DKT 8

3.1K 49 0
                                    

Luth sedang duduk di kerusi nya sambil melihat panorama kuala lumpur. Dia terasa senang dengan melihat dan mengalami perasaan bakal ayah. Ihdina sering di suruhnya duduk diam saja di rumah. Dia tak akan betah sekiranya Ihdina tidak berada di depan matanya. Tapi semakin lama dia melihat Ihdina. Seperti ada satu perasaan yang sangat halus sukar diertikan.

Dia mengimbas kenangan semalam, Ihdina berbaring saja seharian di kamarnya dan membuka bacaan MP3 surah Al Quran. Jam 7.00 petang Luth sampai ke rumah. Mbok memaklumkan hari ini sudah seharian Ihdina tak keluar bilik. Tak sihat.
Dengar saja Mbok bicara sebegitu, pantas Luth melangkah ke kamar Ihdina. Di bukanya pintu, Ihdina sudah bertelekung di atas katilnya ketiduran. Mulutnya sedikit terbuka.

Dia rapat ke sisi Ihdina. Memegang dahinya. Tak panas.

"dina.. dina.."

Puas dia memanggil tapi Ihdina tak juga bangun. Rasa serba salah nak menyentuh lebih lebih semenjak mereka pulang dari thailand tapi.. kan isterinya..

Perlahan dia menggoncang tubuh badan Ihdina. Ihdina perlahan membuka matanya. Dari posisi baring, dia segera duduk.

" Tuan.."

" Awak tak sihat ke Dina? awak tak makan ke?"

" Maaf tuan, saya rasa saya tertidur lepas solat zuhur.. pagi tadi saya rasa mual muntah banyak kali sampai tak rasa nak makan... kepala pulak pening.. ni pun terpaksa solat baring..."

" Dah tahu sakit tak payahlah solat.."

perlahan suara Luth. Ihdina membuntangkan mata. Tenang Ihdina. 

" Saya tengah morning sickness je ni.. Jadi tak lalu nak makan apa-apa.. dan seharian ni dari semalam rasa mengantuk..."

ujar Ihdina sambil perlahan dia bangun mengambil telefonnya. Luth ditepi sudah tak dipedulikannya.

" Ya Allah dah pukul 7.."

Ihdina menggelengkan kepalanya. Dia terus masuk ke toilet. Luth yang masih berada dalam bilik itu membuka jam tangannya dan duduk bersandar di atas katil Ihdina. Dia memandang di sekitar kamar Ihdina yang kosong. Tak ceria. Mungkin sebab tu mood dia pun kurang baik.

Ihdina keluar dari toilet memandang Luth.

" Tuan, ambillah wudhuk, kita solat maghrib berjemaah.."

Terhapus lamunan Luth.

" Tak apalah, awak solat je la dulu.. "

Ihdina mengangkat kening dan meneruskan aktiviti solatnya. Luth terkedu dengan ajakan gadis itu. Sepanjang usianya, pernahlah dia solat dalam 2-3 kali. Senang cerita islam dalam ic tapi perangai tu ala-ala orang kafir. Solat tu jauh sekali. Pemahaman dalam islam lagi lah jauh. Bukan tak nak belajar. tapi terlalu sibuk. sibuk dengan dunia yang melalaikan.
Luth bukanlah kaya dari warisan harta keluarga. Ibu dan Ayah cuma pengusaha restoran kecil dan biasa-biasa saja. Meninggal dunia di kala Luth bersendirian dan masih berusia 13 tahun. Luth sudah menempuh jalan-jalan di lorong kecil. Seawal usia 13 tahun, dia mengambil alih restoran itu. digagahi di kuatkan diri sehinggalah 20 tahun kemudian iaitu hari ini. Cawangan restorannya itu sudah sampai ke Negara- negara besar seperti Amerika. 30 cawangan Mega Two Restaurant dalam tempoh 20 tahun dan Luth satu satunya pemilik. Sekeras keras usaha itu.. dia lupa pada.. Tuhan.

Tapi... Gadis di hadapan matanya kini. Membawa kembali satu rasa yang sukar ditafsirkan. Gadis ini membawa dua rasa pada hatinya.. kesepian tanpa tuhan.. dan ketenangan mengenal seseorang yang bertuhan.

" Ihdina.. "

panggil Luth setelah melihat Ihdina selesai solat.

Ihdina menoleh.

" Makanlah something.. let say kalau awak tak nak makan dekat rumah, jom saya bawa awak keluar.."

Sekali lagi Ihdina menoleh, mahu bocor rahsia perhubungan mereka sekiranya di lihat oleh orang-orang di sekitar. Siapa yang tak kenal Luth Ariffin!

" Saya teringin nak makan Yong tau foo.. tuan tahu tak mana boleh dapat yang halal area ni.. saya boleh pergi beli sendiri.."

" Tak apa, awak siap-siap lah, saya tunggu kat depan.. "

'Luth, are you stupid or what?' bentak Ihdina di dalam hati. 

Belum sempat Ihdina membalas, Luth sudah keluar dari kamarnya. Kepelikan melihat perangai Luth hari ini. Usai solat isyak, Ihdina menukar pakaiannya. Dia ingin saja menolak ajakan Luth tadinya, tapi air liur nya hampir saja meleleh memikirkan kuah pekat dan sup yong tau foo. Mungkin ini yang namanya mengidam.

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now