DKT 21

3.1K 38 1
                                    

Ihdina memandang ke luar jendela. Menghitung hari kembalinya dia semula ke bumi Malaysia. Tanah tumpah darahnya. Mengenang kejadian 4 tahun lalu yang terjadi. Berganti-ganti senyum tawa dan duka. 

recap

" Duduklah..." Ihdina menjemput Sarah yang cuma berdiri di hadapannya. Gadis berani itu memasang muka yang ketat dan sombong. Ihdina yang kini sudah sangat sarat dan menanti masa untuk melahirkan malas nak melayan. Luth pula sudah seminggu berada di luar negara menguruskan beberapa hal sebelum cuti panjang.

" Thanks..."

" Nak minum?" 

Sarah menjeling Ihdina. Mengeluarkan beberapa gambar dari beg tangannya dan dia melemparkannya di meja.

Ihdina mengambilnya perlahan. Gambar scan di atasnya tertulis nama Sarah Geraldina. 3 minggu.

" So?" Ihdina meletakkan kembali gambar tersebut. 

" Oh come on.. you know it Ihdina.. thats belong to Luth.."

" You think im stupid, get out.." Ihdina perlahan mencuba untuk bangun.

" Okay.. Ihdina.. come on.. Luth masih sayangkan i.. i pun masih sayangkan Luth.. bulan lepas kitorang tinggal bersama dekat the halls, dia datang dekat i and cakap yang dia nak kahwin dengan i.. instead of you.. do you think dia betul- betul nak dekat you Ihdina? You rasa you is good for his reputation? come on he is Luth Ariffin.. i lebih kenal dia dari you... for more than 10 years i kenal dia.. this baby isnt an accident Ihdina.. this baby need a father too"

" Sarah.. anak i anak yang sah taraf.. anak yang you kandung kalau betullah anak Luth, still takkan jadi anak Luth.. now get out from this house.."

" You is a mother... you patut tahu apa yang i rasa.."

Sarah mengangkat punggung dan berlalu meninggalkan Ihdina. Ihdina yang berdiri sudah tidak mampu mengawal kakinya yang menggigil. Perlahan dia duduk semula. Tak sedar, baju yang di pakainya sudah basah. Ihdina menarik nafas panjang. Kontraksi semakin kerap datang. Tapi yang lebih sakit ialah rasa di hatinya. Luth.. you are such a betrayer. 

selama 9 bulan Ihdina mengandung, selama 9 bulan juga di matanya cuma ada Luth. Luth yang setiap hari semakin berubah menjadi seseorang yang lembut, yang mampu mengimami mereka saat solat jemaah, Luth yang mulai sedikit demi sedikit membeli buku-buku agama dan senang cerita Luth positif 100% mahu berubah ke arah kebaikan demi anak dan isteri. Luth mencintainya..... tidak.. Niat asal Luth cuma mahukan seorang anak tanpa isteri. 

Ihdina duduk dalam keadaan kepalanya sudah makin berpinar. Dia cuba berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya, pembantu rumah mereka tidak tahu kemana. Hampir sahaja Ihdina hilang timbang badannya.  Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbitnya. Sebelum jatuh, dia sempat melihat ada panggilan dari Luth. Mahu sahaja dia pejam mata dan terus pergi dari dunia ni... hope....

------------------------------- 

Buka sahaja mata, Ihdina merasakan berat di kepala. Kontraksi yang di rasakan tadi semakin kerap datang setiap 5 minit sekali. Dia menoleh ke kanan dan kiri. Di ruang bersalin Hospital, dia melihat Luth di sisinya. Matanya merah dan seakan-akan ketakutan. Ini pertama kali buatnya. No. Pertama kali buat mereka berdua. Masing-masing tiada pengalaman berkenaan kelahiran. Apa yang Luth tahu dari pembacaannya sahaja.

" Sayang... im here..."

Luth menggenggam tangan Ihdina. Ihdina cuma mampu memejamkan mata. Nurse cek setiap 30 minit sekali sebelum mengesahkan yang Ihdina sudah bersedia melahirkan. 

-------------------------------

Ihdina menarik pandangannya dari luar jendela. Tertanya-tanya bagaimana khabar dua lelaki yang dia sayangi.


Dia Kiriman TuhanOn viuen les histories. Descobreix ara