-CEO!-

176 8 1
                                    

Akhirnya,hari sabtu telah pun tiba.Pada hujung minggu,Eryka selalu menghabiskan masanya bersama keluarga,sahabat baiknya serta tidak lupa juga untuk menyiapkan kerja rumahnya.

"Assignment semua dah siap.Study pun dah.Nak buat apa lagi ek?" Eryka berfikir sambil direnung komputer riba dihadapannya itu.

"Hmmm...nak ajak Keyla dengan Wahida keluarlah." Eryka dengan segera mencapai telefon bimbit yang berada di sebelahnya lalu menekan nombor telefon dua sahabat karibnya itu.

"Hello! korang." Katanya dengan begitu ceria sekali.Sudah agak lama Eryka tidak bersemuka dengan mereka berdua.Perasaan rindu terhadap mereka berdua,terasa semakin menebal di dalam hati Eryka.

"Wey! dah lama aku tak jumpa kau Eryka.Kau apa khabar? sihat?" Soal Keyla yang turut teruja apabila dapat mendengar suara Eryka.

"Aku sihat.Kau?" Soal Eryka kembali.

"Aku pun sihat juga.Wahida,kau sihat?" Soal Keyla pula terhadap Wahidah.

"Alhamdulillah,aku pun sihat." Balas Wahidah yang turut sama teruja.

"Aku call korang ni sebenarnya aku nak ajak korang keluar pergi mall.Shopping-shopping like always." Kata Eryka dengan nada gedik yang dibuatnya sekali.

"Haah lah kan.Memandangkan kita bertiga pun dah lama tak jumpa.Ok juga kalau kita keluar shopping." Kata Keyla setuju dengan cadangan Eryka.

"Aku pun ok je." Wahida juga setuju.

"So,korang free time bila?" Soal Eryka lagi.

"Esok aku rasa aku free.Kau Wahida,free tak?" Soal Keyla terhadap Wahida.

"Aku pun free." Jawabnya.

"Eh! kebetulan pula." Kata Keyla lalu mereka tertawa.

"Kalau hari ni,korang tak free?"

"Aku hari ni tak free lah.Aku kena ikut mak aku beli barang dapur kejap lagi." Jawab Keyla.

"Aku pun sama.Ada kerja sedikit yang nak kena siapkan." Begitu juga dengan Wahida.

"Hmmm..esok pon,esoklah.Asalkan kita jumpa!" Kata Eryka teruja sambil sedikit menjerit disebabkan oleh perasaan teruja yang tidak tahu bagaimana hendak dikatakan.

"Yeah! of course lah and yang paling penting kita...."

"Shopping!!!" Sahut mereka bertiga serentak lalu mereka tertawa bersama.

------------------------------------^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^-----------------------------

Pada petang itu,Eryka hanya menonton TV di ruang tamu rumahnya itu.

"Nak tengok drama apa ek petang-petang ni?" Soalnya sendirian.Dia mencapai alat kawalan jauh TV yang terdapat disebelah lalu menekan butang yang terdapat pada alat kawalan jauh tersebut.

"Alaaaaa....takda ceritalah pula petang-petang ni.Emmm..." Ngeluh Eryka.

Ring! Ring!

Telefon Eryka berdering.Eryka melihat telefonnya itu untuk mengetahui siapa yang menelefonnya pada petang itu.

'Rayyan? apasal dia call aku ni?' Tertanya-tanya Eryka di dalam hati sambil melihat skrin yang terpapar nama Rayyan itu.Eryka kemudiannya menekan butang untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello! dah kenapa kau call aku time cuti macam ni?" Soal Eryka dengan nada sedikit tegas.

"Aku dekat luar ni.Cepat siap.Aku nak bawa kau pergi satu tempat." Jawab Rayyan dengan nada selamba.

"Ha! kau dekat depan rumah aku.T...tapi kau nak bawa aku pergi ma..." Belum sempat Eryka menghabiskan kata-katanya,Rayyan sudah mematikan panggilan tersebut.

