DKT3

3.5K 56 0
                                    

"Dah dahlah dengan Sarah Watsen kau tu Luth, forget about her you can get someone more better, more sexy than her.. lagipun kita bussinessman, naik turun is our ways.. Berapa lama lagi kau nak kecewa sebab dia.. nonsense ok.." Faizal memandang tepat ke wajah Luth yang dari tadi melihat wajah Sarah sebagai gadis muka depan Majalah Todays. 

Apalagi, di ambilnya majalah tersebut dan di sembunyikan di belakangnya. 

" Aku tak nak kahwin.. Aku dah decide aku tak nak kahwin.." 

" Weyh.. kau gila ke? this big empire perlukan pewaris.. tapi let say kalau kau nak wariskan dekat aku, you are welcome bro.." 

Faizal ketawa.  kadang-kadang kata-kata Luth tak boleh pakai. Selalu cakap benda yang merepek.  

" Aku tak nak bukan sebab aku tak nak anak... tapi.. aku fedup dengan perempuan.."

"woi so kau nak try jantan ke?" 

Luth tersengih memandang Faizal atas ke bawah membuat Faizal membuntangkan mata. 

Cepat saja, majalah tadi dibaling tepat mengenai perut Luth. 

" Ala zaman dah moden bro.. kita banyak duit, kau upah je la mana-mana perempuan yang kau nak, jadi ibu tumpang, beranak, kau bagi duit.. the baby is totally yours bro..  zaman sekarang bro.. no need to have sex, that women can get pregnant also you know.."

***********

Tiga jam berada dalam flight telah membuat dia memutuskan bahawa dia ingin memiliki satu yang seperti itu. Faizal benar. Kalau tak bahagiakan diri dengan orang yang kita cinta kenapa tak create seseorang yang pasti takkan tinggalkan kita.

Kini cuma satu dalam fikirannya. Gadis mungil yang baru muncul dalam kehidupannya. Perfect untuk dijadikan kilangnya. Ala. Lagipun bukannya harus melakukan hubungan itu. Zaman dah pun moden, boleh saja dia hantar gadis itu menjalani treatment untuk hamil. Tapi mahukah dia?

----------------
Luth POV

Hari ini sengaja dia tidak masuk ke pejabat. Dia berlama lama di meja makan, kadang-kadang mencuri lihat lenggok Ihdina, tapi tidak menemuinya kerana tudung labuh dan jubah besar yang di pakainya.

Gadis seperti ini memang tidak terlintas langsung dalam fikirannya yang dia akan meminta pertolongan seperti ini. 99% kehidupannya memang sosial dan liar. Setakat high class kelab malam untuk melayan client client dari luar negara itu biasa. Dari Arak murah- mahal memang selalu di jamah. Makanan yang tak halal, susah nak cakap dia pun tidak tahu membezakannya. Gadis Gadis? Tak perlu di mention. Meskipun hanya sarah watsen yang pernah dijamahnya. Tetapi dengan yang lain, bukan biasa biasa yang pernah di lakukan. Banyak duit tak ada bimbingan. Yes. Itulah Luth Ariffin.

"Dina," panggil luth.

Ihdina meletakkan kopi di hadapan Luth dan memandangnya.

"Ye?"

"Duduk sekejap boleh.. saya ada something nak cakap.."

Ihdina menarik kerusi di depan Luth. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Tersenyum memandang Luth. Tapi dalam hatinya berdebar-debar. Masalah apa pula kali ni.

Luth mengangkat keningnya. Gadis itu ada lesung pipit di kiri dan kanan. Pertama kali dia benar-benar menegakkan wajah memandang gadis itu. Manis. cepat cepat Luth menggelengkan kepala.

" Ehm.. Dina.. saya direct je nak cakap benda ni.. saya nak minta tolong awak something... tapi.. saya akan bayar.. untuk keseluruhannya berapa saja yang awak minta.."

Ihdina mengerutkan kening. Ah sudah. ini Bala atau berita gembira.

" Apa maksud tuan?"

" Ok saya nak tanya something... tapi please jangan salah faham.." 

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now