DKT 10

3.1K 57 2
                                    

Ihdina terduduk melepaskan lelah  di tingkat dua memegang satu gambar ketika mengemaskan ruang kerja Luth. Gambar pertunangan Luth dan Sarah watsens masih ada di dalam ruang kerja itu. Pasti Luth amat menyayangi sarah. Tercetak jelas di dalam gambar, seorang lelaki memakai tuxedo putih meyarungkan cincin ke jari manis seorang perempuan tinggi lampai, berambut panjang dan gaun yang terhias indah dengan kilauan berlian. Cemburunya dia. sekeping.. dua keping... tiga keping... sampai entah berapa keping diselak Ihdina. Dia berkahwin cuma dengan jubah lama warna hijau, tudung labuh berwarna hitam dan sebentuk cincin emas yang dibelikan ketika perjalanan menuju ke pejabat agama di thailand. Ihdina memandang cincin yang disatukan menjadi kalung di lehernya. Air mata jatuh ke pipi. Rasa cemburu membuak-buak tapi... dia sudah berjanji untuk meniadakan hak.

Luth yang baru saja pulang menuju ke bilik bacaannya apabila terlihat pintu itu terbuka luas. Jarang-jarang dia minta bilik itu dibersihkan kerana dia juga sudah jarang masuk ke sana. Dia kemudian terpandang Ihdina sedang menekup muka duduk di lantai dan gambar-gambar lamanya berselerakan di meja.

"Dina.. Apa awak buat kat sini?"

Luth mengerutkan dahi.

Ihdina yang terperanjat mendengar suara itu cepat-cepat bangun dan berdiri menghadap Luth.

"Tuan.."

Luth mengambil sekeping gambar dari tangan Ihdina. Dia melihatnya dan menggeronyokkan sekeping gambar itu. Dicampakkan ke tepi dengan kasar.

"Lain kali jangan sentuh barang peribadi! Siapa suruh kau sentuh barang-barang ni?!"

Ihdina tersentak. Pertama kali Luth meninggikan suara. Dia segera bertindak mengemas-ngemaskan foto di atas meja itu tapi Luth lebih pantas mengambil tangannya, menarik dan menolaknya ke tepi tak menyedari Ihdina tertolak ke meja kecil berbucu berdekatannya. Nyeri pinggang Ihdina dibuatnya.

" Orang gaji buat cara orang gaji..." Laju saja terpacul dari mulut Luth. Gambar-gambar di atas meja itu dikumpulkan dan di lap-lap seperti saja Ihdina mengotorkannya.

Ihdina yang terkejut dan tersentak itu. Segera meninggalkan ruang itu dalam ketakutan. Entah apa syaitan yang merasuki Luth saat ini. Lebih baik dia pergi dari situ. 

--------------
Semenjak kejadian di ruang bacaan milik Luth Ariffin, Ihdina selalu mengasingkan diri. Apabila Luth pulang, dia tidak memunculkan diri. Senang cerita, tiada pertemuan 4 mata di antara mereka lagi. Perut Ihdina membuncit sedikit. Dalam keadaan seperti ini jauh sekali dia mahu pulang ke kampung. Entah kenapa semenjak kejadian itu, Ihdina selalu merasa stress. Entah mengenai keluarga, entah mengenai pekerjaan,  entah mengenai Luth?  Fikirannya asyik berkecamuk dengan entah apa. Cuma solat yang mampu menenangkannya.

Pagi ini seperti biasa bangun solat subuh kemudian dia tertidur kembali, setelah bangun kerana merasakan nyeri di bahagian kemaluannya, dia bangun dan di dapati spot-spot darah turun dari kemaluannya, dia panik dan cuba memanggil mbok tapi tiada balasan. Dilihatnya keluar, kereta Luth masih ada. Ego mahu memanggil tapi...  Segera dia gapai telefonnya dan ingin mendail nombor Luth. Tapi dia lupa. Dia Tak pernah ada Nombor Luth Ariffin.

Perlahan dia bangun menuju ke tangga mahu memanggil Luth. Rasa cemas dan debar kerana bimbangkan kandungannya membuat tubuhnya tak seimbang.

" Tuan! Tuan Luth!"

Luth yang sudah bersiap mahu ke tempat kerja sempat mengabaikan saja panggilan Ihdina, tetapi setelah berfikiran seberapa lama dia menuruni tangga dengan cemas mendengar suara tangis Ihdina.

