DKT2 new tambahan

3.4K 47 1
                                    

Luth menggenggam tangan Sarah yang sedang duduk dihadapannya. Puas sudah dia merayu supaya dirinya dikasihani dan tidak ditinggalkan.

"Sudah la Luth, takkan lah sebab ni nak menangis.. come on you lelaki yang ada masa depan, pergilah cari perempuan lain yang lebih murah.. lagipun i dah bagitahu kan.. i tak nak kahwin"

Sarah menarik tangan nya dari genggaman Luth dan memeluk tubuhnya sendiri.

Berita kebangkrupan Luth yang ia dengari sehingga kad kredit yang dipegangnya di block sewaktu dia sedang di london membeli belah membuatnya sangat malu. Terpaksa lah di lupakan beg tangan berjenama mahal yang dilihatnya waktu itu. Habis heboh di Media sosial bahawa penyanyi muda Sarah Watsen akan berkahwin dengan Jutawan muda Malaysia. Sudah heboh berita yang PWTC akan menjadi saksi! tapi sekarang?? Rumah, Kereta perbelanjaan hidupnya siapa lagi yang akan menanggung?? 

"Sarah, tinggal lagi 3 minggu je kita nak kahwin... tolonglah jangan batalkan perkahwinan ni.. Kita buat simple je dah.. "

"hey luth, you nak bagi i makan apa kalau i kahwin dengan you?? you tahu i tak boleh hidup susah.. please?? sorry sangat-sangat.. i memang tak boleh.."

"i takkan biar you lapar.. i janji.. please jangan tinggalkan i.. waktu waktu macam ni i sangat perlukan you.."

"luth stop,"

sarah mengeluarkan cincin tunang mereka dan melempar ke muka luth.

"I tak boleh hidup susah"

Sarah berdiri dan berjalan pergi dari Luth.

Luth memegang cincin itu dengan sangat kuat. Segala tekaannya menjadi sangat tepat buat gadis yang berlalu di hadapannya kini. 

Sarah you such a bullshit girl.

-----------------
Ihdina kini berdiri di hadapan rumah agam milik Luth Ariffin, seperti yang telah dijanjikan dengan pembantu Luth dan setelah semalaman berfikir panjang, kakinya kini di sini. Setelah berurusan dengan seseorang yang bernama hazel, dia di minta datang interview di rumah agam ini.

Ihdina menekan loceng di luar rumah.

Sekali
dua kali
tiga kali

seseorang membuka pintu dari dalam.
Seorang lelaki yang kusut masai berdiri sambil memerhati susuk seorang ihdina.

" tak nak beli !"

Lelaki itu menutup kembali pintu rumahnya.

Ihdina terkedu mendengarnya.

Hello siapa yang jual barang !

dia menekan lagi sekali loceng rumah. pintu itu terbuka lagi.

" Tuan saya datang nak interview pembantu rumah!" jeritnya supaya lelaki kusut itu boleh mendengarnya.

seberapa saat kemudian pagar besar terbuka dan ihdina masuk mengikuti lelaki itu.

Terpana ihdina melihat dekorasi dan perabot dalam rumah lelaki itu. Sumpah! 100 kali ganda lebih besar dari rumah setinggan yang dia dan keluarganya duduk sekarang.

" Sorry, saya ingat awak jual barang sebab selalunya bibik saya yang dulu suka beli jamu dari tukang jamu yg datang dulu.. duduklah, excuse me.."

Luth mempersilakan Ihdina duduk di ruangan meja makan. Sementara dia naik semula ke atas dan turun kembali 20 minit kemudian. 

" Terima kasih kerana sudi datang ke sini.. saya memang amat memerlukan pembantu sekarang... awak tahu kan awak perlu duduk di rumah ni..?"

" ye tuan.. saya dah baca syarat syaratnya.."

"ok bagus.." luth akhirnya menggosok gosok matanya. Dia melihat ihdina yang sedang duduk di hadapannya sementara gadis itu memandang ke arah luar.

Gadis itu baginya amat kolot. Penampilan pakaiannya langsung tak menarik. bertudung labuh warna hitam, baju kurung, macam pelajar sekolah berasrama penuh agama. Inilah pertama kali dia berurusan dengan orang "agamawan" seperti ihdina. Dalam hidupnya.

Ihdina yang memandang ke arah luar bukan tak perasan mata Luth memandang ke arahnya. lelaki ini, siapa tak kenal Luth Ariffin, usahawan yang baru saja bangkit dari kejatuhan kerusi populariti setelah Sarah Watsen meninggalkannya sebelum 3 bulan pernikahan. Tahulah dia di kolej banyak juga makcik bawang yang menjaja kisah sarah watsen. Cuma Ihdina tak sangka bahawa majikan yang mencari pembantu itu adalah Luth Ariffin!

---------
Seminggu bekerja sebagai pembantu rumah @ orang gaji di rumah Luth Ariffin, Ihdina tidak menyangka rumah agam sebesar ini cuma dia dan Luth Ariffin saja yang tinggal di sini. Tiada pembantu lain, tiada tukang kebun, tiada driver, pokoknya semua pekerjaan dilakukan oleh Ihdina seorang diri. Paling kuat pun, ada tukang cuci yang akan servis segala perabot, halaman rumah dan bangunan rumah.  Sekarang dia mengerti kenapa gajinya mahal tapi tak ada yang sanggup. Cuti? Jauh sekali. Alasan Luth cuma satu. Dia jenis susah nak percaya pada orang!

Diam diam Ihdina merias bilik tidurnya sendiri supaya kejauhannya terhadap keluarga dapat terubat. Meja belajar nya di penuhi dengan buku buku kegemarannya terutama buku undang-undang. Meja belajar plastik itu diangkut dari dapur kerana kakinya sudah patah satu. Ihdina pula menambahkan kestabilannya dengan meletakkan batu bata supaya sama rata. Laptop dihidangkan di atas meja itu. Dia sudah harus bersiap-siap buat meneruskan segala macam kerja penulisannya yang tertangguh. 

Ihdina mengeluh kemudian beristighfar kembali. 

'Ihdina, tidak mudah menjadi dewasa dan tidak mudah menjadi orang yang diandalkan keluarga setiap waktu... Bersyukur kerana masih boleh makan dan minum. Bersyukur kerana Encik Luth the boss tak ganggu hidup kau sangat.. buat kerja dan nanti kalau dah habis, boleh lah gapai cita-cita kau.. nak dapatkan sesuatu kena bergolak gadai sikit... inshaAllah segala impian akan tercapai...'

Ahhh sudah.

'Its okay Ihdina, you can do it!!!' bisik ihdina dalam hati. Berharap agar perbuatannya ini di sulam keikhlasan.

Ihdina cuma melihat Luth pada waktu sarapan pagi sahaja. Selebihnya kebanyakan masa mereka tak akan bertembung. Luth yang sentiasa sibuk membuat Ihdina selesa di rumah ini.
Tak bertemu selalu itu sudah melebihi dari segala galanya. Dia tahu sudahlah dia anak dara, duduk dengan seorang lelaki yang masih bujang tak berkeluarga. Dia cuma berharap dapat berkhidmat untuk membantu keluarga dan membantu majikannya.

Rutin harian Ihdina apabila bangun pagi setelah solat subuh cepat-cepat dia bersiap untuk menyediakan sarapan. Oh ye! The Luth Ariffin orangnya sangat menepati waktu makan. Jadi by 8 pagi, semuanya harus terhidang. 

Pernah Ihdina ketiduran di kerusi dapur gara-gara belajar sampai ke pagi dan menyertai teman-temannya yang juga belajar secara online. Dia tidak punya waktu pagi dan petang. Cuma malam lah dia boleh bernafas sedikit kerana Luth jarang minta dia untuk sediakan makan malam. 

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now