tapi, semuanya tak jadi macam yang aku expect. Now, aku kena betulkan semula," dia membuang pandangannya ke tempat lain. Aku tak terkejut pon kalau dia kata begitu.

"Sebabkan marah, aku bukak fon Jeff dan aku leftkan dia dari group. Then aku removed semua. Aku menyesal. And paling aku menyesal is aku tak pernah notice Ariq punya perasaan dekat aku. Now aku tak tahu Ariq dekat mana," yang ni aku terkejut. Ariq sukakan Syidan?

"Even kau remove kitorang, still kitorang kawan kau," satu suara muncul dibelakang kitorang. Kelihatan Imal dengan Arisya. "Maca..." Aku tak abis ayat, Syidan potong. "Aku yang call diorang untuk datang sini. Sebab aku nak minta maaf dekat semua orang," ucapnya.

"Syidan, awak tak perlu minta maaf. Awak tak salah. Kami faham awak," ucap Arisya. Diusap lembut bahu Syidan. Soft side of Arisya. She always give a calm face to all boys dalam group kitorang.

Imal as always drama king mood dia, terus peluk Syidan and nangis bagai nak rak. Yang Syidan dok tepis Imal sebab kata Imal busuk. Somehow, aku tergelak tengok reaksi diorang. Aku rindukan suasana ni semula.

"Syidan, saya nak bagitahu ni. Saya tahu Ariq dekat mana," kata Arisya. Syidan terus pandang. "Dekat mana tu? Bagitahu. Saya nak tebus semua benda sebelum terlambat,"pinta Syidan.

Cinta Fondue (COMPLETED).Where stories live. Discover now