-Aku Terima-

170 8 0
                                    

"Kenapa Eryka pergi naik bilik dia, Rayyan?" Soal Fauziah sebaik sahaja kelihatan anaknya itu bersikap sedikit aneh.

"Emmm...dia just terkejut sikit bila tau pasal ni." Jawab Rayyan dengan raut wajahnya kelihatan sedikit serba salah.

"Salah makcik juga sebab tak bagitau dia lagi pasal ni.Rayyan jangan risau ye...nanti makcik cuba slow talk dengan dia." Beritahu Fauziah kepada Rayyan dan itu membuatkan Rayyan berasa sedikit tenang.

"Saya minta maaf kalau saya susahkan makcik." Beritahu Rayyan.

"Eh! Mana ada susah.Ini pun untuk kebaikan dia juga.Lagipun,Rayyan dengan Eryka ok kan?" Soal Fauziah.Fauziah masih lagi tidak tahu akan apa yang terjadi diantara Eryka dan Rayyan.Dia masih menyangka bahawa perhubungan Rayyan dan Eryka hanya baik-baik sahaja.

Di bilik Eryka.....

Agak lama juga Eryka menangis.Sedar tidak sedar,malam sudah pun menjelma.Eryka membuka jendela di dalam kamarnya itu untuk melihat sinaran bulan yang sangat cantik pada malam itu.Eryka merenung bulan tersebut,terasa sedikit tenang hatinya setelah melihat kecantikkan cahaya bulan tersebut.

Eryka melepaskan keluhan berat.

"Patut ke aku kawin dengan dia?" Soal Eryka sendirian sambil pandangannya masih lagi merenung bintang-bintang yang megelilingi bulan di langit malam itu.

Tock! Tock!

Ketukkan di pintu bilik mematikan lamunanya buat seketika.

"Boleh ibu masuk?" Tanya Fauziah sambil melihat anaknya itu dari sudut pintu yang dibukanya sedikit.

"Masuklah." Jawab Eryka sambil mengalihkan pandangannya kepada ibunya.

"Ery ok ke ni?" Soal Fauziah sambil duduk di atas katil bersebelahan dengan Eryka.

"Ibu nak myra kawin dengan Rayyan ke?" Soal Eryka mengejut.

"Ibu buat macam ni untuk kebaikkan Ery juga.Ibu tak nak Ery pergi belajar sorang-sorang dekat Korea tu.At least,kalau Ery kahwin dengan Rayyan tu...Rayyan boleh tengok-tengokkan Ery." Jelas Fauziah kepada anaknya itu.

"Tapi...Ery boleh bawak ibu pergi sana duduk dengan Ery."

"Takkanlah ibu nak duduk sana Ery.Ibu dah biasa duduk sini,lepastu tiba-tiba Ery suruh ibu duduk sana sorang-sorang.Ery nanti mesti busy.Habistu nanti ibu nak berborak dengan siapa?" Bebel Fauziah panjang lebar.Ada benarnya juga kata ibu Eryka itu.

Eryka terdiam buat seketika.Dia menarik nafas lalu menghembuskannya.

"Ok...Ery akan kahwin dengan dia.Tapi,Ery buat semua ni untuk ibu okey." Beritahu Eryka dengan senyumannya yang dibuat-buat.

5 hari kemudian....

Pantas masa berlalu,tanpa disedari sahabat Eryka iaitu Umairah telah melangsungkan perkahwinannya pada hari itu.

Eryka mengenakan baju kebaya yang berwana merah jambu dan bertudung berwarna pink belacan.Eryka bersolek sedikit tebal pada hari itu.Biasalah kenduri kahwin kan...of course le kene makeup tebal💁‍♀️.

"Ibu myra pergi dulu." Beritahu sambil menyalam kedua tangan milik ibunya itu.

"Hati-hati ok." Pesan Fauziah terhadapnya anaknya sambil mengukir senyuman.

"Ok...bye." Eryka menuju ke pintu rumahnya.Dia memusingkan tombol pintu tersebut dan membukanya.

"Opocot!!" Alangkah terkejutnya Eryka apabila mendapati bahawa Rayyan sudah berada dihadapan pintu rumahnya.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now