-Something Went Wrong?-

163 7 0
                                    

"Eh! Wait!" Kata Rayyan menahan Sally sambil merangkul lengannya.Tipulah kalau Eryka tidak terkejut dengan perbuatan Rayyan itu,tetapi dia hanya bersabar dan membiarkannya sahaja.

Rayyan menyelak sedikit lengan baju Sally,terdapat kesan torehan di lengannya.

"Kenapa dengan lengan you ni? Macam kene toreh?" Soal Rayyan yang sedikit khuatir.

Sally dengan pantas menarik tangannya dari genggaman Rayyan.

"Don't worry...it's nothing to be worried about." Kata Sally lalu dia masuk ke dalam kereta dan berlalu daripada situ.

💛💛💛

Sally hanya memandu tanpa berkata apa.Semakin lama,kereta yang dibawanya semakin laju dan tanpa di sedari air matanya mula mengalir.Dia menggengam 'stereng' memandunya dengan begitu kuat sekali.

"AAAAAAAAAAAAA!!!!!" Dengan tiba-tiba sahaja Sally menjerit dengan begitu kuat sekali.Segala rasa geram dan amarahnya dilepaskan tika itu.

Dalam masa yang sama juga dia tertawa sendiri.Tidak ubah seperti orang gila.

"Kau ingat...kau akan bahagia ke Rayyan? Bukan main kau ye rapat-rapat dengan Eryka.We'll see...sampai bila kau akan bertahan." Katanya sendiri.

Ring! Ring!

Telefon bimbit Sally tiba-tiba sahaja berdering,ikutkan hati memang Sally tidak mahu mengangkatnya,tetapi apabila dilihat pada skrin telefonnya sekali imbas,nama seseorang yang juga penting dalam hidupnya tertera di skrin telefon.

Sally memberhentikan keretanya di tepi dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello!" Jawab Sally sambil mengelap air matanya yang sedikit mengalir tadi.

"Hello? Are you ok Sally?" Soal lelaki tersebut.Dia seperti dapat membaca Sally ketika itu hanya daripada suaranya sahaja.

"I'm...ok." Jawab Sally ringkas.

"Ohh ok...you dekat mana? Kenapa you balik Malaysia tak bagitau I pun? I'm your best friend."

"Sorry Zack.I terlupa nak bagitau you." Jawab Sally mereka alasan.

"I nak jumpa you sekarang boleh? I dekat Cafe biasa yang selalu kita lepak dulu." Beritahu Zack.Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan kawan baiknya itu.

Zack sudah lama berkawan dengan Sally sejak mereka berumur 6 tahun sehinggalah mereka sambung belajar di universiti luar negara.Mereka terpisah sementara waktu kerana Sally mendapat kerja di New York iaitu berkerja sebagai pembantu peribadi kepada Rayyan.Segala kisah silam Sally,Zack tahu akan kesemuanya termasuk penyakit yang pernah Sally alami.

💛💛💛


Setelah Eryka selesai melakukan kerja rumahnya,dia pergi ke ruang tamu untuk menonton drama korea kegemarannya.Dalam masa yang sama,lama juga Rayyan memerhati Eryka yang daripada tadi diam seribu bahasa sejak kepergian Sally dari situ.Eryka juga langsung tidak menoleh melihat Rayyan walau sesaat.

"Wei!" Panggil Rayyan yang sedang duduk di atas sofa yang lain.

"Hmmp." Jawab Eryka ringkas sambil pandangannya masih lagi fokus menonton drama tersebut.

"Haih dia ni dah kenapa?" Rayyan mengeluh.Dia kemudiannya bangun daripada sofa tersebut dan duduk bersebelah Eryka.Dia bersila di atas sofa tersebut sambil menghadap Eryka lalu dia menongkatkan dagunya.

Eryka menggerakkan anak matanya perlahan-lahan ke arah Rayyan,tidak ubah seperti melihat hantu disebelahnya.Eryka memandangnya aneh lalu dijauhkan sedikit jaraknya dengan Rayyan.Tetapi malangnya Rayyan semakin mendekatinya.

"Kau ni dah kenapa? tak payahlah kacau aku nak tengok cerita korea ni!!!" Marah Eryka,kemudian dia menolak sedikit bahu Rayyan tetapi dengan tangkas Rayyan menangkap lengan Eryka lalu Rayyan tersenyum.

"Ishh...lepaslah!!" Marah Eryka tetapi Rayyan tetap tidak melepaskannya,malah dia lagi menarik Eryka dekat dengannya.

"Bagitau aku dulu,apasal kau senyap je dari tadi?" Soal Rayyan yang masih memegang lengan Eryka.

"Takda apa-apalah.Asal? aku nak senyap pun tak boleh?" Jawab Eryka yang sudah mula rasa sedikit rimas.

"Bagitau aku cepat,before I kiss you now...better you tell me." Ugut Rayyan sambil tersenyum nakal.

Eryka melepaskan keluhannya.Mahu atau tidak,dia terpaksa juga memberitahu Rayyan. "Aku just pelik je,kenapa tangan Sally ada parut,macam kene toreh je." Beritahu Eryka.

"Hmm...sebab tu je?" Soal Rayyan sambil menjongketkan sedikit keningnya.

"Yup." Jawab Eryka ringkas.

"Laaa....aku ingatkan kau jealous sebab aku pegang lengan Sally tadi." Kata Rayyan selamba.

"Eeeee....apahal pula aku nak jealous bagai." Nafi Eryka tetapi sebenarnya memang ada terselit sedikit rasa cemburu dalam hatinya.

Setelah itu,Eryka sambung menonton drama korea tersebut.

"Eeeeeeuuuuuwwww...." Geli Eryka apabila dia menonton 'kissing scene' dalam drama tersebut.Memang dari kecil Eryka tidak suka melihat scene seperti itu.Apabila tibanya scene seperti itu di dalam Drama yang ditontonnya,pasti Eryka akan menutup matanya.

"Kau dah kenapa?" Soal Rayyan sambil menoleh ke arah TV dihadapannya dan kemudian dia menoleh semula ke arah Eryka.

"Kau tak suka tengok scene macam tu ek?" Soal Rayyan.

"No! aku geli." Jawab Eryka.

"Seriesly? habistu macam mana aku nak cium kau nanti?" Usik Rayyan.

"NO WAYYY!!" Marah Eryka.

"If I want too?" Gurau Rayyan sambil mendekati Eryka.

"What the fish! tepilah! aku nak naik...malas aku layan kau." Marah Eryka,kemudian dia bangun daripada situ.

"Nak ikut!" Usik Rayyan.

"No!" Jerit Eryka dari atas lalu dia masuk ke biliknya,manakala Rayyan tersenyum melihat kerenah isterinya itu.

'Haih...susah betul kalau ada bini jual mahal ni.' Bisiknya dalam hati.Kini giliran Rayyan pula yang menonton Drama korea tersebut.

"Hmm..not bad.Best jugak cerita ni." Katanya sambil menonton Drama tersebut dengan fokus.

(*Hi! Korang.Sorrylah if chapter kali ni to short,but insya Allah...next chapter will be lagi best.I'll do my best ok😉Fighting!!!*)

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now