-Jangan Bazirkan Air Mata Mu...-

188 9 0
                                    

"Perasaan aku...berbelah bahagi sekarang ni.Aku tak tahu sama ada aku nak terima dia atau tak." Katanya sayu.Kesedihan yang terlakar diwajahnya begitu ketara sekali.

"Dia tak layak untuk kau sebab...kau layak untuk lelaki yang lebih baik." Beritahu Rayyan.

Setelah Eryka mendengar akan kata-kata Rayyan tersebut,dia memandang Rayyan.Eryka melihat wajah Rayyan yang tiba-tiba sahaja kemerah-merahan.Eryka sedikit tertawa.

Rayyan melihat Eryka dengan pandangan aneh. "Apa yang lawak?" Soalnya selamba.

"Apasal muka merah-merah? Nak cendol?" Usik Eryka sambil tertawa lagi.

"A...apahal kau ni? Dahlah...aku nak keluar." Katanya sedikit gagap.Rayyan pergi dari situ sambil bibirnya mengukir senyuman.

'It's good to see you smile again.'

Di dalam kelas....

Tamat sahaja kuliah,semua pelajar kelas tersebut bangun dan meninggalkan kelas kecuali Eryka kerana ada sedikit kerja yang perlu disiapkan.

"Kau tak nak balik ke?" Soal Rayyan yang sedang berdiri dihadapan Eryka sambil menyandang sebelah bahu bagnya.

"Aku nak siapkan kerja sikit ni sebab aku kena hantar hari ni." Jawab Eryka yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya dengan bersungguh-sungguh.

"Ohhh....kalau macam tu...kau buatkan aku punya sekali,aku ada hal...so..aku kena balik awal hari ni." Pintanya selamba sambil berlalu dari situ.

"What! Kenapa aku pula? Hishh...tak gentleman langsung." Marah Eryka.

Di Luar Kolej.....

"Selamat petang tuan." Ucap pemandu yang membawa kereta mewah yang berada di hadapan kolej tersebut.

"Selamat petang.Kenapa Pak Mat datang jemput saya hari ni? Papa mana?" Soal Rayyan lembut.

"Dato suruh Pak Mat datang jemput tuan sebab dato ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan tuan." Jawab Pak Mat.

"Oh...kalau macam tu...jom lah kita gerak sekarang." Pinta Rayyan lalu dia masuk ke dalam kereta mewahnya.

Di Cafe Kolej...

"Haih! Banyak lagi kerja yang aku kena buat.Hmmmm....sampai bila nak habis ni!" Rungut Eryka sambil tangannya ligat menyiapkan tugasan.

"Hai Eryka." Sapa Adam sambil mengukir senyuman.

"Eh! Adam! Kau buat apa dekat sini?" Soal Eryka sedikit terkejut.

"'Aku nampak kau....so aku saja nak tegur kau.Kau ok?" Soal Adam lembut sambil mamandang Eryka dengan pandangan romantik.

"Aku ok je.By the way...janganlah pandang aku macam tu." Kata Eryka terhadap Adam.Dia merasa kurang nyaman dengan pandangan Adam itu.

"Aku suka kan kau Eryka.Aku betul-betul cintakan kau.Aku harap sangat kau dapat terima aku." Rayu Adam dengan tiba-tiba.

"Sudah lah Adam...yang lalu biarkan ia berlalu.Lagipun,aku dah tiada apa-apa perasaan dengan kau lagi.So,aku harap kau faham." Jelas Eryka terhadap Adam agar dia mengerti.

"Aku tetap akan tunggu kau Eryka...walau macam mana sekali pon...aku akan tetap tunggu kau." Kata Adam kemudian dia berlalu dari situ,manakala Eryka dengan tiba-tiba sahaja menitiskan air mata.

Tidak lama kemudian,Rayyan hadir di situ dan berselisih dengan Adam...mereka hanya membalas pandangan tajam dan berlalu.Rayyan melihat Eryka menitiskan air matanya.Rayyan pergi mendekati Eryka lalu dia merenung Eryka,manakala Eryka mengesat air matanya secepat mungkin.

"Eh! Bila kau sampai?" Soal Eryka sambil mengukir senyuman tawar.

"Kau nangis sebab dia kan?" Soal Rayyan selamba.

Eryka hanya berdiam.

"Jangan bazirkan air mata kau untuk lelaki macam tu.Air mata kau ibarat berlian...sangat berharga dan tidak ternilai.Jangan disebabkan dia...kau menitiskan air mata." Rayyan mengeluarkan tisu dari kocek seluarnya dan mengelap air mata Eryka.

Married Man I'd Hate! (COMPLETED)Where stories live. Discover now