-Kekeliruan Di Antara Kita Berdua-

215 11 0
                                    

Eryka pulang ke rumah dengan riak wajah muramnya. 'Kenapa aku perlu jadi penolong dia? Kenapa aku? Aku benci dia!!' Teriak Eryka dalam hatinya.Eryka termenung buat seketika.Dia melontarkan pandangannya ke luar tingkap LRT.

"Mungkin ini salah satu dugaan buat aku.Aku mesti tabah dan sabar untuk menghadapi semua ni.Aku mesti lebih fokus dalam pelajaran aku sebab aku nak buktikan kepada seluruh keluarga aku yang aku boleh menjadi seorang ahli astrologi.Walaupun ianya kedengaran mustahil,tapi aku akan tetap mencuba." Bisiknya sendiri sambil tersenyum.

"Apa yang kau tersengih-sengih sorang-sorang ni." Tegur Rayyan sambil duduk bersebelahan dengan Eryka.

Eryka kelihatan begitu terkejut sekali dengan Rayyan di situ. "A..apa yang kau buat dekat sini? kau ikut aku ek?" Tuduh Eryka sambil jari telunjuknya dituju ke arah Rayyan.

Rayyan tersenyum sinis lalu berkata "Siapa je yang nak ikut kau? aku rasa orang gila pon tak nak ikut kau." Sindir Rayyan.Eryka hanya menjeling Rayyan sambil merungut seorang diri.

"By the way...kenapa kau naik LRT sama dengan aku ni?" Soal Eryka ingin tahu.

"Rumah aku dekat kawasan gombak,aku naik lah LRT ni." Jawab Rayyan selamba sambil memasukkan kedua tangganya ke dalam poket yang terdapat pada baju tebalnya itu.

"Ohhh...."

"Kau pula...duduk mana?" Giliran Rayyan pula yang menyoal Eryka.

"Aku pun duduk dekat-dekat kawasan gombak juga." Balas Eryka.

"Hmph..baguslah kalau macam tu.Boleh aku selalu jumpa kau kan." Beritahu Rayyan sambil pandangannya dialihkan tepat pada kedua mata Eryka.

"Ha?" Eryka seakan keliru buat seketika dengan ayat yang dikeluarkan oleh Rayyan itu.

Rayyan mendekati Eryka dengan perlahan sehingga wajahnya benar-benar dekat dengan Eryka.Eryka pula hanya diam membisu secara tiba-tiba.Eryka tidak terkata pada ketika itu.Kata-katanya seakan terkunci dan tidak boleh dikeluarkan.

'Dah kenapa dengan dia ni.' Bisiknya dalam hati.Hati Eryka mula berdebar tanpa henti,seakan-akan jantungnya hendak gugur apabila melihat Rayyan mendekatinya seperti itu.

"Wajah kau...cantik.Mata kau...seakan-akan dipenuhi dengan pandangan cinta dan pipi kau...merah seakan bunga mawar yang tidak pernah pudar warnanya.Tetapi sayang,aku lebih suka....buli kau!" Kata Rayyan lalu dia tertawa terbahak-bahak.

Rasa geram dalam hati Eryka mula menggunung dan kedua tangannnya digenggam erat. "Kau ni kan....memang mengundang marah aku kan." Katanya menahan geram.

Sampai sahaja di stesen Gombak,Eryka terus keluar meninggalkan Rayyan.Sakit hatinya melihat wajah Rayyan itu.

Rayyan hanya melihat pemergian Eryka sehinggalah bayangan Eryka tidak lagi kelihatan disitu.Dia tersenyum sendiri. 'Comel.' bisiknya dalam hati.


Di Rumah Eryka....

Pada malam itu,Eryka sedang bertungkus lumus menyiapkan kerjanya yang perlu dihantar pada esok hari.Sedang dia fokus menyiapkan kerjanya,tiba-tiba terlintas di fikirannya akan kejadian yang berlaku pada petang tadi. 'Kenapa aku rasa macam apa yang dia cakap tadi tu....semuanya macam real hah.Tapi tak mungkinlah.Dia kan benci aku.' Nafinya dalam hati,lalu dia sambung menyiapkan kerjanya.


Pada keesokkan hari,di kelas....

Eryka menuju ke kelasnya sambil menguap kerana tidak dapat tidur dengan cukup kerana menyiapkan kerjanya.

"Eryka! Eryka!" Teriak Erlyna dari jauh memanggil Eryka.

"Ha! ada apa kau ni? terjerit-terjerit panggil aku?" Soal Eryka hairan.

"Sini! ada something aku nak tunjuk dekat kau." Katanya teruja.

"Ada apa?" Soal Eryka lagi ingin tahu.

"Alaa...jom jelah." Erlyna menarik lengan Eryka.

"Eh! Eh! kau ni."

Sampai disitu,Eryka melihat kelasnya dipenuhi dengan pelajar-pelajar dari kelas lain juga datang ke situ. "Ada apa ni?" Soal Eryka lagi.

"Kau pergilah tengok." Balas Erlyna,dia menolak Eryka untuk masuk ke dalam kelas.Semua pandangan tertuju ke arah Eryka.

Eryka menoleh melihat papan putih yang terdapat di dalam kelasnya itu dan ianya tertulis 'I love you.' Setelah membaca itu,Eryka sedikit terkejut.

"Eryka!" Panggil seseorang dari belakangnya.Eryka menoleh untuk melihat pemilik kepada suara tersebut dan riak wajah Eryka benar-benar kelihatan terperanjat sekali.

"Kau!"


Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now