DKT 7

3.3K 78 5
                                    

Pagi-pagi lagi Ihdina bangun subuh dan setelah itu menyediakan sarapan untuk Luth. Dua orang gaji Baru di panggil Nanny dan mbok, kedua duanya orang Indonesia. Ihdina okay saja, tak perlulah dia rasa sunyi di rumah agam yang creepy ini. Kini ada temannya untuk berborak.

" Dina, okay ke hari ni..?"

Tanya Luth sewaktu sedang menjamah toast dan sandwich kegemarannya. Dibikin dengan enak sekali, apa rahsianya?

" Okay tuan.. "

Luth tersenyum.
Ihdina yang melihatnya tersenyum dan terus memalingkan muka. Janggal.

" Ihdina, duduk makan sekali.. i need to see u eat and drink.."

Ihdina tersenyum kelat dan menarik kerusi. Anything for you boss!

"Dina.. awak dah  tak perlu buat kerja orang gaji.. seriously saya nak awak tumpukan dengan kesihatan dan kehamilan awak..."

" Saya okay tuan...."

" Awak kena pastikan baby saya okay.."

Luth senyum menampakkan giginya. Ihdina menyengih memegang perutnya. Ye. Baby awak seorang. Benih yang ada di dalam perut Dina entah jadi atau tidak tetapi..

Luth adalah suaminya. Pekerjaan seharinya lebih dari itu. Lebih dari istilah orang gaji,

--------------------

Sudah dua minggu, Ihdina menghantar permohonan chambering semula setelah berhubung dengan pihak universiti. Tapi belum ada yang mahu memanggilnya. Dia sudah berkira-kira untuk memulakan hidup baru tanpa Luth di sisi.

Ihdina yang sedang duduk di hadapan laptop kecilnya hampir menjerit apabila seseorang menyentuh bahunya dari belakang. Mematikan lamunannya yang tak seberapa.

" Apply for chamber?"

Luth mengambil salah satu kertas yang berselerakan di atas meja. Cepat-cepat Ihdina menghulur tangannya dan cuba menarik kertas itu. Luth menatap surat di tangannya serius. Dia menghadang Ihdina dari cuba menarik kertas itu. Ihdina hujungnya berhenti dan mendiamkan diri sahaja. Masa gadis kecil sepertinya nak berlawan dengan lelaki yang lebih tinggi dan sasa darinya. 

" Ihdina.. awak..pelajar universiti rupanya...  berpelajaran tinggi.. tapi.. kenapa sanggup jadi orang gaji..?"

Luth menarik kerusi dan duduk berdepan dengan Ihdina. Ihdina membetulkan tudung labuhnya, terasa berdebar saat berdepan dengan Luth yang sedari tadi tak lepas memandangnya. Apa lagi pergaduhan mulut yang bakal Luth umbarkan. Luth! Lelaki yang tak menapis mulut! 

Ihdina menghulurkan tangan dan memberi isyarat supaya kertas tadi dikembalikan kepadanya. Luth menyerahkan kertas itu semula dengan mata yang masih memandang. 

" Maafkan saya.. Saya terima tawaran untuk jadi orang gaji tu sebab duit... keluarga saya terlalu banyak hutang.. sampaikan saya terpaksa juga cari jalan apa pun untuk hasilkan wang.. setahun je lagi masa yang saya perlukan untuk capai cita-cita saya.. tapi.. keluarga saya lebih memerlukan saya.." Ihdina bangun dan membawa segala kertas dan laptop kecilnya menuju ke ruang kamarnya. Luth di tinggalkan melopong. 

Cita-cita? 

Kata-kata Ihdina itu terus terngiang-ngiang di telinga Luth. Gadis yang dianggapnya cuma seorang gadis kampungan, datang ke kota mencari duit dan sekarang dalam jebakan Luth dengan menjual rahimnya untuk kepentingan diri sendiri rupanya semua anggapannya salah. Memandang Ihdina dengan sebelah mata juga salah. Ihdina itu berpendidikan tinggi. Bukannya gadis biasa. Bukan seperti Adira, Shafa, Maria. Dan jauh lagi Sarah. Dengan mudah kalau diminta, senang saja mereka untuk di tiduri. Tidak payah susah-susah memakai rawatan semata-mata untuk hamil. Ihdina yang mempunyai pemikiran yang berbeza dari Sarah. Adakah dia dah berdosa menjebak Ihdina dalam sebuah keinginan yang tak terjangkau dek fikiran orang biasa. Sebuah tali yang terikat kuat dicipta dan dibina antara dia dan Ihdina. Tali yang sebenarnya sulit untuk diterimanya tetapi.. gadis itu membuatnya makin sulit..

Jam 4 pagi, Luth masih belum dapat lena. Entah kenapa. Dia sengaja turun ke bawah melalui kamar Ihdina untuk ke dapur. Dia dapati kamar Ihdina terang benderang dan menyuluh kegelapan dapur dari ruang kecil bawah pintu. Perlahan dia mendekatkan kepala ke pintu, berharap boleh mendengar sesuatu. Tiba-tiba kepalanya berdetuk kuat dalam cubaan menghendap itu di pintu bilik Ihdina.

"Mbok??"

Ihdina menjerit dari dalam. Siapa pula malam- malam ni mengetuk pintunya.

Luth yang sedang mengusap-usap kepalanya mengetahui sudah kantoi, mengetuk perlahan pintu bilik Ihdina.

" Saya ni.. Luth.."

Ihdina cepat-cepat bangun dan membuka pintunya.

" Tuan..?"

"hurm.. saya lapar, boleh buatkan saya something?"

"tuan.. sebelum tu... saya ada perkara nak beritahu tuan... masuklah.." tanpa sedar tangan Luth sudah  di tarik Ihdina. 

Luth masuk ke ruang kamar yang tidak berapa besar tapi kemas. Wangian yang harum semerbak dari Ihdina yang sedang bertelekung.  Aduh, muncul pula hasrat yang tak menentu jam 4 pagi ini. Berbezanya dia dari Ihdina. Tetapi bukankah 'itu' juga satu ibadah. Arghh! Ada yang tegak tapi bukannya tiang bendera yang berkibar! Luth! sedar!

Ihdina menyuruh Luth duduk di atas katilnya sementara Ihdina masuk sebentar ke toilet dan keluar semula dengan tiga keping...pregnancy test.

" Tuan.. Alhamdulillah.. dah menjadi.." Ihdina menghulurkan 3 keping accurate pregnancy test tersebut. 

Luth terkesima. terdiam. Dia menerima huluran tersebut. Di periksanya satu persatu. Ada dua yang mempunyai dua garis dan clear blue yang tertulis pregnant!

"Tuan?" Ihdina mengguncang tubuh Luth. 

" Oh my God! Im becoming father?"

Ihdina tersenyum mengangguk. Tiba-tiba dia memeluk Ihdina. Ihdina hampir saja jatuh ke belakang sekiranya tangan Luth tak menahan.

" Sorry.."

Luth tersedar. Dia tersenyum dan terus kembali ke biliknya semula.

Tak sempat Ihdina memanggil semula.

" tuan tadi kata lapar...!!"

------------
Hi, ada yang sudi vote cerita saya yang tak seberapa ni?

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now