" Dina??!!"

"Tuan.. saya.."

Luth tergamam melihat darah di luar jubah Ihdina. Ihdina kemudiannya rebah di lantai.

---------

" Tiada nadi yang lagi kedengaran, maaf sangat encik.. bayi dalam kandungan puan Ihdina tak dapat kami selamatkan.."

"Mungkin stress? mengangkat beban berat ataupun jatuh di mana-mana?"

Terngiang-ngiang di telinga Luth jawapan Doktor. Ihdina stress? kerananya ke..?

Luth masuk ke ruang hospital yang menempati tubuh Ihdina. Wajah gadis itu kelihatan pucat. Dia mengelus lembut pipinya. Ihdina membuka mata, puas dia menangis di dalam ruang pembedahan saat mengeluarkan janin yang baru mencecah 3 bulan.

Luth menahan ihdina bangun. Dia memegang tangan Ihdina dan memeluk Ihdina. Ihdina menangis perlahan-lahan di dadanya. Seperti dia, dia pasti Luth juga kecewa. Anak yang dinanti tak kunjung tiba.

" Saya minta maaf abaikan awak dan baby.. saya minta maaf kalau sebab saya, awak stress.."

Ihdina diam seribu bahasa. Pelukan Luth dilepaskan perlahan lahan.

" Maafkan saya tuan, anak tuan tak dapat saya jaga dengan baik dalam tubuh saya..."

" Yang penting awak selamat..."

Ihdina dibaringkan semula. Ada seribu satu persoalan yang ingin ditanyakan Ihdina. Seterusnya bagaimana dengan hubungan "kerja" mereka. Sekarang anaknya sudah tiada, apakah akan ada lagi anak yang lain? Seterusnya adakah dia akan dibuang kerja kerana bukan lagi kilang tempat anak Luth.

----------
"Nak risau apa bro... kalau sekali gagal buatlah lagi...setakat 10 ribu takkan tak ada dalam poket yang berjuta.."

Reza cuma ketawa menyengih.  Luth banyak duit, kenapa mahu pening. Luth menggelengkan kepalanya. Berita mengenai keguguran Ihdina sampai di telinga Reza baru hari ini tapi bakal ada satu lagi berita yang lelaki ini akan tahu.

" Kami dah kahwin.." ujar Luth. Reza yang sedang asyik dengan telefonnya terus memandang Luth dengan mata yang tak berkelip.

"What?"

" Ye.. "

" What the Fuck? hahaha! Surrograte tak perlu kahwin pun bro... pakai guna lepas tu buang lah.."

Amboi Reza. Mulut tak ada insurance.

" Dia yang sarankan suruh berkahwin, aku kahwin di thailand.."

" and kau tak jemput aku langsung?"

Reza terbahak-bahak ketawakan Luth. Ingin marah, kawan. 

" Aku rasa ada betulnya. Dia kata ini soal nasab dalam keturunan.. kalau aku tak kahwin dengan dia, anak yang lahir dari sperm aku dikira tak sah nasab la.. kira anak zina.."

Ketawa reza semakin perlahan.

" Who cares bro.. kau kan cuma nak anak..."

" Ihdina cares.. dia nak paling tidak anak itu tak jadi anak zina.."

" Oh.. Ihdina...."

" Betulke apa yang aku buat ni? tak nampak jahat ke aku?"

" Luth.. partner bisnes kau ni.. jahat, bodoh bab agama.. aku cuma pandai touch n go perempuan je.. so kalau kau nak tanya aku lebih-lebih pun aku tak pandai... but...kenapa dengan Ihdina ni bro...? I mean who is she sampai kau kena kahwin dengan dia..."

" Aku tak tahu.. kenapa dengan mudahnya aku mengalah dengan Ihdina ni.. padahal sampai sekarang, dia pun aku tak tahu siapa.. anak siapa.. semuanya.. apa yang aku tahu, semuanya berlaku dengan sekelip mata.. sampai.. sekarang ni aku tertanya-tanya kalau aku ada perasaan dengan dia.. everything is hard bro..  ada waktu aku kesian dengan dia... ada saat saat dia aku pun tak tahan tengok dia.. i mean.."

" Kau jatuh cinta dengan dia ke bro?"

Luth memandang Reza kembali. Tiada jawapan.

-------

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now