-She's Mine!-

227 10 0
                                    

"Kau masih ingatkan dia lagi ke?" Soal Rayyan yang sedang berdiri disitu dengan riak wajah dinginnya.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Tanya Eryka sambil mengesat air matanya.

"Aku kebetulan lalu dekat sini."

"Oh.." Balas Eryka ringkas.Dia seakan-akan hilang semangat untuknya berbual dengan Rayyan.

"Satu je aku nak pesan dekat kau.Jangan sesekali ingat dekat orang yang pernah sakiti hati kau sebelum ni." Pesan Rayyan.Setelah itu,dia berlalu dari situ meninggalkan Eryka.

Keesokkan paginya,Eryka bangun pada awal pagi untuk menyiapkan sarapan.Sedang dia sibuk menyiapkan hidangan pada pagi itu,tiba-tiba sahaja ada beberapa ketukan di pintu rumah kampungnya yang membuatkan Eryka berhenti memasak buat seketika.Eryka pergi ke hadapan untuk membuka pintu.

Eryka membuka pintu tersebut dan dia mendapati bahawa Adam yang datang ke rumahnya pada pagi itu.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Soal Eryka yang sedikit terperanjat.

"Kau lupa ke? aku pun ada rumah dekat sini juga.Kan kita satu sekolah dulu." Beritahu Adam untuk mengingati Eryka.

"Habistu...apa kena mengena dengan kehadiran kau ke sini?" Soal Eryka sambil menyilangkan tangannya dan bersandar di tepi pintu tersebut.

"A...aku nak datang tengok kau lah." Jawab Adam sambil mengukir senyuman.

"Siapa tu wey?" Tanya Rayyan yang baru sahaja terjaga dari lenanya sambil menggosok-gosok mata sebelah kananya.

"Adam." Jawab Eryka selamba tanpa memandang wajah Rayyan.

Rayyan berhenti daripada menggosok matanya dan memandang wajah Adam.

"A....apasal Rayyan ada dekat sini?" Soal Adam hairan.

"Mak dia kawan mak aku....so,semalam dia tidur sini." Terang Eryka dengan raut wajah malasnya.

"Oh...kenapa aku tak tau?" Soal Adam ingin mencari tajuk perbualan.

"Penting ke?" Soal Eryka selamba.

"Of course...i'm your friend." Jawabnya dengan penuh yakin.Tanpa dia sedari raut wajah Rayyan sudah bertukar.

"Friend ha?" Katanya sambil dijongketkan sedikit keningnya lalu di silang kedua tangannya.

"Yup and aku tahu yang Eryka masih cintakan aku lagi." Beritahunya lagi dengan penuh yakin dan kata-kata itu membuatkan Eryka semakin geram dan marah terhadapnya.

"Apa yang kau cakap ni ha? Kau dah tolak cinta aku and sekarang ko nak dekat aku pula.Kau ingat aku ni apa? Barang?" Luahnya sepenuh hati.Lalu dia pergi meninggalkan Adam dengan matanyanya yang mula bergenang dengan air mata.

"Eryka!" Panggil Adam.Langkahnya seperti ingin mengejar Eryka tetapi dihalang oleh Rayyan.

"Jangan halang aku lah." Marah Adam sambil menepis tangan Rayyan.

"Sudah-sudahlah tu kau permainkan perasaan dia.Dia pon ada hati juga." Nasihat Rayyan terhadap Adam.Tetapi Adam pura-pura tidak mendengarnya.

"Kau siapa nak halang aku bagai ni?" Soal Adam serius.

"She's mine!" Beritahu Rayyan selamba.

Adam tertawa setelah mendengar kenyataan dari Rayyan itu. "Kau tak payah nak beranganlah Rayyan.Aku taulah korang macam mana.Korang kan selalu gaduh,takkanlah Eryka boleh jatuh cinta dengan kau." Jawabnya lagi.

"Who's know right.Sekarang ni,baik kau pergi dari sini jelah." Rayyan menutup pintu rumah dengan selamba manakala Adam hanya menahan geram seperti biasa.

"Kenapa kau cakap macam tu dekat dia?" Soal Eryka yang sedang duduk di ruang tamu tanpa Rayyan sedari.

"Aku tak nak dia kacau kau lagi.That's why aku cakap macam tu.Kau jangan risau...aku takkan suka kau punya." Katanya selamba sambil tersenyum sinis kepada Eryka dan berlalu dari situ.

"Eh! Ada aku kisah ke dia suka aku ke tak.Aku pon benci kau ok." Bebelnya seorang diri sambil membuat wajah menyampahnya terhadap Rayyan.

----------------------^^^^^^^^^-----------------------

Pantas masa berlalu,sedar tidak sedar malam pun sudah menjelma.Pada malam yang indah itu,Eryka mengambil keputusan untuk mengambil angin malam di luar.Eryka membuka pintu rumah kampungnya itu,dia menuju ke buaian yang terdapat dia bawah pohon redang yang terdapat di hadapan rumah tersebut.Eryka duduk disitu sambil dedaun berguguran ditiup angin malam.Eryka menghayunkan buaian tersebut sambil pandangannya tertumpu pada bintang-bintang yang menghiasi langit di malam hari serta bulan yang menyinari kegelapan.

Eryka menghayun buaian sambil mengukir senyuman. 'Kalaulah setiap hari aku dipenuhi dengan ketenagan sebegini kan best.' Bisiknya dalam hati.

"Tengah fikir apa tu?" Soal Rayyan yang tiba-tiba hadir disitu.

"Eh! Kau ni,buat terkejut aku je." Marah Eryka yang sedang terkejut.

"Tulah...termenung lagi lama-lama,sampai aku dekat sini pun kau tak sedar." Jawab Rayyan selamba.

"Manalah aku tau.Kau pun satu,bagilah salam ke apa.Ni takda,terus-terus sergah macam tu je." Beritahu Eryka lagi.

"Hmm...yelah." Rayyan pergi di belakang Eryka.Dia memegang kedua pemegang yang terdapat pada buaian tersebut lalu dia menolaknya untuk Eryka.

"Eh! Dah kenapa kau?" Soal Eryka aneh.

"Diam jelah.Kau pandang je depan." Jawab Rayyan sambil menolak buaian tersebut.

Eryka hanya diam sahaja, malas dia ingin berbalah dengan lelaki tersebut.

"Amboi! Amboi! Bukan main lagi ye kau Ery." Tiba-tiba ada satu suara yang menyergah mereka dari belakang.Kedua-dua mereka menoleh untuk mengetahui pemilik suara tersebut.

"Makngah!" Kata Eryka terkejut dengan kehadiran makciknya disitu.

-----------------------^^^^^^^^------------------------
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
Hai! Saya harap korang semua suka dengan chapter kali ni sebab chapter kali ni ambil masa sikit untuk saya siapkan sebab susah sikit nak dapat ilham kali ni😜tapi alhamdulillah saya dapat siapkan juga.So,I hope that you guys will be enjoy reading this chapter and another chapter too!!!

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz