"Bangun. Suga bleeding" kata Taehyung.

Namjoon membuka matanya sebaik sahaja mendengar nama Suga disebut.

"Hmm bukan aku lah.." Jungkook yang mamai itu memusingkan badannya membelakangi Taehyung.

"Haih" Taehyung mengeluh. Namjoon dipandang. Mereka mengangguk sesama mereka. Bersetuju dengan cadangan yang sudah berada dalam kepala.

Taehyung memegang tangan Jungkook.

Namjoon mencapai kaki Jungkook.

__________

"aduhh korang la ni.. Sakit bontot aku.." ujar Jungkook seraya menggosok punggungnya yang masih sakit akibat dijatuhkan ke lantai di hadapan bilik Taein sebentar tadi.

"Kau jerit kuat sangat tadi. Nasib baik aku tutup dulu pintu bilik, kalau tak mesti Taein dah terjaga" kata Taehyung. Kesal dengan Jungkook yang jerit bagai nak rak.

"Nasib baik jugak aku sempat tutup mulut dia tadi" ujar Namjoon. Mulut Jungkook ditutup oleh Namjoon selepas dia mula menjerit. Tidak mahu mengejutkan pesakit dalam rumah itu.

"Tak kuat pun aku jerit"

"Tak kuat kau kata? Aku yang baru nak turun tangga dari tingkat atas tu pun boleh dengar suara kau" kata Jimin dengan nada geram.

"Baiklah, terima kasih tuan hamba, Kim Taehyung kerana memasang pintu bilik yang kukuh, tebal dan sedikit kalis bunyi itu. Jika tidak, sudah pasti sleeping beauty yang sedang tidur itu terjaga mendengar jeritan gagah dan seksi beta ini" kata Jungkook. Tangan diletakkan ke dada kemudian badan dibongkokkan sedikit. Ala ala putera gituw.

"Merapu ja kerja" keluh Jimin.

Jungkook memutarkan bola matanya.

"Cakap banyak ja kau ni"

Namjoon dan Taehyung meneruskan kerja mereka, mengabaikan Jungkook dan Jimin yang sedang membalas jelingan maut sesama mereka. Malas melibatkan diri dalam silent treatment mereka itu.

"Pastikan kemas" ujar Namjoon.

"Baik" jawab Taehyung. Pembalut di gunting sebelum diselitkan ke dalam pembalut yang sedang melilit badan Suga.

"Okay siap" kata Taehyung seraya mengangguk kepada Namjoon sekaligus membetulkan sedikit ikatan itu ke atas menutupi setiap luka di badan Suga.

Namjoon membaringkan badan Suga yang didudukkan mereka untuk membalut luka parutnya yang kembali berdarah itu sebentar tadi secara perlahan-lahan ke atas katil.

Jungkook dan Jimin masih bertukar jelingan maut sesama mereka. Lantai yang mempunyai kesan darah itu di mop Jungkook.

Jimin mengangkat toto dan bantal yang terkena darah itu keluar dari bilik menuju ke tempat laundry Taehyung berdekatan dapur.

Taehyung membuntuti langkah Jimin dengan membawa kain yang digunakan untuk membersihkan darah dibadan Suga sebentar tadi.

Jungkook yang sudah siap mengemop lantai untuk kali ketiga itu berjalan keluar dari bilik untuk mencuci dan meletakkan mop itu di bilik air Taehyung berdekatan dapur.

Meninggalkan Namjoon sendirian bersama Suga yang tidak sedarkan diri. Namjoon memandang Suga yang nyenyak tidur itu.

"Haih.. Syukur Jimin sempat mengelak" keluh Namjoon.

"Kalau tak, pisang mesti dah berbuah dua kali"

"And kau"

"Akan makin menjauh dari kitaorang"

"Aku taknak kau semakin terseksa" sayu Namjoon berkata. Air mata yang bergenang itu dikesat. Peristiwa hitam yang datang menjengah fikiran ditolak ketepi.

Perit.

Perit bagi Namjoon mengingati peristiwa itu. Dia kehilangan dua orang sahabat selepas peristiwa hitam itu.

Seorang berada di tempat yang jauh. Tersangat jauh sehinggakan dia tidak mampu menemuinya lagi walaupun dia cuba sedaya upaya.

Seorang lagi berada sangat dekat dengannya, tetapi tidak dapat didekati. Sahabat yang semakin menjauh dari hari ke hari.

Namun, dia tidak berputus asa untuk membantu sahabatnya yang sesat dalam dunianya sendiri setiap hari. Meskipun ditolak, dimaki, dan dipukul. Dia tidak sanggup kehilangan seorang lagi sahabat sejak kecilnya itu.

"Kau okay tak?"

Lamunan Namjoon terhenti apabila ditegur Jungkook yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

Namjoon menggelengkan sedikit kepalanya menyedarkan diri dari terus hanyut dalam lamunan sendiri. Badan dipusingkan menghadap Jungkook yang sedang menghenyakkan punggungnya ke atas katil Suga itu.

"ah.. Aku okay ja" jawab Namjoon tersenyum pahit.

"Kau teringat seok?"

Namjoon mengalihkan pandangannya dari Jungkook. Kepala ditundukkan kemudian diangkat kembali. Nafas berat dihembus.

"Sikit" jawab Namjoon.

Jungkook hanya memerhati Namjoon yang tersenyum kepadanya. Senyuman yang menyimpan seribu kesakitan.

dan seribu rahsia.

Jungkook memandang Suga.

Pisang apa yang akan berbuah dua kali?

Soalan Jungkook itu terbantut dimindanya. Tidak terkeluar dari mulutnya untuk bertanya kepada Namjoon apa yang didengarinya sebentar tadi. Tidak mahu dikatakan biadap kerana mencuri dengar luahan hati Namjoon.

Kim Namjoon.

Lelaki yang menyimpan banyak rahsia dari mereka.

Rahsia yang sangat hitam.

Sangat hitam sehinggakan mereka tidak tahu.

Apa sebenarnya yang terjadi

Kepada Min Yoongi

dan

Jung Hoseok

Hanya Kim Namjoon seorang sahaja

Yang tahu

Segalanya.

- TBC -

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okayla saya takpandai sangat describe bunyi benda orang so harap faham.

Thanks baca sampai sini.

So finallyyyy

Seok dah direvealkan hekhek.

Bukan Seokjin tetapi Hoseok.

Okayla jumpa next chapter bye. Jangan lupa vote&comments

[𝐂] The Curse || MYGUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum