DKT 6

3.6K 54 1
                                    

Percutian "bulan madu" nya selesai dan hari-hari dijalani kini seperti biasa. Ihdina sedar, setelah kejadian di air itu. The grumpy Luth menjadi dingin seperti yang asal. Entah kenapa entah mengapa, dia tidak peduli. Mungkin ada masalah lain.

" Solat?"

Tegur Luth sambil menyandar badan ke dinding. Patutlah panggilannya tidak bersahut. Ihdina sedang solat.

Ihdina berpaling setelah selesai memberi salam.

" Ya tuan.. ada apa ye..?"

Ihdina bangun dan melipatkan sejadahnya.

" Saya lapar..."

" Oh.. okay.. "

Luth tidak beralih. Matanya mengikuti rentak badan Ihdina. Kenapa hatinya tiba-tiba rasa tenang apabila berhadapan dengan Ihdina? seminggu yang lalu, saat berada di Thailand, tiba-tiba perasaannya dijentik dengan sesuatu. Dan setelah pulang ke tanah air, dia jadi bingung. Entah kenapa 24 jam, dia terfikir mengenai gadis itu. Jadi dia mendiamkan diri. Bukannya ada perasaan lain yang terbangkit  dalam jiwa Luth, cuma jauh lebih dari itu, dia kasihankan Ihdina. Adakah apa yang dia buat ini bakal meyakitkan gadis itu? Atau adakah sekadar buah kebenciannya pada wanita?

Flashback

Sarah Watsens adalah seorang gadis yang cukup dingin dan manja. Ya. Itulah yang membuatkan Luth Ariffin lebih intense untuk mengejarnya. Gadis seksi yang dibangga banggakan sekiranya berjaya dipegang menjadi pasangan hidup. Saat melamar di Hotel 5 bintang di Paris, makan malam indah di bawah kaki eiffel tower, cincin berlian 14 karat dan di akhiri malam yang sangat menyenangkan di antara mereka berdua meskipun Luth dipaksa memakai pengaman. Rupanya itu semua tidak cukup untuk membuat seorang gadis cantik itu untuk setia. Dikhianati saat dia sedang jatuh sejatuhnya. Ya. Moment yang akan diingati sepanjang hayat Luth Ariffin.

Ihdina dengan mudah membuat ayam panggang dan sup ayam serta roti perancis yang di sapu dengan butter garlic dipanaskan sedikit di dalam microwave.

" Tuan, makanan dah siap.."

" Ihdina, boleh temankan saya makan?"

Tanpa banyak soal, dia menarik kerusi di sebelah Luth.

" Dina.. boleh saya tanya something?"

" Ye boleh.."

" Kenapa awak setuju jadi ibu tumpangan anak saya? "

" Kenapa tuan..?"

" Nothing.. sebab duit ke...?"

'ciss si Luth!'

kabur senyum Ihdina.

" Mungkin sebab saya nak selamatkan tuan.."

Sinis.

" Selamatkan saya? Dari apa?"

" Daripada tuan upah mana mana gadis dan gadis itu berserah saja tanpa mengetahui hukum sesuatu perbuatan dalam agama.. dan akhirnya nasab bercampur aduk.. hingga akhirnya.. anak yang tuan dapat menjadi anak.. yang tak sah taraf...."

" again.."

" Maaf tuan.. walaupun saya tak nafikan saya sangat-sangat memerlukan duit...dan itu menjadi salah satu sebab kenapa saya terima tawaran tuan.. ye tawaran dari tuan.. bukan saya yang menawarkan pada mulanya.. tapi.. saya lebih concern soal itu.. dan saya bersyukur Allah temukan tuan dengan saya.. mungkin saya ini kiriman tuhan.. supaya.. maksud saya.. mengenai hal bakal bayi itu terjaga... "

" Ihdina.. awak tersinggung ke soal duit tu.. sorry.. saya tak bermaksud lain.. saya cuma..."

" Its okay.. enjoy your meal.."

ucap Ihdina lantas bangun dari duduknya memotong percakapan Luth. Dasar The grumphy Luth. 

Shit Luth!

