- Happy Ever After -

260 10 0
                                    

Sally mengintai di ruang yang terdapat di antara tingkap bilik tersebut dan seperti yang di jangka, Rayyan akhirnya muncul di situ.

"Ni mesti Zack yang bagitau dia ni." Kata Sally lalu dia menggengam kedua tangannya dengan kuat.

"A..apa kita nak buat ni Sally? aku tak nak masuk lokap." Kata Lily yang sudah mula menggelabah dan ketakutan.

"Kita takkan masuk lokap, aku ada plan.Nah! kau pegang pistol ni jap." Hulurnya kepada Lily.

"What! No!" Jawab Lily tidak mahu.

"Kau kata kau tak nak masuk lokap, so buat jelah apa yang aku suruh ni!" Tengking Sally.

"Ok..ok." Dalam keadaan begitu, Lily terpaksa akur dengan setiap arahan Sally. 

Sally pula memaksa Eryka untuk bangun walaupun dia tahu yang Eryka tidak mampu untuk bangun.

"Bangun!" Paksa Sally sambil menarik tangan Eryka.

Manakala Eryka pula sedang meronta kesakitan.

Kemudian mereka berdua mengheret Eryka sehingga ke luar dan berhadapan dengan semua anggota polis dan Rayyan.

Rayyan melihat keadaan Eryka yang begitu parah sekali.Air matanya mula mengalir apabila melihat keadaan isterinya seperti itu.

"Letakkan senjata anda!" Arah salah seorang daripada anggota polis tersebut.

Sally dengan pantas mengambil pistol daripada tangan Lily dan mengacukannya di kepala Eryka.

"No! Sally! What do you want!" Teriak Rayyan dari jauh.

"I want you!" Balas Sally sambil teriak.

"Sudahlah tu Sally.Janganlah buat Eryka macam tu.Dia tak salah,yang salah I." Beritahu Rayyan sambil merayu. Tidak sanggup lagi dia melihat isterinya itu sedang terseksa.

"I penat pujuk Daddy you supaya you kerja dekat New York and I ingat you will forget about her,tapi you semakin cintakan dia." Kata Sally kepada Rayyan.

"So,you are the one yang buatkan I pindah dekat New York." Kemarahan Rayyan mula meggelegak tetapi di tahan sahaja.

"Yup,sebab I nak bersama dengan you and replace her in your heart but still I can't and I have no other choice to do this." Kata Sally lagi.

Rayyan melepaskan keluhan berat lalu dia memandang ke arah Lily. "You too?" Soal Rayyan dengan nada yang begitu kecewa sekali. Tidak dia sangka bahawa sepupu Eryka sendiri juga bersubahat untuk menyakiti isterinya itu.

"I'm...sorry.." Kata Lily sambil menundukkan wajahnya serba salah.

"Now, you nak ikut I or you nak I bunuh dia?" Soal Sally sambil tersenyum jahat.

Eryka memandang ke arah kedua mata milik Rayyan dengan keadaannya yang sangat lemah ketika itu dan Rayyan juga turut begitu.

"I..I..L..ove you." Ucap Eryka terhadap Rayyan dengan hanya menggerakkan bibirnya sahaja tanpa suara, oleh kerana keadaannya yang begitu lemah sekali.

Tetapi Eryka masih tidak berputus asa untuk melepaskan dirinya dari genggaman Sally.

Eryka mengumpulkan saki baki tenaga yang masih ada dalam dirinya dan kemudian dia menolak Sally dan cuba untuk berlari ke arah Rayyan,tetapi belum sempat Eryka sampai ke sana,dia sudah rebah terlebih dahulu oleh kerana tembakkan daripada Sally.

"ERYKA!!!!" Teriak Rayyan sambil menyambut Eryka yang rebah ke atas pangkuannya.

---

Di Dalam Ambulan...

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu