DKT4

3.5K 54 1
                                    

Setelah seminggu, Ihdina mendiamkan diri dengan majikannya. Luth juga mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku semenjak kejadian dia dan Ihdina berbicara untuk melakukan pekerjaan itu. Apa yang terjadi adalah hubungan mereka meskipun antara majikan dan pekerja semakin renggang. Ihdina pula cuma memasamkan muka apabila bertemu Luth dan Luth pula hanya ingin melarikan diri. Seolah-olah tiada majikan dan pekerja dalam rumah ini, yang ada cuma dua orang yang saling menjauhi.

Panggilan telefon yang diterima Ihdina tadi semakin mendesak dia menerima tawaran dari Luth Ariffin.

Jam 4.30 pagi.

Ihdina menunaikan solat tahajud 2 rakaat. Meminta bantuan dan pertolongan dari Yang Maha Kuasa. Dia menangis di dalam kegelapan malam. Kenapa perlu tersepit sampai sebegini sekali?

Seperti biasa hujung minggu Luth akan berada di rumah dan seperti biasa juga, mereka berdua akan bertemu di pagi hari. Ihdina nekad. Sekiranya apa yang ingin dia sampaikan ini ditolak. Maka berakhirlah perjalanan dia di sini.

"Dina.."

" Tuan.. "

Serentak! 

"Tuan.. saya nak cakap sesuatu..."

" Saya juga... tapi go first.."

Ihdina menuang kopi panas ke dalam cawan Luth. Luth yang sedari tadi menghadap telefon pintarnya meletakkan telefon itu di atas meja dan bersedia menumpukan perhatian pada apa yang bakal di katakan Ihdina.

" say it"

" Tuan.. seandainya saya meletakkan beberapa syarat agar saya dapat menerima tawaran tuan minggu lalu.. bolehlah tuan fikirkannya..?"

Luth diam. Syarat? kemudian dia mengangguk kepala.

" Apa dia?"

" Pertama tama sekali, ibu tumpang ni ibarat menumpangkan keturunan tuan di dalam rahim saya.. dan bila melibatkan keturunan, ia berkaitan dengan nasab tuan.. Saya boleh katakan bahawa, benda ni tak halal di sisi agama... tapi.."

Ihdina menelan air liurnya.

" saya setuju seandainya tuan mahu menikah dengan saya.. "

"What?"

" Senyap- senyap maksud saya.. dan tujuannya hanya untuk menjaga nasab.. saya tak akan menuntut apa- apa hak.. bahkan tuan boleh sahaja tulis perjanjian dan stamp it with or without lawyer witnesses... "

Luth mengerutkan dahi membuat keningnya hampir bersatu. Kahwin?

" Macam yang saya katakan sebelum ni Dina, kalau saya nak anak dari perkahwinan, saya tak perlu pakai ibu tumpang! Hell no!"

"Habistu, Seandainya anak dari ibu tumpang tu lahir, tuan nak nasabkan dia pada tuan? sedangkan dia tak boleh jadi anak yang sah dari segi nasab dan agama, sekurang-kurangnya itu boleh terjaga, dan saya janji saya akan berdiam diri dan tak akan ada siapa yang tahu.. itu pun kalau tuan setuju nak saya jadi ibu tumpangan anak tuan.. Setelah anak itu lahir dan putus susu, tuan boleh decide apa yang tuan nak buat dengan saya.."

" Crazy idea Dina, sorry.. thats not my attention.. "

Awkward!

Luth berlalu tanpa menyentuh kopi yang telah sejuk di buai angin.

Ihdina menggigit bibir. Adakah dia dah tersalah cakap?

-----------

Hari Isnin, jam 11.00 malam, Luth baru pulang. Dia memandang sekeliling. Ihdina mungkin sudah tidur.

Tiba-tiba bunyi ketang ketung dari ruang dapur. Luth yang keletihan bangun menuju ke arah dapur. Di sana dia melihat gadil mungil itu sedang memasak sesuatu. 

"Dina.."

Ihdina terkejut. terpelanting sudipnya jatuh ke lantai. Baru saja nak menggodek godek maggi.

" Ya tuan.."

" Kenapa tak tidur lagi?"

" Lapar tuan.."

" Masak apa?"

" Maggi je dengan telur.."

" kenapa tak masak benda lain..?"

" Nak cepat.."

" Well jangan kerap sangat makan maggi.. nanti botak.. ke awak pakai tudung sebab awak botak?"

Luth tergelak sendirian.

" Ye tuan, saya memang botak pun"

Luth terkedu mendengar balasan selamba Ihdina. Gadis itu, bercakap dengan petah dan pintar.
Selamba dia membalas soalan Luth. Well eyes for eyes!

" Ihdina.."

Luth menarik nafas dalam -dalam.

" saya dah fikir tentang syarat yang awak letakkan.. dan demi kebaikan anak saya.. yes, saya akan kahwin dengan awak but.. tak boleh ada sesiapa langsung yang tahu.. only you and me.. sampai lah anak saya dah tak perlukan awak, you can get out of my life.."

Ihdina mematung di hadapannya.

" Hello? Dina... so? how?"

Tanya Luth Ariffin bertongkat dagu. Lagipun perkahwinannya itu bukan untuk diri mereka masing-masing. Sebenarnya bab nasab ke apa dia tak peduli. Di akui Luth Ariffin langsung tak mengetahui apa yang Dina cuba sampaikan, but a fake marriage wont hurt anybody and dia pun tak akan sentuh Dina. Dia tak nak bertangguh untuk mendapatkan zuriatnya sendiri. Dari Spermanya!

" Ok Tuan, its a deal"

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now