Sesungguhnya bukan itu maksud Luth! Jangan sampai Ihdina memikirkan yang tidak-tidak mengenai dirinya. Padahal maksud Luth cuma mahu mengambil berat dengan kebutuhan Ihdina dan? 

------------

Hari yang dinantikan pun tiba. Luth dengan resah menanti proses yang di lakukan di dalam bilik rawatan.

" Encik Luth.. isteri encik okay.. dia perlu rehat dulu di sini sehingga petang.. selepas itu boleh check out ye... Please ikut saya sebentar.. "

Wajah Ihdina kelihatan pucat. Itu pertama kali dia memandang wajah Ihdina sedang enak tidur. Sakit ke?
Doktor berpesan, pada usia awal kandungan ini, Ihdina harus lebih banyak diam berehat. Ini untuk memastikan rahim Ihdina kuat. Mendengar itu, tanpa fikir panjang dia terus telefon agensi pembantu rumah. Dia akan sediakan semuanya untuk Ihdina. Opss untuk anaknya.

Perlahan Ihdina membuka matanya. Dia ketiduran kerana rasa kelelahan. Apabila dia menoleh. Dia melihat Luth sedang menikmati makanannya. Lebih tepat lagi makanan hospital!

" Tuan.."

Luth yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya memandang Ihdina.  Lantas dia bangkit dari duduknya. Ada sesuatu yang dia perlu bagitahu Ihdina. Cuma inikah masa yang tepat?

" Hey Dina.. awak dah okay..? Lama awak tidur, 3 jam.. and the food dah sejuk.. so instead tak ada orang makan, saya pun makan.. hope you dont mind.."

Ihdina tersenyum. Menggelengkan kepala.

" Tak apa.. "

" Lagi 2 jam kita stay ye.. lepastu kita dah boleh balik..."

Ihdina mengangguk. Keadaan tiba-tiba jadi sunyi. Ihdina memegang perutnya. Bakal ada dengan izin Allah zuriat Luth di dalam rahimnya.

" Dina.."

" Saya tak tahu ini masa yang tepat atau tidak.. tapi saya just nak beritahu.. saya dah transfer duit yang saya janjikan ke dalam akaun awak.. "

Ada rasa sebak di dada Ihdina. Meskipun dia benar-benar mengharapkan duit untuk menampung kehidupan dia dan keluarganya tapi...

" terima kasih tuan..."

" Doktor kata minggu depan kita akan ke sini lagi untuk checkup.. dan untuk sementara tu, awak tak payah buat kerja orang gaji macam biasa.. saya dah  ambil dua orang gaji untuk bantu awak dan saya..."

'Orang Gaji'

Memang itulah selayaknya untuk aku. Sekali lagi Ihdina mencampakkan fikirannya jauh-jauh. Mana ada istilah isteri dalam kehidupan Luth dan bagi Ihdina itu tidak mengapa. Cukup sahaja apa pun yang berlaku semoga bayi yang berada dalam kandungannya nanti akan selamat selamat sahaja. 

Semoga anak yang lahir boleh menjadi bantuan buat ibu dan ayahnya... hurm.. ayahnya.. jadi ibunya? Ihdina memusingkan badannya daripada pandangan Luth. Bukannya dia terasa hati dengan apa yang Luth katakan kerana dia sedar dengan apa yang Luth maksudkan tetapi.. Dia masih sedang mencuba untuk ikhlas sebaik mungkin. Ada kala apa yang berlaku memang tak sesuai dengan perancangan dan dalam hidup Ihdina masih ada cita-cita besar untuk dilaksanakan. 

Cukuplah bekerja dengan Luth sampai tamat tempohnya. Dia ingin pergi jauh mengejar cita-cita dan setelah ini, Ihdina akan pastikan tiada cinta yang cuba untuk berputik. Satu-satu direncanakan Ihdina dalam kepalanya. Mudahan semua dipermudahkan dengan izin Allah SWT. Ihdina mengesat air matanya yang tumpah perlahan-lahan. 

Dia Kiriman TuhanDonde viven las historias. Descúbrelo ahora