DKT 19

3.4K 55 0
                                    


Sudah beberapa hari ini, Ihdina cuma berada di rumah. Perutnya terasa berat meskipun baru berusia 7 bulan. Entah kenapa, pinggang dan lututnya terasa sakit, dia terpaksa solat duduk. Tiba-tiba terdetik di fikirannya sesuatu yang penting untuk di bicarakan dengan Luth. Tetapi dengan keadaannya yang tidak sihat begini, Ihdina jadi runsing.

Tiba-tiba dia melihat Luth bersandar di pintu biliknya. Bilik mereka berdua jadinya kerana Ihdina sudah tidak mampu untuk menaiki tangga. 

" masuk lah.." Ujar Ihdina. Ingin rasanya dia meluku Luth yang sedang menyengih.

Ihdina tersenyum. Terkejut melihat perubahan diri Luth yang jelas ketara hari ini.  Luth membotakkan kepalanya.

" Kenapa senyum macam tu.. tak handsome dah ke..?"

" Kenapa botakkan kepala..?"

" Sebab awak cakap rambut yang dah diwarnakan, kalau nak bersihkan betul-betul kena botakkan.. baru boleh solat.."

Ihdina tertawa mengingat kejadian ketika mereka bergaduh manja. Ihdina cuma beritahu. Tak sangka Luth benar-benar melakukannya. Luth, selama anak ini berada dalam kandungannya, dia sudah banyak berubah. Meskipun perubahan yang kecil. Luth sudah tidak balik lewat malam, Luth sudah mula belajar mengaji, sudah mula belajar solat meskipun solatnya seperti solat anak kecil. Luth dah banyak berubah.

" Awak lah lelaki paling handsome.. walaupun botak.."

" Kenapa duduk atas kerusi?" Luth mendampingi Ihdina. 

" Tak larat nak sujud... pinggang saya sakit.."

" Sejak bila? Kenapa tak beritahu..?"

Malu Ihdina nak beritahu. Sejak kejadian naik tangga 5 tingkat serta kejadian kejadian yang berlaku sesudah itulah kesihatan Ihdina kurang baik.

"Jom pergi Klinik.."

Luth mengajak.

" Dah malam ni.. esok la ye.. saya tak larat malam ni.."

Luth diam sebentar dan keluar semula dari bilik Ihdina. Kurang 10 minit, Luth membawa laptopnya dan selimut tebal miliknya.

" Eh kenapa ni?" 

Ihdina mengerutkan dahi melihat Luth dengan selamba meletakkan selimut tebalnya di sisi Ihdina dan dia ke Meja Kerja Ihdina. Ya. Meja plastik Ihdina. 

" Saya tidur sini malam ni.. apa-apa yang berlaku saya ada.."

" Saya okay la.. jangan tidur sini.. bilik saya kecil.. saya pakai baju tidur pendek ni..."

Ujar Ihdina. Sebenarnya dia masih malu-malu walaupun sudah banyak kali mereka bersama. Cis. Si Luth suka ambil kesempatan.

Luth cuma tersengih.

" Baguslah..."

Kemudian dia menyambung melakukan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Sedikit laporan untuk disimpan. Ihdina pula ragu-ragu nak membuka telekungnya.  Dia berdiri perlahan dan akhirnya melurutkan kain telekungnya. Menampakkan baju tidur cotton berbentuk dress pendek separas peha. Sebenarnya ianya labuh lutut tapi disebabkan perutnya yang membulat, dress itu jadi pendek menyerlahkan pehanya.

Dia kemudiannya ke katil dan membaringkan tubuhnya. Luth yang duduk di kerusi berdepan dengannya sama sekali tidak memandang ke belakang. Phewww lega Ihdina.

Tapi Luth is Luth. Pantulan tubuh Ihdina terpapar di skrin laptopnya yang sengaja di letakkan dalam pencahayaan rendah. Biar lebih jelas bayang Ihdina. Rambut panjang Ihdina terlihat begitu menggiurkan. beberapa saat kemudian terserlah jelas bentuk tubuh badan Ihdina yang agak berisi.. Luth sudah membayangkan apa lagi yang berisi... Ihdina..... why Ihdina why...

Deringan Handphone Ihdina mengejutkan lamunan Luth.

" Hello.. Assalamualaikum mak... apa khabar..?"

" Ayah sihat..?"

" Macam mana checkup lepas operation?"

"Alhamdulillah.. tak apa, kos ubat, perjalanan tu semua nanti Dina bayarkan.. berapa mak bill ayah..?"

" ye.. nanti Dina bayarkan... mak jangan risau.."

" tak apa.. nanti lepas adik dah ambil lesen dia boleh la bawa ayah ke hospital kan..."

" tak ada dia mesej dina.. kenapa mak..."

Ihdina mengerling Luth. Lelaki itu pasti curi dengar. Tekaannya betul. Mata Luth menatapnya.

" Oh.. ye.. nanti dina hantarkan duit.. mak jangan risau.."

" Haah mak.. inshaAllah tak lama lagi dah boleh jadi peguam.. mak doakan dina ye.."

" InshaAllah.. Assalamualaikum"

Ihdina memandang Luth. Pandangan Luth seperti ingin menerkamnya. 

" Yes..?"

" I have never met your family.."

Ihdina tersenyum. Sebab itulah dia di sini hari ini. berada bersama-sama Luth yang menjadi 'suami' nya tiba-tiba.

" But you help them a lot... thank you.."

" hurm? kenapa?"

" Sebab awak upah saya lah... saya dapat selesaikan hutang ayah... ayah dapat buat pembedahan.... sentiasa ada makanan atas meja makan diorg.. syukur alhamdulillah.. thanks to you.."

Luth tersenyum. Dia tidak pernah bertanya Ihdina kemana duit-duit yang diberi di salurkan. Adapun sebanyak mana gaji yang diberikannya, jarang dia melihat keborosan Ihdina. Tiada banyak kasut, tiada banyak beg, tiada banyak perfume seperti yang Sarah selalu ada. Bahkan lebih daripada itu, kereta, apartment, percutian-percutian mewah. Dia merasakan dia mampu memberikan segalanya sebagai ganti kesetiaan Sarah. Tetapi.. 

" Habistu...?" tanya Luth menutup laptop yang baru dibuka. 

" apa?" Ujar Ihdina tidak mengerti.

"Boleh tak saya nak upah.."

Buntang mata Ihdina. Luth gatal dah kembali.

--------------------


Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now