-Kenapa Aku?-

244 11 0
                                    

Di Restoran Mamak.....

"Wey...Eryka! Kau dah siap lab report untuk instrumentation?" Tanya Erlyna sambil selepas itu menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Sudah! Tinggal nak hantar je kejap lagi." Balas Eryka sambil menyedut sedikit teh ais nya.

"Wah! Seronoknya dah siap.Aku tak siap lagi lah." Erlyna melepaskan keluhan.

"Siapkanlah,kan ada masa lagi ni." Jawab Eryka selamba.

"Kau tolong aku boleh? Aku tak taulah nak buat bahagian perbincangan tu macam mana." Pinta Erlyna.

"Yang mana?" Soal Eryka.

"Yang ni ha." Erlyna menunjukkan kerja yang tidak disiapkannya kepada Eryka dan Eryka membantu Erlyna menyiapkannya.

Di dalam kelas...

"Okey guys! Dengar sini...aku ada pengumuman nak diberitahu dekat you guys semua." Kata salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut dimana dia pernah menjadi ketua kelas untuk semesta satu.

"Ada apa Man?" Tanya salah seorang daripada mereka semua.Semua pandangan tertumpu kepada Aiman.

"Aku rasa..aku nak bagi jawatan ketua dekat orang lain pula lah." Beritahu Aiman selamba.

"Apasal pula?" Soal Zana iaitu bendahari di dalam kelas mereka.

"Aku dah penat lah.Tak larat aku nak jadi ketua lagi." Aiman memberi alasan.

"Hmm..aku pon sama." Celah Sara iaitu penolong kepada Aiman.

"Aku pon nak tengok juga orang lain jadi ketua and penolong." Beritahu Sara lagi.

"Haah..aku pon sama." Aiman menyokong pendapat Sara.

"Hmmm...kalau macam tu...korang berdua rasa siapa yang layak jadi ketua and penolong?" Soal Erlyna kepada mereka berdua.

Setelah mendengar itu,pandangan Aiman mula mengerling kepada semua pelajar di dalam kelasnya satu persatu.
"Ha! Rayyan! Kau nak jadi ketua kelas?" Soal Aiman dan semua pelajar di dalam kelas tersebut memandang Rayyan.

"Hmm...boleh,tapi penolong biar aku yang pilih sendiri." Katanya berserta dengan gaya dingin yang membuatkannya kelihatan hensem.

"Ha! Boleh-boleh!" Angguk Aiman laju sambil mengukir senyuman riang.

"Cepatlah pilih penolong." Pinta Sara sambil memandang Rayyan.

Hampir semua pelajar perempuan kelihatan begitu teruja sekali kerana mereka hendak mengetahui siapakan gerangan yang bakal mendapat jawatan itu dan yang akan sentiasa berada di samping Rayyan.Manakala Eryka pula tidak mengambil tahu langsung,malah dia lagi sedang leka bermain telefon pintarnya itu.

Rayyan seakan-akan sudah tahu akan siapa dia bakal memilih untuk menjadi penolongnya.Kedua matanya tertumpu kepada seseorang yang dia paling kenali sekali di dalam kelas tersebut. "Aku pilih...Eryka!" Beritahunya sambil jari telunjuknya diarahkan kepada Eryka.

Riak wajah Eryka bertukar serta merta apabila mendengar namanya dipanggil.Pandangannya terus beralih kearah Rayyan.

"Kenapa aku? Aku tak naklah." Bantah Eryka.

"Tapi kau kena juga jadi penolong aku.If not,aku takkan jadi ketua kelas." Ugut Rayyan sambil mengukir senyuman jahatnya.

"Alaaa!! Boleh lah Eryka.Untuk semesta ni je pun jadilah." Rayu Aiman.

"Pilih lah orang lain.Aku tetap tak nak." Eryka mempertahankan keputusannya.

"Bolehlah Eryka! Eryka! Eryka!" Nama Eryka dilaung oleh semua pelajar di dalam kelas tersebut agar Eryka boleh menjadi penolong kelas.Eryka semakin rimas dengan situasi tersebut.

"Yelah-yelah,aku jadi penolong." Kata Eryka terpaksa sambil memandang Rayyan dengan pandangan tidak puas hati.

Rayyan hanya tersenyum nakal apabila akhirnya Eryka menerima untuk menjadi penolong ketua kelas di dalam kelas tersebut.

"Yeay!!" Semua pelajar di dalam kelas tersebut bersorak untuk mereka berdua.Rayyan hanya tersenyum manakala Eryka hanya melepaskan keluhan.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now