-Siapa Kau Sebenarnya?-

172 10 0
                                    

"Bila makngah sampai?" Soal Eryka sambil turun daripada buaian tersebut.

"Hmph! Kau lupa ke...aku duduk sini kan.Baru berapa hari aku takda,dah macam-macam jadi." Tuduh Leha melulu tanpa sebarang bukti.

"Apa maksud makngah?" Soal Eryka yang masih lagi tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh makciknya itu.

"Ni...apa yang Rayyan buat dekat sini?" Soal Leha sambil jari telunjuknya ditujukan kepada Rayyan.

"Eh! sekejap...macam mana makcik boleh kenal Rayyan?" Soal Eryka hairan.Setahunya,dia tidak pernah bawa Rayyan berjumpa dengan makciknya itu.Sudahlah dia baru sahaja mengenali Rayyan.

"Apa yang bising-bising ni?" Celah Fauziah yang tiba-tiba sahaja muncul disitu.

"Oh! kau balik ke.Aku ingatkan kau dah lupa mana asal usul kau." Perli Leha sambil menyilangkan kedua belah tangannya.

"Apa maksud angah ni? Along tak balik sebab along ada sesuatu yang nak kena buat dekat KL tu.Lagipun,along tak pernah lupa untuk telefon mak dan along juga selalu bank in duit kan.Apa yang angah tak puas hati lagi ni ha." Luah Fauziah.Dia semakin geram dengan sikap adiknya.Sudahlah tidak hormatinya sebagai seorang kakak.

"Eh! setakat call and bagi duit,tak mencukupilah long." Jawabnya lagi.

"Eleh...makngah duduk sini pun sebab makngah takda rumah kan.Kalau tidak,Ery rasa makngah jejak kaki dekat rumah ni pun tak ingin agaknya." Perli Eryka untuk membela ibunya.

"Eh! kau diam ek.Hormat sikit,aku ni makcik kau." Marah Leha terhadap Eryka.

"Sudahlah tu.Tau tak kita ni ada tetamu.Kawan along ada dekat dalam tau.Jangan nak buat kecoh lagi boleh tak.Tak manis Rayyan pandang.Rayyan kan tetamu kita." Pinta Fauziah.Dia tidak mahu Siti dan Rayyan berasa tidak selesa dengan sikap adiknya itu.

"Oh! mentang-mentanglah dia ni anak dato and yang kawan kau tu datin,kau nak suruh aku behave lah." Jawab Leha lagi.

"A....anak dato." Eryka terkedu buat seketika.Mana mungkin Rayyan itu anak dato.Eryka memandang Rayyan yang berada disebelahnya itu.Manakala Rayyan pula melakukan hal yang sama.

"Aku minta maaf sebab tak bagitau kau." Ucap Rayyan sambil memandang kedua mata milik Eryka.

"Siapa kau sebenarnya?" Soal Eryka yang masih keliru dengan status Rayyan itu.

Rayyan hanya mendiamkan diri kerana dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya terhadap Eryka.

----------------------------------------------^^^^^^^^^^^^^^^^^--------------------------------------------------

Setelah mereka berhenti daripada berkelahi,Fauziah dan Leha masuk ke dalam rumah dan manakala Rayyan dan Eryka masih lagi di luar.

"Explain now." Suruh Eryka sambil merenung kedua mata Rayyan untuk mengetahui segala jawapan dari mulut Rayyan.

"First,aku memang anak dato and mak aku datin.Mak aku and mak kau dah lama kenal sejak diorang sekolah lagi.Dulu kita pernah jumpa,tapi time tu umur kita baru lapan tahun.Dua bulan selepas tu,aku dengan family aku terpaksa berpindah dekat luar negara sebab papa aku ada buka cawangan syarikat dekat sana.Aku duduk dekat Australia selama enam tahun and lepas tu aku dengan family aku balik Malaysia and papa aku uruskan syarikat dia dekat sini.Lepasni,aku aku mungkin akan ambil alih tempat papa aku." Terang Rayyan kepada Eryka.Eryka hanya mendengarnya dengan fokus.

"Habistu,kalau kau bakal ganti tempat papa kau dekat syarikat tu,kenapa kau ambil bidang perubatan,kenapa tak ambil diploma management?" Soal Eryka hairan.

"Sebab aku minat bidang tu.Aku ganti tempat papa aku sebab aku terpaksa and aku tak sampai hati tengok papa aku bersedih.Lagipun,aku satu-satunya anak yang dia ada and aku anak tunggal.So,I have to." Jelas Rayyan lagi sambil menghela nafas panjang.

"Oh." Jawab Eryka ringkas.

"So,sekarang kau dah faham?" Soal Rayyan.

Eryka hanya menganggukkan kepalanya tanda dia mengerti.

"Oklah,aku nak masuk dalam dulu.Nak tidur.Good night." Ucap Eryka lalu dia pergi meninggalkan Rayyan.

'Good night too.' Jawabnya dalam hati sambil diukir senyuman.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now