"Hishhh dia ni kan.Kalau tak buat aku marah memang tak sah." Katanya dengan perasaan geram yang sedang menggunung dalam hatinya.

Dua puluh minit kemudian....

Eryka keluar daripada rumahnya.Dia mengunci pintu rumahnya sebelum dia keluar daripada rumah.Eryka kemudian menoleh memandang Rayyan dengan pandangan tajam yang dipenuhi dengan rasa tidak puas hatinya terhadap Rayyan.

Eryka membuka pintu kereta Rayyan dan setelah dia masuk ke dalam,Eryka menutup pintu keretanya dengan sedikit kasar.

"Tutup slow sikit tak boleh ke?" Marah Rayyan terhadap Eryka.

"Dah tu,siapa suruh kau datang rumah aku mengejut macam ni? dah lah suruh aku siap bagai.Terpaksa pula tu." Eryka membalas semula setiap kata-kata Rayyan tersebut tanpa menoleh memandang Rayyan sambil tanggannya disilang.

"Hmmpp...suka hati kaulah." Balas Rayyan.Malas Rayyan hendak bertengkar dengan Eryka.Rayyan kemudian memulakan pemanduannya.

Lama kemudian,Eryka sedikit menjeling memandang Rayyan.

'Apasal hari ni dia nampak hensem semacam ha? ke aku ni yang buta.' Katanya dalam hati lalu dia mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.

"Kalau nak cakap aku hensem,cakap jelah." Kata Rayyan selamba sambil pandangannya masih lagi fokus memandang kehadapan.

'Eh! dia ni macam tau-tau je apa yang aku tengah cakap.' Katanya dalam hati.Terkejut apabila mendengar kata-kata daripada Rayyyan itu.

"Takda maknanya aku nak cakap kau hensem.Dahla selalu cari pasal.Memang taklah aku nak puji kau." Eryka memberi alasan agar Rayyan tidak salah faham dengannya.Sedangkan dalam hati Eryka,hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaannya tika itu.

"Hmmm...yelah tu." Jawab Rayyan ringkas.

--------------------------------^^^^^^^^^^^^^^^^^^^---------------------------------------------

"Kita dah sampai." Beritahu Rayyan setelah di memarking kan keretanya.

"Kita dekat mana ni?" Tanya Eryka sambil melihat tempat tersebut dari dalam kereta.

"Kita sekarang dekat bangunan Berjaya Holdings." Jawab Rayyan lalu dia membuka pintu keretanya untuk keluar.

"So,kita buat apa dekat sini?" Soal Eryka hairan.

"Aku ada kerja sikit nak buat.So,kau tunggu aku habis kerja sekejap."

"Eh! kau...kau kerja dekat sini?" Soal Eryka ingin kepastian.

"Haah."

"Sebagai apa?" Soal Eryka lagi ingin tahu.

"Kau ikut je aku.Nanti kau taulah." Jawabnya sambil memakai cermin mata hitamnya dengan gaya yang menampakkan lagi kekacakkannya itu.

"Eleh! berlagak hensem konon." Bisik Eryka memerli Rayyan.

"I heard that." Beritahu Rayyan terhadap Eryka.

"Ishhh...dengar pula dia.Hmmp." Kata Eryka geram.Dia hanya berjalan dari belakang mengikuti Rayyan ke pejabatnya.

Beberapa minit kemudian,akhirnya mereka berdua sampai juga di pejabat Rayyan.

'Agaknya apa jawatan dia kat sini ek?' Soal Eryka dalam hatinya hairan.

"Ok kita dah sampai." Beritahu Rayyan sambil membuka pintu pejabatnya.

Eryka melihat tulisan jawatan yang tertera dihadapan pintu pejabat Rayyan tersebut.

"CEO! Ha! Impossible." Erika sedikit teriak sehinggakan Rayyan mendengarnya.

"Why? terkejut?" Soal Rayyan sambil menarik kerusinya lalu duduk.

"Hmmphh! takda maknanyalah." Nafi Erika.

"Iyelah tu." Balas Rayyan lalu dia membuka laptopnya untuk menyiapkan sedikit kerjanya yang tertangguh.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now