- Perkara Sebenar -

182 8 0
                                    

Kerisauan dan penyesalan mula menghantui Rayyan ketika itu.Air matanya mula mengalir dan kedua tanggannya mula menutup mukanya.Manakala,Fauziah pula duduk disebelah Rayyan di atas sofa yang berada di ruang tamunya itu.

"Rayyan tak sepatutnya tinggi suara dekat Ery.Rayyan tau kan yang dia buat tu semuanya bersebab." Beritahu Fauziah sambil melihat menantunya yang sedang bersedih.

"Rayyan tau...tapi Rayyan terlampau ikutkan hati Rayyan.Rayyan tak boleh tengok dia dengan lelaki lain sebab Rayyan takut kalau Rayyan kehilangan dia lagi." Terang Rayyan dengan air matanya yang masih lagi mengalir membasahi pipinya.

"Ibu tahu...tapi Rayyan kena kurangkan sikit perasaan cemburu tu,cuba untuk kawal perasaan tu.Ery pergi hospital jaga Zack bukan saja-saja.Lagipun,Zack dah selamatkan dia daripada kemalangan tu." Beritahu Fauziah lagi.

Rayyan melepaskan keluhan berat. "Rayyan tak boleh duduk diam...Rayyan kena pergi cari dia." Kata Rayyan lalu dia bangun daripada tempatnya tetapi dihalang oleh Fauziah dengan menarik pergelangan tangan Rayyan.

"Ibu rasa better kalau bagi Ery time sikit.Lagipun,Rayyan baru balik kan.Pergilah rehat dulu lepastu esok baru cari dia." Kata Fauziah.

Lama Rayyan berdiam dan beberapa minit selepas itu dia setuju dengan apa yang ibu mertuanya itu katakan.

"I'm sorry..."   Bisik hati kecil Rayyan.


---

Eryka membuka matanya perlahan-lahan dan melihat sekelilingnya dan dia mendapati dia berada di dalam bilik yang sangat gelap.Eryka mula berasa takut.Dia ingin pergi dari situ,tetapi sayangnya tangan Eryka diikat dengan sangat ketat pada belakang tempat duduknya itu.Eryka meronta-ronta untuk melepaskan tali ikatannya itu,tetapi dia tidak berdaya.

Sedang Eryka sibuk meronta-ronta untuk melepaskan dirinya,tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik tersebut terbuka dan dengan pantas dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu tersebut.Tetapi,apa yang paling dia tidak menyangka apabila orang itu adalah orang yang sangat dia kenali.

"Dah bangun rupanya." Kata orang tersebut sambil mengukir senyuman sinis terhadap Eryka.

"Kau!" Kata Eryka terkejut.


---

Selepas menunaikan solat subuh,Rayyan dengan segera bersiap untuk pergi mencari isteri kesayangannya.

"Rayyan dah nak pergi?" Soal Fauziah yang tiba-tiba muncul di situ.

"Haah..Rayyan nak pergi cari Ery." Balas Rayyan sayu.

"Nanti kalau dah jumpa dia,bincang elok-elok.Jangan gaduh-gaduh lagi.Jaga anak ibu tu." Pesan Fauziah.

"Baik ibu.Rayyan minta maaf sebab selalu sakitkan hati anak ibu." Kata Rayyan.

"Manusia tak semuanya sempurna Rayyan dan tak semua rumah tangga tu selalu bahagia.Nak kekalkan sebuah perkahwinan tu is not easy.Saling mengalah,memaafi dan memahami adalah kunci kebahagian dalam rumah tangga.Yang paling penting,cintakan dia kerana Allah.Insya Allah..bahagia dunia dan akhirat." Nasihat Fauziah kepada Rayyan.

"Terima kasih ibu.Okla ibu,i'd better go now." Kata Rayyan kemudian dia menyalam kedua tangan ibu mertuanya itu.

"Hati-hati." Pesan Fauziah kepada Rayyan.


---

Di Hospital...

Sebelum Rayyan pergi melawat Zack,dia berhenti di sebuah gerai untuk membeli buah-buahan sebagai buah tangan untuk Zack.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now