-Aku Benci Kau!-

239 19 0
                                    

Setelah habis kelas,Eryka dan Erlyna bercadang untuk makan tengahari di restoran mamak yang hampir setiap hari mereka kunjungi untuk menjamu selera. "Dah lama betul kita tak pergi makan dekat kedai favourite kita kan." Beritahu Eryka sambil tersenyum.

"Memanglah.Kita kan dah dua bulan cuti...memanglah dah lama giler tak makan situ.Aku pon dah rindu gile nak pergi lepak and makan situ." Beritahu Erlyna yang sependapat dengan Eryka itu.

"Kan..hehe!!" Eryka tertawa.

"Seronoknye ketawa." Eryka terus berhenti tertawa sebaik sahaja mendengar suara itu.Dia terus menoleh untuk melihat pemilik kepada suara itu.

"Jangan happy sangat...nanti menangis pula." Kata pelajar baru tersebut sebaik sahaja Eryka menoleh ke arahnya.

"Eh! Hai." Sapa pelajar baru tersebut sambil mengukirkan senyuman terhadap Erlyna.Erlyna hanya membalas senyuman manis pelajar baru tersebut.

Apabila pandangannya beralih kepada Eryka,riak wajahnya terus berubah kepada yang asal iaitu wajah dinginnya yang membuatkan Eryka ingin sahaja menamparnya.

Terbuka sahaja pintu lif tersebut,pelajar baru itu terus berlalu daripada situ meninggalkan mereka berdua.

"Hisshhhh!!! Geramnya aku dengan dia tu!!! Apa masalah dia ha? Kena ke buat muka macam tu bila tengok aku? Serius aku menyampah gile dengan dia tu." Luah Eryka sedikit menjerit kerana geram.

"Aku pun tak faham apa kena dengan si Rayyan tu.Tapi dia okey je dengan orang lain." Terang Erlyna cuba untuk menenangkan Eryka.

"Rayyan ha....humph! Nama tak kena langsung dengan perangai." Marah Eryka lagi.

"Sabarlah Eryka.Maybe dia ada sebab kot." Erlyna mereka alasan lagi untuk memujuk hati Eryka.

"Sebab apa? Sebab nak sakitkan hati aku.Dahlah...malas aku nak fikir.Aku nak pergi makan." Rungut Eryka dengan rasa marah yang membara di dalam hatinya.

'Aku benci kau Rayyan!' Teriaknya dalam hati.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now