-Kau Nak Pindah?-

163 9 0
                                    

Pantas masa berlalu...tanpa disedari malam telah menjelma.Sinar bulan seperti biasa menerangi langit malam dengan dihiasi corak bintang-bintang yang bertaburan di langit.

Oleh kerana Eryka tidak dapat melelapkan matanya,Eryka membuka jendela yang terdapat di dalam biliknya itu,lalu pandangannya dialihkan ke arah langit malam.

'Cantiknya bulan malam ni.' Puji Eryka dalam hatinya sambil mengukir senyuman.

Tiba-tiba,terlintas dalam fikiran Eryka akan kejadian pada pagi tadi.Eryka sedikit tertawa apabila teringatkan akan kejadian itu.Terasa lucu apabila teringat akan riak wajah Rayyan yang seakan-akan seperti serius dengan dirinya.

"Hmphh...sampai sekarang aku masih lagi belum dapat memahami Rayyan.His to complicated for me to understand.Kejap ok...kejap tak ok.Aku ingatkan perempuan je yang complicated,rupa-rupanya lelaki lagi complicated." Bebel Eryka seorang diri sambil menggelengkan kepalanya.

Keesokkan harinya...

Seperti biasa,Eryka bersiap untuk ke kolejnya.

Sampai sahaja di kolej,orang pertama yang dilihat Eryka adalah Adam.Adam mengukir senyuman terhadap Eryka,manakala Eryka membalas senyuman Adam dengan senyuman yang sedikit memaksa.

"Kau tunggu siapa dekat sini?" Soal Eryka sebaik sahaja dia mendekati Adam.

"Tunggu kau." Jawabnya ringkas sambil tersenyum lagi.

"Function?" Soal Eryka selamba sambil menjongketkan sedikit kening kirinya.

"Emmm...aku sebenarnya ada something nak bagitahu kau." Beritahu Adam dengan riak wajahnya sedikit muram.

"Apa dia?" Soal Eryka ingin tahu.

"Lepas habis sem ni...aku akan berhenti belajar dan berpindah ke London.Aku kena duduk sana and sambung belajar dekat sana." Jelas Adam kepada Eryka.

"Tapi...kenapa kau kena sambung belajar dekat sana? Kenapa? Dekat sini tak okey ke?" Soal Eryka hairan.Dengan tiba-tiba sahaja Adam ingin berpindah keluar negara.

"Ini keputusan family aku.Aku pun ikut jelah." Jawabnya ringkas.

"Kalau itu dah keputusan kau...aku tak boleh nak halang kau.Jaga diri tau dekat sana.Jangan sampai lupa diri.Solat jangan tinggal." Pesan Eryka sambil tersenyum.

"Cara kau pesan dekat aku ni,macam aku ni boyfriend kau pulak." Adam sedikit tertawa.

"Aku pesan sebagai kawan.Not more than that." Beritahu Eryka.

Mereka kemudian senyap buat seketika.Adam memandang mata Eryka,dia dengan tiba-tiba memegang kemas kedua lengan Eryka.Eryka sedikit terkejut dengan perbuatan Adam itu.

"K...kau dah kenapa Adam?" Soal Eryka hairan.

"Aku cuma nak cakap yang aku harap kau dengan Rayyan akan bahagia suatu hari nanti.Aku doakan korang berkekalan buat selamanya." Katanya secara mengejut.Riak wajah Eryka bertukar setelah mendengar kata-kata daripada Adam itu.

"Apa yang kau merepek ni.Aku dengan Rayyan tu takda apa-apa lah..."

"Siapa cakap?" Celah Rayyan mengejut yang entah muncul dari mana.

Rayyan memerhati akan kelakuan Adam terhadap Eryka.

"Bukan main ye kau,pegang tangan Eryka bagai." Katanya selamba dengan raut wajah dinginnya.Rayyan menghampiri Adam.

"Lepaskan tangan dia." Pinta Rayyan sambil memandang kedua mata milik Adam.

"If i'm not?" Soal Adam sengaja ingin membangkitkan kemarahan Rayyan.

"Sebelum aku campak kau dekat luar pagar sana,better kau lepaskan dia kot." Katanya lagi.

Adam tersenyum sinis.Dia tahu bahawa Rayyan mahir dalam silat.Jadi dia tidak mahu mencari masalah dengan Rayyan.

"Ok fine." Adam meleraikan pegangannya.

Rayyan memberi isyarat kepada Adam agar dia meninggalkan tempat itu dengan segera.

"Ingat apa yang aku cakap dekat kau tadi Eryka." Kata Adam mengingatkan Eryka sebelum dia berlalu pergi.

Eryka hanya mengangguk tanda dia mengerti.Kemudian,Adam berlalu dari situ meninggalkan mereka berdua.

"Dia cakap apa dekat kau?" Soal Rayyan ingin tahu.Dia melihat wajah Eryka dengan pandangan serius.

"Takda apa." Kata Eryka sambil tersenyum dan kemudian dia melangkah untuk pergi,tetapi dihalang oleh Rayyan.

"Sejak bila pula kau nak berahsia pasal Adam ni?" Soalnya lagi dengan nada suaranya sedikit tinggi.

"Itu hak aku lah sama ada aku nak berahsia pasal dia ataupun tidak.Lagipun,kau bukannya boyfriend aku yang aku nak kena bagitau semuanya.So,just ke tepi boleh? aku nak pergi kelas ni.Aku dah lambat.Kalau kau tak nak pergi kelas takpe,tapi jangan halang aku ok." Kata Eryka selamba terhadap Rayyan.

Rayyan tidak tahu ingin membalas apa lagi.Dia hanya berdiam dan memberi laluan kepada Eryka.

'Apa yang diorang borakkan tadi? kau ingat aku akan berdiam ke Eryka? aku akan cari sampai dapat.' Bisiknya dalam hati sambil melihat Eryka berlalu daripada situ meninggalkan dirinya.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang